Tak ada la pakai sistem getah paip automatik bagai macam sistem fertigasi sebenar cuma lapikkan tanah dengan tikar lama dan banner lama. Bab berkebun ni yang malasnya ialah nak mencabut rumput2 liar dan juga lalang2.
Bila dah tutup dengan tikar dan banner lama, aku pun susun la pasu2 yang ditanam dengan pokok2 yang mudah dijaga. Sistem TTT la katakan, Tanam Tinggal Tuai. Ini nak buat makan sendiri saja, bukan nak jual. Selain 5 pasu pokok cili bara, ada pokok serai, limau purut, cekur, pegaga, kucai, daun kari dan pandan. Kunyit try tanam tapi dah mati la pulak.
Baja pun pakai baja organik buatan sendiri saja. Kulit2 telur, kulit kacang tanah, salutan telur masin, hampas teh, hampas kopi, air basuh ikan, air basuh beras semuanya ditabur atau disiram kat pokok2 tu. Racun pulak tak ada, dah ada pokok serai sebagai penghalau serangga semulajadi dan baru2 ni aku tanam bawang besar dalam pasu. Itu pun dikira sebagai penghalau serangga semulajadi.
Kemudian ada pulak satu botol Pharmaton tak habih makan dah expired, rendam satu biji dalam air satu botol Dynamo botol besar tu, bila hari panas aku siram airnya. Alhamdulillah, pokok2 tu masih belum mati akibat eksperimen aku buat tu.
La ni errr waktu cuti sabatikal hari tu, aku rajin layan YouTube tentang benda2 perkebunan ni. Syok tengok orang buat pertanian organik yang tak pakai racun, cara mencambah biji benih dan lain2 lagi. Ada satu tu tertengok pula cara penternakan kelulut. Pagi2 memang nampak depa terbang di pokok2 cili yang aku tanam. Teringin pulak nak buat perangkap kelulut :)
Bila sesekali berbuah banyak dan besar memang geram tengok. Ni gambar sebelum cuti sabatikal. Bila cuti sabatikal, kesian tengok kerana banyak yang gugur, buruk tak terpetik.
Cili yang berwarna hijau memang lazim didapati. Yang merah kalau nak dapat cukup susah. Nak dapat satu dalam 50 pun belum tentu. Kalau nak dapat yang merah tu kena satu hari hujan lebat dan keesokkannya panas terik, maka lusa akan ada yang berwarna merah.
Lapik tikar, banner lama. Senang sikit tak payah merumput. Cuma nak berjalan kena berhati-hati kerana licin.
Kalau pasu kecik (ni pakai tong minyak masak 5 kg tu) maka pokok pun kecik, hasil pun sikit. Maka kesimpulannya tak boleh pakai bekas kecik untuk tanam cili.
Ni rakaman satu hari tu apabila panas dah berhari-hari (tuan pokok bertugas luar), hampir mati dua pokok cili ni. Setakat 8.10.2018 ni dah setahun usia kedua2 pokok ni. Banyak kali tengok dah kering, daun layu, daun gugur semua tapi sampai hari ni hidup lagi.
Anak2 cili yang tumbuh secara rawak di dalam pasu induk dipindahkan ke dalam bekas2 kecil ni. Dah banyak diserahkan sebagai anak angkat kepada orang lain.
Ini pun hasil eksperimen pasu kecik. Nanti tukar buat tanam bawang atau kucai saja la.
Lebah kelulut. Tak tau la spesis itama ka toraksi ka tapi depa ni penting dalam proses pendebungaan. Bestnya depa ni tak agresif dan tak bersengat macam lebah madu. Aku tinjau dekat2 depa pun, depa cool saja.
Ni view dari tingkap dalam bilik rumah aku. Kalau tak keluar rumah, tengok dari sini pun jadi.
Limau purut yang dah 5 6 tahun tanam pun tiba2 berbunga dan berbuah bila tengok pokok2 cili berbuah.
Everybody saw the apple fall but only Newton asked why? Ya ka? Orang putih memang nak menipu saja kerjanya. Ini eksperimen nak tanam pokok epal pulak.
Eksperimen susun rapat2 pokok2 cili untuk menggalakkannya berbuah. Memang ada nampak hasilnya, Pokok yang di baris kucai (pokok2 asal) mula berbuah besar seperti hasil daripada salah satu pokok yang buahnya besar (lihat gambar yang aku pegang cili di atas).
Bila dah banyak hasil, ada yang diberi kat orang, dibuat jeruk.
Jangan buang rumput2, daun2 serta kertas begitu saja ke dalam tong sampah. Beli dawai kawat ayam, bentukkan seperti dalam gambar di atas dan masukkan sisa2 tersebut ke dalamnya. Ni cara buat baja secara organik. Tapi jangan buang sisa makanan, nanti berbau pulak dan menjemput kehadiran tikus, lalat, burung. Mata kawat juga kena kecil, takut ular bersarang dalamnya.
No comments:
Post a Comment