Friday, October 7, 2016

Transportation

Semasa cuti tiga hari sempena Maal Hijrah baru2 ini kami berempat menaiki komuter KTM bertiket 2 hala dari Stesen Senawang ke Stesen Seremban. Aih dekat saja? Hanan sibuk menyebut nak naik tren yang diajar cikgunya di Tadika Little Caliph.
Ada juga disebut nak naik kereta kabel. Tapi kereta kabel ada dua saja yang aku tau di Malaysia ni, satu di Genting dan satu lagi di Gunung Mat Cincang. Tak tau yang mana satu nak naik dalam tahun ini. Ada satu jemputan reunion oleh Mantra Five (group MRSM Taiping Batch tahun 1995) di Awana Genting dan satu lagi rombongan Cik Kiah ke Langkawi. Dua2 tu merupakan lokasi yang ada kereta kabel. Dua2 di hujung tahun ini. Fikir2 dulu...
Berbalik kepada Stesen Komuter Senawang, ada dua jalan masuk ke tempat tu. Satu ialah di antara kedai kereta Toyota dan Nissan manakala satu lagi ialah di tepi Kedai Tayar Dunlop Senawang yang menjadi sebutan lawak saduran MBB berkaitan gula seperti link di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=AiM4IsB4800 


Setelah siap parking kereta (ada banyak tetapi hari kerja tak tau la macam mana, ini pergi hari Sabtu), kami pun ke kaunter tiket. Ada dua pilihan, sama ada ke Stesen Sungai Gadut atau ke Stesen Seremban. Petugas tiket siap menerangkan kalau ke Sungai Gadut tak ada apa2 dan lama pula nak menunggu tren kembali ke Senawang. Jadi baik naik ke Seremban, kalau terlepas tren berikutnya ada Seremban Prima untuk dilawati.

Semasa menaiki tren seperti yang dijangka, kedua2 putera dan puteri kami suka sungguh melihat pemandangan di luar. Penumpang pula tak ramai, jadi boleh kedua2 mereka bergerak bebas. Bila sampai di Stesen Seremban kami berempat menunggu lebih kurang 20 minit sebelum menaiki tren kembali ke Stesen Senawang. Nanti bila Hanan pi sekolah jangan lupa cakap kat teacher Hanan dah naik tren tau.

 Hanan dan tanda peacenya.

 Komuter ni kalau naik waktu puncak macam2 bau ada tapi hari ni best, kosong je.

 Hanan melihat peta laluan komuter di Stesen Seremban.

 Dah sampai kembali di Stesen Senawang.

Sunday, October 2, 2016

Kembara Dekat Honda PCX 150: Rumah ke D'Kok Eco Camp Kampung Talang

Pada 24 September 2016 (Sabtu) yang lalu aku telah berpeluang untuk berkembara dekat ke D'Kok Eco Camp Kampung Talang (D'Kok). D'Kok terletak di Tanjung Ipoh, Kuala Pilah. Aku pi ke situ kerana menjalankan tugas untuk berbakti kepada negara errr, selaku guru pengiring kepada bebudak sekolah aku yang berkhemah di sana.

Kalau ikutkan kena pergi awai lagi pada petang Jumaat hari sebelumnya tetapi memandangkan ada belas ehsan untuk anak2 aku yang Umi mereka menjadi penyelaras perkhemahan sekolahnya juga pada hari Jumaat dan Sabtu maka, "OK la, Cikgu Lan datang hari Sabtu nanti." Anak2 terpaksa dilepaskan mengikut Uwannya ke Rawang (Sungai Buaya) bagi menghadiri kenduri kahwin pada pagi Sabtu. Kalau dua2 bawa pi camping tak terkejar pulak nanti.

Bila pi sorang2 saja maka ini la peluang untuk aku try bawa PCX naik jalan yang berbukit. Alah, kalau setakat naik bukit, hari2 memang naik jalan berbukit apa? Pagi2 nak pi sekolah memang jalan naik dari Family Store Taman Bukit Galena sampai la ke SMK Puteri tu memang berbukit juga. Tak ada masalah pun. Tinggal lagi ada hari berani memotong kat double lane tu, ada hari ada rasa sikit takut dan cool saja.

Sampai hari ni PCX masih belum 5000 km pun lagi. Kelmarin pun baru 4450 km saja. Dah setahun setengah rasanya. Kalau jual boleh tarik tinggi sikit harga pasai mileage rendah. Kih kih kih!

Berbalik kepada perjalanan ke D'Kok, aku sempat menyinggah bergambar berhampiran jambatan kedua tertinggi di Malaysia. Boleh buka link di bawah. Saja nak promote blog sekolah aku di kalangan hangpa semua.


http://ppkismkpz.blogspot.my/2016/09/perkhemahan-pengakap-dan-jati-ppki_25.html

Dari rumah aku ke D'Kok tu rasanya tak sampai sejam boleh sampai ikut jalan baru Seremban - Kuala Pilah. Jalan lama yang melalui Bukit Putus tu tak berani la aku nak ikut. Itu aku pulangkan cabaran tu kepada otai2 yang lebih berani.

Membawa PCX ikut jalan baru ke D'Kok agak mudah. Boleh bawa dengan selesa, no rushing, naik bukit selaju 90 km sejam (belum pulas minyak sampai habih). Ada juga skuter Yamaha LC naik dua orang yang memotong aku. Itu nampak perah abih la tu. Tapi tak ada la aku nak kejar. Itu mungkin jalan dia hari2 dah tu jadi dia berani la nak bawa laju kat area2 yang dia konfiden. Aku ni takut naik bukit, turun bukit, lubang kat mana kita tak tau pasai itu jalan yang asing bagi kita.

Menuruni jalan berbukit di Ulu Bendul pun ok saja. Brek depan dan belakang masih menggigit dengan baik. Oh ya, sapa kat sini bila pagi2 bawa PCX brek ada bunyi siul2 sikit? Mungkin pasai sejuk ka?
Aku tak ada la berenti ambil gambar kat Ulu Bendul tu pagi ni. Aku berenti bergambar di Ulu Bendul sewaktu balik pada tengah hari Ahad. Boleh tengok di link di bawah.

http://ppkismkpz.blogspot.my/2016/09/perkhemahan-pengakap-dan-jati-ppki_78.html

Nak sampai ke D'Kok tak ada laluan yang sukar walaupun jalan selepas Masjid Kampung Talang Tengah adalah hanya muat sebuah kenderaan sahaja kerana jalannya adalah bertar. Bagi aku yang telah mengikuti program di D'Kok, aku mencadangkan organisasi anda mengadakan program seperti team building dan seumpamanya di sini. Cuma bab masuk kembara dalam hutan (jungle tracking) kena ukur baju kat badan sendiri dulu. Ni ada yang demam, sakit kaki, keradangan otot, macam2.

Untuk maklumat lanjut boleh baca lebih lanjut di blog ppkismkpz.blogspot.my 

Saturday, October 1, 2016

Aktiviti Cuti Pertengahan Penggal Dua 2016 (Catatan Lewat)

Huaaargh lama tak berblog. Penat bercuti kih kih kih! Cuti kali ini kami berempat hanya beraya sekitar dekat-dekat area rumah saja. Tak ada naik ke Kedah atau turun ke Johor dan juga tidak mencari pasal pergi ke pantai timur (huuu, dengar cerita 16 jam baru sampai Kota Bharu pun ada dari Kuala Lumpur).
Tahun ni rumah kami menang lagi untuk Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KRT Taman Bukit Galena Fasa 4. Dapat tempat kedua. Hilang pula gambar yang dihantar oleh KRT. Gambar yang dirakam AJK KRT tak pula dihantar ke Whatsapp saya. Tak apa la, kami je yang dapat rasa duit hadiah RM200 tu. Kira balik modal dan dapat juga sedikit keuntungan untuk usaha yang dilaburkan.

Pada hari Sabtu kami berempat telah turut join sama program Pesta Tanglung yang dianjurkan oleh KRT Taman Bukit Galena Fasa 4. Dapat juga merasa main tanglung free. Ada la dalam 50+ penduduk yang join program malam tu. OK la, ada juga disediakan jamuan ringan untuk para peserta.

 Hanim excited nak pegang lilin kat dalam tanglung tu.

Seperti yang aku cakap tadi, raya haji tahun ini di rumah mak di PJ. Malam raya tahun ini tak meriah macam tahun-tahun lepas. Hanya satu rumah sahaja yang membuat jemputan kenduri takbir iaitu rumah Imam Hambali. Pada paginya aku dan Hanan menunaikan solat sunat Aidiladha di Surau Al-Hukumiah. Hanan dah boleh ikut pergi solat dah sekarang ni. Dah boleh duduk diam-diam masa khutbah, siap nak baring atas riba lagi.
Lepas solat kami menyaksikan aktiviti korban di surau berkenaan. Lembu ada la 6 ekor kalau tak salah dan kambing pula ada 6 ekor juga. Salah seorang anak buah aku berusia dua tahun menangis apabila nak dibawa pulang, "Nak tengok anjing." Kih kih kih!
Dalam pukul sebelas pagi kami ke Klang ke rumah Mak Lang Lela Hanan yang rumahnya terletak berhampiran dengan SMK Bukit Tinggi. Setelah beraya di rumah Mak Lang, kami semua ke Pantai Kelanang. Tak sangka setelah melalui jalan-jalan kecil ada sebuah pantai yang tersorok lengkap dengan pelbagai kemudahan asas seperti medan makan, taman permainan, tempat letak kereta (percuma) dan tandas awam (percuma). Bagi yang nak berkhemah, ini mungkin satu port yang sesuai pada pendapat aku la.

 Hanan berspender tora di Pantai Kelanang.

Pada hari kedua raya haji, kami bertolak balik ke Seremban tetapi ada la checkpoint2nya. Asalnya nak bawa mak sama tetapi katanya nak berehat di rumah sahaja. Ada saudara juga yang nak datang beraya di rumah katanya. Jadi pagi itu kami ke Farm In The City. Jangan tanya macam mana nak pi ke sana. Aku pun tekan di Waze saja. Yang buat pening kepala ada dua Waze dibuka, satu di tab aku dan satu satu lagi di telefon Mawar. Dua2 suruh ikut jalan yang lain. Kadang2 benda gps ni jadi tak guna kerana nak jimat satu atau dua kilometer sahaja dia akan suruh kita ikut jalan yang pelik2. Lalu belakang kedai la, lalu dalam hutan la, yang mana boleh buat kita fikir dua tiga kali nak ikut atau tidak.
Maka dalam tak sampai sejam sampai la di Farm In The City (FITC). Ini merupakan salah satu destinasi yang gagal dijalankan kunjungannya oleh PPKI SMKPZ nak pi beberapa bulan lalu kerana sebilangan besar murid telah menarik diri pada saat2 akhir. Kah kah kah! Ramai yang buat muka sedih tapi aku tau itu semua lakonan saja tu.
 
Ada sudut bergambar. Ini kat luar FITC. Boleh posing ambil gambar berapa ratus keping pun boleh, tak payah bayar.
 
 Kalau nak naik menatang ni kat Tesco Seremban lagi banyak.

 Memberi ikan makan. Memang kenyanglah ikan kat sini. Semua gemuk2 belaka.

 Nampak tak ikan yang banyak tu?

 Birthday Boy dengan burung di bahunya.Kebetulan tarikh FITC ialah 13 September. Minat kat burung sama macam arwah Dato'.

 Ini bagi makan arnab dan hamster. Sekali tengok macam nak bela sendiri di rumahkan? Kat luar tu ada aktiviti tangkap ikan dalam longkang dengan sauk.

 Oh bestnya dikerumuni beburung (?). Kena fire juga la tahinya kat baju. Kih kih kih!

 Sijil kehadiran. Ini bagus ni. Boleh masuk dalam rekod ESPLG.

Bagi aku memang berbaloi la melawat ke FITC ni. Bagi yang bawa budak2 kecik yang cepat boring, ini kira best la pasai kita boleh berinteraksi dengan pelbagai binatang. Ada juga boleh pegang ayam, itik, ular, salamander dan kura2 yang para pengunjung boleh alami. Hanan sorang saja yang pegang ular sawa tu, kami tiga tak berani.
Daripada FITC kami ke Restoren Salam Noodles. Di sini kami telah berpeluang merasa mee tarik yang dikatakan dibuat segar dengan menggunakan tangan. Tak tau la betul ke tidak pasal tak boleh masuk tengok di dapurnya tu. Aku order mee daging manakala mawar pula mee ayam. Hanan sibuk ambik order. Kat sini nak makan kita kena tulis order dulu atas kertas, bawa pi kaunter, bayar, baru la dapat makan. Air pula ada pelbagai pilihan air kita boleh ambil sendiri. Ada air berkarbonat, sirap, teh dan air suam. Milo tak ada. Nescafe tak ada. Memang specialitynya mee sahaja, pasal tu boleh dapat makan cepat. 
Cuma satu aku nak komen, kalau kuah sup tu panas berasap mungkin lagi sedap. Kalau ayam pula kalau tak pakai isi ayam tetapi ada tulang2 sikit mungkin lagi best. Cuka gelap tu sesuatu yang baru bagi aku.
  
 Main order2 tetapi apa yang nak diorder semua dah abih...

Hari ketiga raya haji kami berjalan lagi. Kali ini ke Putrajaya. Hanan nak naik yacht. Mana ada yacht kat putrajaya tu, yacht kat laut ada la. Di Putrajaya kami telah naik buggy. Wah, tak tau pun ada tour tu sebelum ni. Dengan bayaran hanya 5 ringgit seorang kami berpeluang pusing2 taman2 yang ada dekat area Tasik Putrajaya tu. Selesai naik buggy, kami naik bot Dondang Sayang pula.

 Orang mengantuk dipakaikan life jacket...

Dah abih naik bot kami pergi makan di Umai Cafe Putrajaya. Bila pelayan bawa menu, "Sori la encik. Hari ni banyak yang tak ada. Tukang masak cuti raya." Keh keh keh! Maka kami pun order la nasi lemak. Ooo, sedap juga. Lepas tu order cucur udang, roti jala. Semuanya sedap2. Nampak kat dapur tu yang masaknya semua makcik2 orang kita, bukan bangla atau nepal. Harganya adalah standard dan memang nampak ramai orang datang makan. 

Hari Sabtu kami ke Kampung Rembang Panas, Kuala Pilah. To be exact, SK Kampung Rembang Panas bagi menghadiri majlis perkahwinan Teacher Syuhada yang merupakan cikgu kelas Hanan di Tadika Little Caliph. Kami doakan semoga Teacher Syuhada hidup berbahagia bersama pasangan pilihannya sehingga ke Jannah.
 
Hanan bergambar bersama teachernya.

Bulan September banyak berlaku sejarah penting dalam hidup aku. Aku accident bulan ni tahun 1999. Abah meninggal bulan ni tahun 2011. Hanan lahir bulan ni (mengelat, beranak awal. patut bulan 11) tahun 2011. Hanim lahir bulan ni (pun sama mengelat, beranak awal. patut bulan 11 jugak) tahun 2014. Tapi itu semua takdir yang kita kena terima. Tak ada takdir buruk atau takdir baik. Itu semua dah tertulis. Redha saja la.

Maka bagi meraikan hari lahir putera dan puteri kami, satu majlis ringkas telah diadakan. Buat dengan pak2 menakan, mak2 menakan, nenek dan sepupu2 yang mana sempat hadir di rumah kami pada hari Sabtu minggu raya haji tu. Agak kalut juga nak sampai ke rumah kerana pada tengah hari telah ke kenduri kahwin di Kuala Pilah. Nasib baik jalan tak jem.
Petang tu, kami ada beli kek aiskrim di Bakers Cottage Seremban. Jamuannya nasi putih, cendawan masak lemak and of course ada barbeque ayam, udang, ikan, sotong, ubi, jagung dan kambing. Terima kasih kepada semua yang hadir. Tahun depan Insya Allah kita buat lebih meriah. Kita sunatkan (khatan) Hanan, kita buat kambing golek pula. 
 
 Ini kek harijadi Hanan yang Tuk order di Pendang.

Ini pula kek harijadi Hanim yang Tuk order di Pendang.

 Pakcik steady je bakar ikan.

 Bergambar dengan banner yang Umi depa buat.

Potong jangan tak potong.

Abah dan Umi doakan hangpa berdua sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah Taala.