Yang guna skuter S** jangan marah, saya tak berniat untuk bergaduh dengan anda, cuma nak beli skuter yang jenama lain mengikut kemampuan saya.
Menghidupkan skuter.
Langkah untuk menghidupkan skuter ni kena ada disiplin sikit. Mula2 dapat skuter ni haram tak diajarnya oleh tokey kedai tu. Nasib baik ada mekanik kat situ yang tunjukkan setelah 15 minit terkial-kial nak hidupkan skuter.
1. Pagi2 nak pi sekolah buka kunci-kunci keselamatan kat skuter dulu.
2. De activate alarm. Ya, skuter ni ada alarm macam kereta tu.
3. Buka selak penutup lubang kunci dengan bahagian belakang kunci.
4. Masuk kunci kat lubang kunci dan pusing ke bahagian untuk pilihan buka seat atau fuel.
5. Tekan pembuka seat, naikkan untuk simpan bekal air, kunci2 keselamatan, ambik glove.
6. Tutup seat, pakai helmet, sarung tangan (Bell).
7. Angkat stand tepi, kalau tak angkat tobat sampai bila2 tak boleh start.
8. Pusing kunci ke on/start, lampu depan akan menyala.
9. Tarik brek belakang/kiri sampai habih dan tekan start button di sebelah kanan. Brek belakang tu kalau tak tarik habih pun tobat sampai bila2 tak boleh start.
Skuter ni tak ada kick starter, habih bateri nanti jawabnya kena tukar bateri la baru boleh start.
Kunci telah dipasang.
Boleh pilih sama ada nak idling atau idling stop. Kalau idling stop, masa berenti kat trafik light apabila suhu melebihi suhu tertentu enjin akan mati. Pulas minyak, enjin akan hidup semula. Jimat minyak tapi bateri pulak akan cepat king kong. Mana pilihan anda? Kerap tukar bateri atau isi minyak?
Kat bawah tu ada suis lampu hazard, bila parking pagi2 berhenti beli nasi lemak kat gerai tepi jalan, hidupkan suis hazard, matikan enjin, cabut suis, lampu hazard tetap menyala.
Ada suis lampu tinggi rendah, hon, signal kiri kanan yang bila ditekan akan matikan kelipan signal.
Ni beli basikal ka beli skuter? Bar handle ni la yang digelakkan oleh orang rumah aku.
Ada port charger (tak test lagi pun) dan tempat simpan barang. Boleh simpan kunci rumah, spek.
Boleh isi minyak 8 liter. Tapi habih banyak isi pun RM10 saja.
Memang muat satu helmet kat ruang kiri tu. Baby tiga bulan pun boleh rasanya.
Tempat isi minyak hitam.
Ada tempat isi coolant.
Sekali tengok macam superbike.
Pandangan belakang. Kalau Honda pasang ekzos chrome mungkin lebih cantik.
Enhanced Smart Power. Tak da laju mana pun, pagi2 LC potong selamba saja.
Alarm.
Kunci tambahan ada empat. Meneruskan tradisi keselamatan semasa pakai Honda Wave 125.
Setakat tulis blog ni hari ni, meter belum 500 km lagi pun. Servis pertama 1000 km kemudian setiap 5000 km. Kerana belum habih run in 1000 km, tak tau la laju mana boleh pi. Tapi tengok kat youtube sampai 120 km/j. Boleh la tu, nak laju lagi naik super bike la.
Teringin Nak beli,sambil 2 anta anak Sekolah,anak duk depan boleh ke
ReplyDeleteTeringin Nak beli,sambil 2 anta anak Sekolah,anak duk depan boleh ke
ReplyDeleteSaya baru saja beli, merah juga... petang ni technician akan hantar di rumah... harap2x puas hati.. please update ur blog pasal penggunaan pcx 150, saya baru 1st timer rider.. hehehehehe
ReplyDeletePakai je idling stop tu. Sbnrnya ianya satu feature yg sangat berfungsi. Sy dah pakai pcx v2 hampir 3 tahun.60k++ km. Sentiasa on idling stop button. Alhamdulillah bateri masih cun. ( cuma tengah nk cari bateri baru buat standby tak tau bila nk kong ) 😁
ReplyDeletemaintanance macam mana? minyak hitam and minyak gear , belting dll macam mana? mahal tak nak service moto ni?
ReplyDeleteMenarik ..saya memang tengah cari skuter ..sebab nak berulang dalam 100km pergi balik sehari..asalnya cari SYM atau Kymko...tapi ntah macam mana tengok kat website the best scooter PCX150...NO 1/56 tu...
ReplyDeleteMenarik ..saya memang tengah cari skuter ..sebab nak berulang dalam 100km pergi balik sehari..asalnya cari SYM atau Kymko...tapi ntah macam mana tengok kat website the best scooter PCX150...NO 1/56 tu...
ReplyDeleteapa perbezaan pcx 150 dgn Yamaha Nmax dr segi cost minyak dan handling!
ReplyDeleteSusah nak komen dari segi minyak kerana harganya naik dan turun. Lagi, ada beza antara ron 95 dan ron 97. Tak kira lagi bila pulas throttle tu sampai habih.
DeleteHandling tak komen juga kerana tak pernah bawa Yamaha Nmax tu. Tapi kalau tengok saiz Nmax yang lebih pendek tu, saya berpendapat handlingnya mungkin lebih baik di selekoh2 serta lebih pantas semasa stop and go di lampu isyarat.
Assalamualaikum bang.. Motor pcx ni ok ke.. Abang masih pakai lagi je?
DeleteWaalaikumussalam. bagi abang ok je dik. ada rezeki beli la yg versi baru 2018 yg face lift tu :)
DeleteAssalamualaikum abang. Nak tnya minyak hitam pakai brand apa utk pcx ni?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Hari tu masa servis 5000km di Maxima Motor Senawang, mekanik guna yang fully sintetik. Maxum4 Extra 4. SAE 10w40. Botol 1 liter. Harga tak ingat.
DeleteIngat nak sambar sebiji Elegan 250..tapi tengok PCX ni..dah servey..boleh tahan gak body mantap..
ReplyDeleteIngat nak sambar sebiji Elegan 250..tapi tengok PCX ni..dah servey..boleh tahan gak body mantap..
ReplyDeletesya guna honda pcx ni...model 2013...nak tanya member dlm grop ni...kunci bila dah on mode, lampu check engine akan nyala kelip perlahan 2 kali..then nyala kelip laju sembilan kali...ada yg boleh share pendapat tak atau share knowledge
ReplyDelete