Destinasi pilihan pada kali ini ialah Hotel Thistle, Port Dickson pada hari Isnin cuti panjang Deepavali yang lalu. Check in tengah hari Isnin, check out tengah hari Selasa. Tak ada tempah2, main datang saja. Mula2 masa Mawar pi di kaunter, petugas tu cakap RM400 lebih. Kemudian baru saja dia nak patah balik ke kereta, petugas tu cakap lagi kalau akak kerja gomen boleh dapat diskaun RM300 lebih. Slip gaji yang nak dijadikan bukti kerja gomen boleh print di sini.
Wah, bagus la servis kat Hotel Thistle ni siap boleh print slip gaji buat bukti. Bukan macam satu hotel di Melaka tu, kena buat tempahan berminggu-minggu sebelum datang. Ini walk-in terus boleh guna.
Oleh kerana datang sebelum masa check-in iaitu pukul 2.00 petang, maka dari jam 12 lebih tu sampai la ke masa nak check-in, kami habihkan masa di pantai dan kolam hotel. Pantai Hotel Thistle ni private maka tak ada la heboh dengan orang2 luar. Cuma yang tak berapa berkenan ialah ada warung todi (arak) di pantai dan kolam hotel.
Di hotel ni ada pelbagai aktiviti boleh dilakukan. Ada spa (tak ada aku pi cari pasal di situ), jin errr gimnasium, padang golf, arked game, karaoke, bilik LEGO dan pelbagai lagi permainan out door.
Breakfast pun boleh tahan, memang pelbagai pilihan makanan pelbagai kebudayaan Malaysia ada untuk dirasa. Sayangnya bila dah berusia ni tak daya dah nak makan banyak2 seperti dulu.
Cakap banyak tak guna, tengok la gambar2 di bawah.
Main pasir aktiviti wajib di pantai.
Anak dara ni tak boleh lepa, berani lari ke gigi air sorang2.
Umi turut join main pasir.
Ada orang dah tak sabar nak bawa itik ke air.
Meniup buih sabun.
Jam sekarang 1.00 tengah hari. Habih kena sunburn ni.
Makan aiskrim untuk menyejukkan badan.
Dah sampai ke kolam.
Bukan dilarang makan di kolam ka?
Pemandangan dari beranda bilik penginapan.
Dah pengsan dua2 orang.
Masih lagi makan bekal yang dibawa dari rumah.
Ni gimnasiumnya. Rugi tak bawa kasut sukan.
Ni padang golfnya. Tertinggal pula beg golf kat rumah.
Di hadapan hotel. Nampak tu Grand Livina putih parking tempat OKU tu? Den punya la tu.
Bagi Hanan ini la LEGO Landnya.
Breakfastnya mewah.
Lain kali boleh datang lagi kat sini cuma jangan lupa bawa cetakan slip gaji.
No comments:
Post a Comment