Tuesday, December 12, 2017

Merapu dulu untuk ambik feel

Apa khabar semua? Sementara belum sibuk untuk prepare bagi sesi akademik 2018, aku nak ambik feel dulu sikit sebelum mengarang trip aku dan keluarga ke Jay Bee (Johor) hujung bulan 11 baru2 ni.
Paste gambar dulu, baru karang. Selalunya aku tulis dua tiga baris dulu kemudian paste gambar. Dari situ baru kembangkan karangan bagi tiap2 gambar yang dipaste.

Gambar dibuang atas faktor keselamatan.

Ok, gambar dah paste. Tahun ni ada sedikit sakit jiwa atau jiwa kacau ikut term medical orang putih. Tahun ni tetiba dicalonkan oleh sekolah sebagai timbalan ketua pengawas di sebuah sekolah di Zimbabwe. Pehhh, tak pernah pegang jawatan ni. Katanya dicalonkan sebagai pengawas sahaja. Kalau tengok gambar atas tu, itu merupakan paper terakhir bagi sekolah yang aku jaga ni. Memang tak boleh bergambar tapi memandangkan sekolah yang aku bertugas ni terletak di Zimbabwe maka tak ada masalah sementelahan lagi calon2 pun tak sedar gambar mereka diambil.

Gambar dibuang atas faktor keselamatan.
Bergambar sebelum pusat ditutup. Nak kejar flight balik Malaysia.

Sebagai timbalan ketua pengawas banyak benda yang kita kena tanggung. Antara tugasan yang timbalan ketua pengawas kena buat ialah pagi2 kita la yang kena sampai dulu untuk check dewan, bilik peperiksaan, bilik kuarantin dan juga jamban. Pusat sekolah di Zimbabwe yang aku jaga ni ada satu dewan besar, beberapa bilik calon sekolah, 1 bilik calon persendirian dan 1 bilik kuarantin. Semua bilik boleh dikatakan dipakai sepanjang exam kecuali beberapa paper akhir seperti Penternakan Khinzir Secara Feedlot dan Penanaman Cili Fertikasi yang semua calonnya dikumpul dalam dewan besar.

Gambar dibuang atas faktor keselamatan.
Good! Bergambar di luar pusat peperiksaan.

Sebelum peperiksaan bermula, guru bertugas sekolah perlu bersama timbalan untuk proses pembukaan karung soalan peperiksaan. Selesai soalan diedar, yang lebih kita bungkus semula. Kemudian timbalan akan tanda kehadiran calon pada pagi tu pada kertas serta online.

Gambar dibuang atas faktor keselamatan.
Potluck pada hari terakhir peperiksaan.

Sebagai timbalan, kita juga orang yang terakhir meninggalkan pusat peperiksaan. Memastikan semuanya selamat serta memaklumkan kepada pengawal keselamatan agar mengunci pintu dewan dan bilik supaya gajah dan babi hutan tidak masuk menyelongkar mencari sisa2 makanan yang ditinggalkan calon.


 Hanya Cikgu Mohd yang datang meneman untuk buat jadual waktu.

Setelah balik Jay Bee, aku ada ke sekolah untuk menyiapkan draf jadual waktu bagi sesi akademik 2018. Huuu, ontah la den pun tak tau nak buek camno laei...

Draf yang masih terbuka untuk ubahsuai. 

 Pokok cili fertikasi dah tinggi sikit dari botol air mineral 500 ml.

 Anak2 cili fertikasi yang aku semai dalam bekas telur. Hanya 4 yang tumbuh. Semuanya pula mati pada pagi tadi (12.12.2017) diusik burung.

Beberapa minggu sebelum cuti sekolah, aku membawa pulang 2 anak pokok cili bara daripada sekolah. Ia merupakan lebihan bagi projek fertikasi (sebenarnya fertigasi tapi ada sebabnya aku menamakan sedemikian). Dipindahkan ke dalam pasu, nampak naik gitu2 je tapi tak apalah kerana nak eksperimen sendiri untuk masa akan datang.

 Yang atas ni pula Ilham, anak buah aku yang termuda di kalangan semua sepupu2nya. Lahir pada awal 2017, nampaknya dah mula pandai minta adik.

Hak Cipta Milik Aza dan Gila-Gila. Berhati-hati mandi air terjun di musim hutan ni.

No comments:

Post a Comment