Jadi bila check kat Wak Google maka tau la kami rupanya nak jual pakej menginap di situ. Betul la kata pepatah orang putih, there is no such thing as free lunch. Kami tak pergi pun, kesian kan abih kredit orang call kami tu.
Hari ni aku nak cerita sikit pengalaman melancong di Pantai Bagan Lalang ni bersama keluarga kami yang berempat ni. Lama dah tak datang sini. Last dulu ada datang sekali beberapa tahun dulu sebelum Hanan lahir ialah aku menghantar Mawar menghadiri mesyuarat di salah sebuah hotel di situ. Hotel Seri Malaysia. Hotel Avani tu kalau ada jabatan datang buat mesyuarat mesti yang tahap gred JUSA2 saja kot. Kalau pegawai gred 41 datang ramai2 mesyuarat kat situ ada la yang tak kena tu.
Jadi kami bertolak dari rumah lepas Asar. Hanan kalau berjalan sekarang nak berWAZE saja kerjanya. Maka buka la Waze di tab. Kejap orang putih dalam tab tu kata turn left maka Hanan pun akan kata turn left Abah. Hanim pula sibuk juga dengan telefon yang satu lagi. Kejap cakap miau (nak tengok video kucing), kejap cakap ba ba ba (nak tengok video Minion).
Untung budak2 sekarang ada gadget macam2 untuk hiburan. Aku dulu dengan adik beradik asyik sibuk bergaduh saja di kerusi belakang Proton Saga kereta kebal tu yang duduk ramai2. Sibuk nak duduk tengah la, tepi la, hang ni kentut busuk la, hang ni gemuk makan banyak la cuba diet sikit. Sudahnya memang makan tangan arwah abah. Kalau tak kena dalam kereta, kena bila turun sat gi di destinasi.
Sambung balik cerita. Jadi bila dah sampai tu dah jam 6.00 petang. Parking siap2 di Kedai Makan Senandung Malam. Ada orang teringin (bukan mengidam) nak makan siput buluh. Kata blogger2 sini makan murah dan sedap. Tak rugi ikut nasihat orang.
Pasir di pantainya memang cantik, putih dan halus tetapi melihatkan airnya tak lalu la pulak nak turun, berlumpur. Sementara bebudak main, aku pi bilik air di tapak perkhemahan pengakap kem Haji Shafie kalau tak salah. Bayar la sikit 30 sen, janji tandas bersih.
Selesai menunaikan hajat aku singgah ke ke kedai cenderamata sebelah tapak perkhemahan pengakap tu. Beli layang2 rm5, beli ayaq buih sabun rm3. Buat bebudak nak main selain daripada main pasir dan air. Sempat juga jurujual tu mengusik, tahun ni, inilah kali pertama kita berpuasa dengan GST kan bang? Betul juga tu.
Cuba tangkap buih.
Layang2 terbang tinggi juga tu.
Abah duduk jauh tak nak kena pasir. Keh keh keh!
Kalau lepa sikit saja habih lari ke dalam air dua2 budak ni.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar! Cantiknya pemandangan sunset kata orang putih.
Serang!!!
Malam tu kami ambik serba sikit. Ada lala (masak halia), siput buluh (masak merah), sotong (celup tepung), ikan pari (bakar). Untuk sayur pula kailan ikan masin dan minuman ialah air epal. Jumlah bayaran untuk makan malam tu hampir RM50. Syukur Alhamdulillah murah rezeki daripada Allah. Lain kali boleh mai lagi.
No comments:
Post a Comment