Sunday, October 2, 2016

Kembara Dekat Honda PCX 150: Rumah ke D'Kok Eco Camp Kampung Talang

Pada 24 September 2016 (Sabtu) yang lalu aku telah berpeluang untuk berkembara dekat ke D'Kok Eco Camp Kampung Talang (D'Kok). D'Kok terletak di Tanjung Ipoh, Kuala Pilah. Aku pi ke situ kerana menjalankan tugas untuk berbakti kepada negara errr, selaku guru pengiring kepada bebudak sekolah aku yang berkhemah di sana.

Kalau ikutkan kena pergi awai lagi pada petang Jumaat hari sebelumnya tetapi memandangkan ada belas ehsan untuk anak2 aku yang Umi mereka menjadi penyelaras perkhemahan sekolahnya juga pada hari Jumaat dan Sabtu maka, "OK la, Cikgu Lan datang hari Sabtu nanti." Anak2 terpaksa dilepaskan mengikut Uwannya ke Rawang (Sungai Buaya) bagi menghadiri kenduri kahwin pada pagi Sabtu. Kalau dua2 bawa pi camping tak terkejar pulak nanti.

Bila pi sorang2 saja maka ini la peluang untuk aku try bawa PCX naik jalan yang berbukit. Alah, kalau setakat naik bukit, hari2 memang naik jalan berbukit apa? Pagi2 nak pi sekolah memang jalan naik dari Family Store Taman Bukit Galena sampai la ke SMK Puteri tu memang berbukit juga. Tak ada masalah pun. Tinggal lagi ada hari berani memotong kat double lane tu, ada hari ada rasa sikit takut dan cool saja.

Sampai hari ni PCX masih belum 5000 km pun lagi. Kelmarin pun baru 4450 km saja. Dah setahun setengah rasanya. Kalau jual boleh tarik tinggi sikit harga pasai mileage rendah. Kih kih kih!

Berbalik kepada perjalanan ke D'Kok, aku sempat menyinggah bergambar berhampiran jambatan kedua tertinggi di Malaysia. Boleh buka link di bawah. Saja nak promote blog sekolah aku di kalangan hangpa semua.


http://ppkismkpz.blogspot.my/2016/09/perkhemahan-pengakap-dan-jati-ppki_25.html

Dari rumah aku ke D'Kok tu rasanya tak sampai sejam boleh sampai ikut jalan baru Seremban - Kuala Pilah. Jalan lama yang melalui Bukit Putus tu tak berani la aku nak ikut. Itu aku pulangkan cabaran tu kepada otai2 yang lebih berani.

Membawa PCX ikut jalan baru ke D'Kok agak mudah. Boleh bawa dengan selesa, no rushing, naik bukit selaju 90 km sejam (belum pulas minyak sampai habih). Ada juga skuter Yamaha LC naik dua orang yang memotong aku. Itu nampak perah abih la tu. Tapi tak ada la aku nak kejar. Itu mungkin jalan dia hari2 dah tu jadi dia berani la nak bawa laju kat area2 yang dia konfiden. Aku ni takut naik bukit, turun bukit, lubang kat mana kita tak tau pasai itu jalan yang asing bagi kita.

Menuruni jalan berbukit di Ulu Bendul pun ok saja. Brek depan dan belakang masih menggigit dengan baik. Oh ya, sapa kat sini bila pagi2 bawa PCX brek ada bunyi siul2 sikit? Mungkin pasai sejuk ka?
Aku tak ada la berenti ambil gambar kat Ulu Bendul tu pagi ni. Aku berenti bergambar di Ulu Bendul sewaktu balik pada tengah hari Ahad. Boleh tengok di link di bawah.

http://ppkismkpz.blogspot.my/2016/09/perkhemahan-pengakap-dan-jati-ppki_78.html

Nak sampai ke D'Kok tak ada laluan yang sukar walaupun jalan selepas Masjid Kampung Talang Tengah adalah hanya muat sebuah kenderaan sahaja kerana jalannya adalah bertar. Bagi aku yang telah mengikuti program di D'Kok, aku mencadangkan organisasi anda mengadakan program seperti team building dan seumpamanya di sini. Cuma bab masuk kembara dalam hutan (jungle tracking) kena ukur baju kat badan sendiri dulu. Ni ada yang demam, sakit kaki, keradangan otot, macam2.

Untuk maklumat lanjut boleh baca lebih lanjut di blog ppkismkpz.blogspot.my 

No comments:

Post a Comment