Friday, March 27, 2015

Terima kasih Tuan Mohamad Radzi

Kali pertama saya bertemu beliau ialah di Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan pada pertengahan tahun 2009 semasa urusan pertukaran ke Negeri Sembilan. Tuan Mohamad Radzi bin Haji Abd Wahab pada ketika itu bertugas sebagai Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas. Boleh dikatakan beliaulah bertanggungjawab menempatkan saya di SMKPZ. Terima kasih kerana tidak postkan saya ke daerah-daerah yang mungkin lebih jauh di Negeri Sembilan ini.
Pada tahun 2012 beliau ditempatkan pula sebagai pengetua di SMK Seremban Jaya 2 sekaligus menjadi ketua pula kepada isteri saya yang berkhidmat sebagai guru di situ. Menurut isteri saya, Tuan Mohamad Radzi merupakan seorang ketua yang bertimbang rasa, memberi peluang seluas-luasnya kepada orang bawahan beliau untuk memajukan kerjaya serta mudah untuk berurusan dengannya.
Maka seperti mana-mana pegawai kerajaan yang lain, selama mana pun berkhidmat akan tiba masanya dipaksa untuk berhenti berkhidmat iaitu pencen. SMK Seremban Jaya 2 telah mengadakan suatu majlis makan malam bagai meraikan bersaranya Tuan Mohamad Radzi. Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti telah diadakan pada malam 13 Mac 2015 di Hotel Royale Bintang, Seremban.
Selamat bersara Tuan.




No comments:

Post a Comment