Monday, December 17, 2018

Tahniah kepada Atiqah & Asrol

5.00 petang, 14 Disember 2019 (Jumaat), Masjid Bandar Baru Senawang

Kalau pada tahun lepas adik lelakinya melangsungkan perkahwinan, pada tahun ini dia sendiri pula telah tiba jodohnya. Selamat pengantin baru dan tahniah diucapkan kepada sepupu saya, Nurul Atiqah dan pasangannya Mohammad Asrol. Semoga berkekalan hingga ke jannah.

Pengantin perempuan sampai.

Barang2 hantaran dibawa masuk ke dewan akad nikah.

Dua pasangan diakad nikah pada petang ini. Asrol di sebelah kanan.

Hanan duduk dengan tenang.

Dalam ketenangan, Hanan rupanya nak susu :)

Abah pi ambik bakul susu dalam kereta. Kelihatan balang2 kuih tempeyek dan kuih kapal terbang tajaan Nenek Jelitah untuk kenduri :)

Hanan kembali tenang setelah dapat botol susunya.

Dalam dewan dah penuh, ramai saudara mara yang datang nak meraikan majlis ini.

Khutbah nikah sedang disampaikan.

Hanim dah bangun.

Sah!

Pasangan pengantin bergambar kenang-kenangan bersama bonda2 mereka.

Ha ha ha! Buluh lemang ni den pernah buat (sendiri) masa den kawin dulu.

Pak Long selesai makan lepat pisang yang didatangkan khas dari Kampung Sungai Ayer Jernih. 

Budak2 dan gajet tak dapat dipisahkan.

Hanim nak makan sup saja.

Soto power Busu.

Pasangan pengantin makan bersama.

15 Disember 2019 (Sabtu), Taman Satria Senawang

Hari ni merupakan kenduri di rumah sebelah pihak perempuan. Sebelah lelaki insya Allah pada tahun depan. 

Suasana pada jam 9.30 pagi.

Air2 balang terdiri daripada asam boi, cincau, krisantimum dan mata Shiro kucing.

Khemah Mr Cakoi Warisan dah siap setup.

Majlis makan beradat pada jam 2.00 petang.

Pak Long dan Mak Ngah sedang berbincang perihal kejatuhan harga getah di pasaran. 

Pak Ngah melayan cucunya makan.

Tengah layan nyanyian pengantin baru.

Pengantin baru kena nyanyi juga atas permintaan ramai :)

Ni bergambar di dewan akad nikah.

Ni bergambar di kerusi bersanding pengantin.

Alhamdulillah semuanya berlangsung dengan baik.

No comments:

Post a Comment