Menjelang akhir tahun lepas tamatlah waranti tiga tahun kedua-dua kereta milik kami. Vios aku bulan 7 manakala Grand Livina pula bulan 10 kalau tak silap. Maka dengan tamatnya waranti maka tak la dicover lagi apa-apa kerosakan yang boleh berlaku dalam waranti. Tamatnya waranti maka tamatlah juga komitmen untuk servis di sc yang boleh dikatakan suruh servis macam-macam tu.
Walaupun waranti dah abih tahun lepas tetapi belum sampai kilometre untuk servis. Hmmm, petang Jumaat baru ni aku pergilah servis salah sebuah kereta kami di sc bertauliah. Aku ada bawa minyak enjin sekali, Castrol Magnatec yang merupakan salah satu jenama terkenal seantero dunia. "Maaf encik kita tak terima (boleh pakai) minyak luar," kata service advisor.
Lepas tu aku pun cakap, "Bolehlah pakai, waranti kereta saya dah abih." "Nanti saya tanya manager saya," balasnya. Agak mendukacitakan kerana managernya tak membenarkan aku menggunakan minyak enjin yang aku bawa sendiri sebaliknya kena pakai minyak enjin yang berlabel syarikat keretanya. Maka kerana itu aku pun tak jadi service di sc dan bergerak meninggalkan sc tersebut.
Pernah tengok lawak gula di Youtube yang ada sebut tukar tayar di Kedai Tayar Dunlop Senawang (KTDS) tu? Tempat tu memang wujud dan aku servis di situ petang Jumaat tu.
KTDS ni terletak berhampiran dengan traffic light yang kedua selepas turun dari Plaza Tol Senawang. Memang nampak besar signboardnya di sebelah kiri jalan. Di belakang KTDS pula terdapat Stesen Komuter Senawang.
Servis di KTDS kira ok juga. Depa check semua dan buat servis yang kita boleh tengok depan mata tak tersorok seperti di sc. Di KTDS ni juga kedua-dua kereta kami tukar tayar tahun lepas.
Selesai servis dalam masa tak sampai setengah jam, aku pun balik. Esoknya kereta kami yang satu lagi pun buat servis di sini juga. Rasanya kalau tak ada benda yang serius, buat di KTDS saja lepas ni :)
Berkait dengan waranti, kalau kita perasan sekarang ada syarikat kereta yang sanggup menawarkan waranti hingga tujuh tahun, Nissan kalau tak salah. Jika waranti selama tujuh tahun maka tujuh tahun la kena servis di sc. Wah, banyak tu nak kena bayar untuk memastikan waranti terus valid. Banding harga minyak enjin beli di luar dan di sc pun dah jauh beza. Castrol Magnatec Semi Sintetik offer di Tesco baru RM98. Shell Helix Fully Sintetik dalam RM150. Harga2 minyak enjin di sc saya percaya lebih mahal berbanding harga di Tesco tu :(
SC Proton di Seremban 2 saya puji kerana membenarkan saya menggunakan minyak enjin dari luar. Tak jauh pun beli, dari stesen minyak PETRONAS seberang jalan saja. Elok saja enjin kereta Wira, Gen 2, Exora tu sampai sudah. Jaga elok macam mana pun kereta kita harga tetap orang ambik murah.
Menggunakan kereta macam merelakan diri kita dirompak. Banyak pihak dapat merompak kita. Dari segi cukai, dari segi bunga pinjaman bank, dari segi keuntungan jualan kereta dikaut syarikat kereta, dari segi keuntungan penyelenggaraan dikaut sc syarikat kereta dan akhir sekali keuntungan dikaut kedai kereta terpakai. Tu belum kira keuntungan yang dikaut peguam yang bank kita beli kereta upah ugut kita bila sesekali terlambat buat bayaran ansuran bulanan.
Mana nak beli kuda buat pergi kerja?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment