Sambil key-in data ke SPS yang aku copy & paste dari SMM, aku layan lagu yang beratus2 tersimpan dalam netbook ni. Tiba2 main pula lagu Langit Petang nyanyian Broery Marantika yang menjadi sound track untuk drama Deru Ombak yang main masa bulan posa tahun 2011. Simple sungguh watak bapak yang bengkeng lakonan Jalil Hamid dalam cerita tu dimatikan, kena heart attack sama macam arwah abah aku meninggal heart attack waktu senja raya ketiga. Tak dak terlantar sakit berbulan2, bertahun2. Apa la bahagian kita sebelum mati nanti ye? Kalau tengok cerita tanah kubur tiap2 petang jumaat tu dahsyat2 bahagian yang Allah bagi. Moga2 dosa kita diampunkan.
Kalau terdengar lagu ni memang aku akan teringat arwah abah aku.
Broery Marantika
Lirik Langit Petang:
Mengapakah awan mendung,
Menghiasi langit petang,
Redup suram alam maya,
Tanpa sinar bahagia.
Kehampaan yang melanda,
Di titian kehidupan,
Resah duka berpanjangan,
Menantikan kedamaian.
Di mana sinaranmu,
Di mana keindahan,
Di mana pengharapan,
Hanya kecewa sering melanda.
Seandainya senja tiba,
Dalam suram langit petang,
Sepi malam kegelapan,
Tanpa sinar kebahagiaan...
No comments:
Post a Comment