Tuesday, May 1, 2018

Kuala Terengganu - NSCMH - Sg Congkak

Dalam dua minggu ni banyak ke sana sini. Dari perihal membawa budak2 PPKI ke Kuala Terengganu untuk lawatan penanda aras di SMK Bukit Besar (dan juga mak bapak budak2 PPKI yang turut tumpang berjalan) hinggalah meneman Mawar mengikuti perkhemahan perdana badan beruniform sekolahnya di Sungai Congkak.

Dari perihal membawa budak2 PPKI ke Kuala Terengganu untuk lawatan penanda aras di SMK Bukit Besar yang mak bapak depa juga turut ikut tu, ini merupakan kali kedua aku ke sekolah berkenaan. Kali pertama ialah semasa di SMK Pendeta Za'ba. Kesian juga sekolah yang selalu menjadi tumpuan pelawat ni. Kata salah seorang gurunya, ini merupakan lawatan kali keenam pada tahun ini. Bak kata akak Trivago, "Saya faham tu!" Mana tak fahamnya, dulu di SMPK Buta Setapak, boleh kata tiap2 minggu ada saja pelawat melawat ke sekolah. Tengah mengajar tiba2 kena panggil buat tayangan multimedia di bilik gerakan. Itu belum kira kena bertugas jaga booth pameran jabatan di hujung2 minggu. Memang habih hujung minggu kita. Jumaat pagi/petang setup booth. Sabtu pagi sampai ke petang (kadang2 sampai malam) jaga pameran. Ahad jaga pameran lagi, petangnya kemas dan tutup booth. Isnin kerja. Jadi kalau sekarang ni hari Sabtu kena hadir ldp atau ada program sekolah tu, aku tak kisah sangat pasai pernah kena lagi teruk dulu.

Kali ni bila pi rombongan ke Terengganu agak lucu sikit kerana banyak mak bapak budak yang ikut sama rombongan. Dah berbelas tahun bawa budak pi rombongan ini la kali pertama begitu ramai parent yang ikut. Bagi aku tak mencapai matlamat asal program untuk mendidik bebudak untuk berdikari. Bila ada pengiring dari kalangan parent, ada budak yang mengada2 juga. Ada satu tu siap menangis, nak beli juga jersi bola yang beratus2 ringgit harganya.

Parent juga ada yang buat hal. Ada yang beli mee segera berpaket2 disuruhnya budak2 masak sendiri. Malam tu budak2 berperang masak mee segera, berkecah dapur, sampai ke tengah malam cikgu kena menunggu untuk berkemas. Lagi yang mengada2 tambah panas ialah parent2 dan rakan2 sekerja yang tak pergi pula kejap2 mesej suruh beli itu dan ini. Tak boleh fikir sikit di kepala otak tu bahawa kita dah sibuk menguruskan budak2, sibuk pulak mengorder itu ini.

Masjid Kristal buat masa ini ditutup untuk kerja2 penyelenggaraan.

Sehari sebelum ke Terengganu, Hanan demam. Sekolah menelefon. Bila diambil di sekolah memang nampak tak bermaya dan panas. Bila dibawa ke hospital terus dimasukkan ubat ke punggung. Maka sepanjang rombongan ke Terengganu tu memang tak senang hati. Pada hari kedua rombongan yang bersamaan hari ketiga Hanan demam, Mawar telah membawa Hanan ke hospital dan Hanan pun kena warded. Bila keadaan sedemikian, bila ditanya ketua rombongan sama ada nak balik segera atau tidak, tak ada la aku minta balik awal kerana esoknya dah nak balik.

Malam tu bila dah sampai di Seremban aku terus ke hospital. Tengok Hanan masih demam lagi. Ubat demam, mandi, antibiotik antara ikhtiar dilakukan untuk menurunkan demam. Tahun ni, ini kali kedua Hanan demam teruk. Dari ujian darah menunjukkan akibat virus. Mungkin di sekolah, supermarket, udara sekeliling, kita tak tau. Terima saja ketentuan Allah. Syukur hari Ahad, Hanan dah boleh balik tapi hari Isnin tu aku ambik CRK yang pertama kali untuk tahun ni bagi menjaga Hanan.

 Hanan tengah tengok tv.

Pada hari Jumaat baru2 ni pula kami ke Sungai Congkak. Mawar menjadi penyelaras perkhemahan perdana sekolahnya. Perkhemahan tidur dalam bilik2 dorm je, bukan pacak khemah. Tapi thrillnya tetap ada. Tracking, masak pakai kayu api, orientering. OK la tu. Cikgu2 pula boleh tidur dalam bilik2 chalet beraircond. Hi hi hi!

Sungai Congkak ni kira best la juga. Sungainya jernih, cetek dan sesuai untuk budak2 bermandi-manda. Ada banyak anak ikan untuk disauk jika suka. 

Maxis kena take action. Line anda koman kat tempat aku menginap ni, kem yang paling hampir sekali dengan Taman Rekreasi Sungai Congkak. Jangan bagi alasan kawasan terpencil kerana Celcom 4G di sini. Bila beli data harian Celcom 2GB RM3 tu, siap boleh tengok TV Unifi lagi di tab Samsung aku tu. 

Pada 29 hb April, rakan2 sekerja Mawar mengadakan majlis meraikan hari lahir Mawar ke 40 tahun. Potong kek di tepi sungai tau. Terima kasih kepada semua yang meraikannya. Untuk aku, Hanan dan Hanim pula, kami mengadakan majlis yang sama di rumah pada Cuti Hari Buruh.

 Kalau dah jumpa ayaq...

 Kalau nak tau, Hanan la paling susah nak suruh posing untuk ambik gambaq.

 Nampak tak, dah tengok ke arah lain.

 Leceh nak ambik gambaq sendiri. Belum cukup duit nak beli drone.

 Hanan cuba tangkap anak ikan pakai cawan plastik.

 Percaya tak ini merupakan rakaman kamera telefon Samsung J5? Jenuh pi dekat cakcibor tu perlahan2 untuk snap gambarnya. Ini dah sedekat yang mungkin tanpa zoom. Jarak dengannya ada la dalam 10 cm.

 Sewa pangkin kat kanan dengan tapak pasang khemah tu RM20 untuk sehari suntuk.

 Water stryder.

 Sambutan hari lahir Mawar oleh rakan2 sekerja.

 Hanan dan tangguk yang dipinjam dari kawannya.

 Hanim pun cuba nak tangkap ikan.

Ini pula sambutan hari lahir Mawar di rumah.

Dan kepada Mawar, tiada hadiah yang mampu abang berikan kecuali perkongsian sepotong nasihat daripada ayat Al-Quran seperti di bawah...

Al-Qur'an Menyebut Umur 40 Tahun
Allah memberi perhatian khusus tentang angka 40 ini:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu/berserah diri).”
(Al-Ahqaf [ 46 ] : 15)


No comments:

Post a Comment