Friday, February 17, 2017

Jawapan kepada Oto Chicharito berkaitan Honda PCX

"assalamualaikum wrt. wbt, sy seronok bc komen2 tuan2 mgnai Honda PCX ni..sy baru guna skuter ni dlm 3 hari (beli second hand kat kedai)..milage dlm 6800km...sbg org2 yg dh lama guna skuter ni sy nak mohon pandangan tuan2 ttg penjagaan skuter ni, berapa km patut kena tkr minyak hitam, minyak gear, coolant dan filter" - Oto Chicharito

Tahniah kepada Oto Chicharito di atas pembelian Honda PCX. Mileage skuter saya baru saja mencecah 5300km. Setakat ini saya baru tukar minyak enjin (hitam) sekali saja pada 1000km. Kalau ikut cakap tokey Kedai Maxima Motor Senawang tu, dia suruh datang tukar lagi minyak enjin selepas 5000km. Jadi ada 700km lagi sebelum kena pi :)

Berkaitan bila kita nak tukar itu dan ini pada Honda PCX kita, kalau perasan di bawah seat, di ruang letak barang skuter kita tu ada ditampal stiker seperti kat bawah ni untuk rujukan penyelenggaraan.
 
 
Semuanya dalam tulisan bahasa Inggeris, nasib baik bukan bahasa Siam (Thailand) iaitu origin di mana skuter kita ni dipasang :)
 
Antara maklumat penting yang ditulis kat situ:
1. Minyak hitam ditukar setiap 8,000km, jenis 4-AT 10W-30MB. Kalau takut kena tipu kedai spare part, beli saja di stesen-stesen minyak. Selalunya ada, tinggal lagi pomen nak pakai atau tidak saja. SC keta Vios aku tak mau isi minyak enjin aku bawa dari luar, jadi tak payah servis situ lagi.
2. Pre-mix coolant ditukar setiap 2 tahun. Tapi aku belum tukar pun lagi. Cukup setakat tambah di bekas putih kat bawah sebelah kanan skuter saja. Ini kena rajin tengok terutamanya bila musim panas.  
3. Drive belt ditukar setiap 24,000km. Ini rasanya banyak tahun lagi ni. Takut time nak tukar tu nanti jangan2 Honda PCX pun dah stop production. Entah2 model baru nanti pakai drive chain.
4. Air cleaner element ditukar setiap 16,000km. Ini mungkin aku tukar 10,000km nanti. Maklum la jalan raya kita berabuk, jerebu. Tak tukar semput pula skuter kita nanti.
5. Gunakanlah barang2 cap Honda yang tulen. Ini susah sikit nak komen. Aku pi servis kat Maxima iaitu kedai yang tempat aku pi beli skuter ni pun tak pakai barang2 Honda tu pun. Minyak enjin hari tu pakai cap apa entah tapi fully sintetik. Coolant pulak dia jual yang cap Fuchs, tokey cakap ini skuter Yamaha pun ada pakai. Melainkan Honda buka service center bertauliah bolehlah kita ikut nasihat dia nih.
6. Waranti untuk keseluruhan motorsikal (bodoh, ini skuterlah!) ialah selama 2 tahun atau 20,000km. Tapi tak tau la samada cukup 2 tahun habih waranti atau cukup 20,000km abih waranti. Kalau pengeluar kereta ada which ever comes first, ada yang unlimited mileage. Jadi aku pun tak faham.
 
Bab harga barang2 yang nak diguna untuk penyelenggaraan, mungkin ada kedai murah atau mahal ikut kepandaian kita cari. Tepuk dada tanya selera errr, poket kita
 
Semoga saya telah dapat sedikit sebanyak menjawab soalan Oto Chicharito.

Tuesday, February 14, 2017

Apabila waranti kereta tamat tempoh...

Menjelang akhir tahun lepas tamatlah waranti tiga tahun kedua-dua kereta milik kami. Vios aku bulan 7 manakala Grand Livina pula bulan 10 kalau tak silap. Maka dengan tamatnya waranti maka tak la dicover lagi apa-apa kerosakan yang boleh berlaku dalam waranti. Tamatnya waranti maka tamatlah juga komitmen untuk servis di sc yang boleh dikatakan suruh servis macam-macam tu.

Walaupun waranti dah abih tahun lepas tetapi belum sampai kilometre untuk servis. Hmmm, petang Jumaat baru ni aku pergilah servis salah sebuah kereta kami di sc bertauliah. Aku ada bawa minyak enjin sekali, Castrol Magnatec yang merupakan salah satu jenama terkenal seantero dunia. "Maaf encik kita tak terima (boleh pakai) minyak luar," kata service advisor.

Lepas tu aku pun cakap, "Bolehlah pakai, waranti kereta saya dah abih." "Nanti saya tanya manager saya," balasnya. Agak mendukacitakan kerana managernya tak membenarkan aku menggunakan minyak enjin yang aku bawa sendiri sebaliknya kena pakai minyak enjin yang berlabel syarikat keretanya. Maka kerana itu aku pun tak jadi service di sc dan bergerak meninggalkan sc tersebut.
Pernah tengok lawak gula di Youtube yang ada sebut tukar tayar di Kedai Tayar Dunlop Senawang (KTDS) tu? Tempat tu memang wujud dan aku servis di situ petang Jumaat tu.

KTDS ni terletak berhampiran dengan traffic light yang kedua selepas turun dari Plaza Tol Senawang. Memang nampak besar signboardnya di sebelah kiri jalan. Di belakang KTDS pula terdapat Stesen Komuter Senawang.

Servis di KTDS kira ok juga. Depa check semua dan buat servis yang kita boleh tengok depan mata tak tersorok seperti di sc. Di KTDS ni juga kedua-dua kereta kami tukar tayar tahun lepas.
Selesai servis dalam masa tak sampai setengah jam, aku pun balik. Esoknya kereta kami yang satu lagi pun buat servis di sini juga. Rasanya kalau tak ada benda yang serius, buat di KTDS saja lepas ni :)

Berkait dengan waranti, kalau kita perasan sekarang ada syarikat kereta yang sanggup menawarkan waranti hingga tujuh tahun, Nissan kalau tak salah. Jika waranti selama tujuh tahun maka  tujuh tahun la kena servis di sc. Wah, banyak tu nak kena bayar untuk memastikan waranti terus valid. Banding harga minyak enjin beli di luar dan di sc pun dah jauh beza. Castrol Magnatec Semi Sintetik offer di Tesco baru RM98. Shell Helix Fully Sintetik dalam RM150. Harga2 minyak enjin di sc saya percaya lebih mahal berbanding harga di Tesco tu :(

SC Proton di Seremban 2 saya puji kerana membenarkan saya menggunakan minyak enjin dari luar. Tak jauh pun beli, dari stesen minyak PETRONAS seberang jalan saja. Elok saja enjin kereta Wira, Gen 2, Exora tu sampai sudah. Jaga elok macam mana pun kereta kita harga tetap orang ambik murah.

Menggunakan kereta macam merelakan diri kita dirompak. Banyak pihak dapat merompak kita. Dari segi cukai, dari segi bunga pinjaman bank, dari segi keuntungan jualan kereta dikaut syarikat kereta, dari segi keuntungan penyelenggaraan dikaut sc syarikat kereta dan akhir sekali keuntungan dikaut kedai kereta terpakai. Tu belum kira keuntungan yang dikaut peguam yang bank kita beli kereta upah ugut kita bila sesekali terlambat buat bayaran ansuran bulanan.

Mana nak beli kuda buat pergi kerja?