Tuesday, July 19, 2016

Pak Majid Wayang Kulit Seri Asun Meninggal Dunia


ALOR SETAR – Tokoh budaya Kedah, Abdul Majid Md Noh telah kembali ke rahmatullah ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jitra, petang tadi.

Allahyarham yang berusia 67 tahun meninggal dunia kira-kira jam 5 petang di sisi keluarga akibat sakit jantung, buah pinggang dan kencing manis.

Beliau yang dikenali sebagai Pak Majid merupakan pengasas wayang kulit Kedah.

Difahamkan, Allahyarham terpaksa dimasukkan ke Hospital Jitra sejak semalam selepas mengadu sesak nafas.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kunkluang, Asun, Jitra pada jam 9 pagi, esok.

Dalang Kumpulan Wayang Kulit Sri Asun itu terkenal dengan dua watak utama dalam persembahan wayang kulitnya iaitu Etong dan Pak Tam.

Pak Majid menceburi seni warisan tersebut bersama keluarganya sejak 1970 dengan membuat persembahan di seluruh negara.

Selain melakukan persembahan, Pak Majid juga mengendalikan bengkel wayang kulit di kampungnya melibatkan kanak-kanak dari usia 12 hingga 15 tahun.

Sumber: Sinar Harian dan http://www.kedahnews.com/2016/07/pak-majid-wayang-kulit-seri-asun.html

------------------------------------------------------------------------------------------------
Perginya sumber ilham kepada nama serikinda. Ucapan takziah kepada ahli keluarga Pak Majid.

No comments:

Post a Comment