Tuesday, February 19, 2019

Half Day Outing Simple Tarp Shelter

Isnin, 18 Februari 2019, 8.30 pagi - 12.00 tengah hari, Tapak Camping Persatuan Nelayan Port Dickson

Sepanjang cuti sabatikal tahun lepas, Uncle ada layan juga sikit2 kat Youtube tentang aktiviti2 outdoor ni. Tengok orang putih pasang tarp dan hammock kat pokok, nyalakan api pakai batang besi, aihhh macam2 la. Maka Uncle pun termakan racun la juga akhirnya untuk try buat aktiviti2 macam nih.

Uncle ada khemah saiz 2 orang. Nak pasang tak susah tapi kalau sorang2 payah juga pasai lazimnya kena ada sorang lagi untuk pegang satu hujung lagi batang besi rangka khemah masa nak naikkannya. Jadi pakai tarp macam boleh pasang sorang2.

Untuk aktiviti hari ni Uncle beli tarp saiz 10 X 12 kaki (itu saja saiz yang ada kat JJ Somban tu), besi L peg (pasak), tali, batang penyapu dan kerusi. Nanti tengok gambar ehhh baru paham.

Lokasi pagi ni di Tapak Camping Persatuan Nelayan Port Dickson. Uiii Uncle tak kojo ko hari ni? Ni ha semalam sekolah Uncle ada sukan, jadi hari ni cuti peristiwa.

Jadi layan la gambar2 di bawah untuk ringkasan aktiviti hari ni.

Makan ghoti canai yang tahap Uwan2 yang tebar. Selalu makan kat mamak di Galena yo. Lokasinya di sebelah Restoren Sup Power Port Dickson.
 
Selalu datang hujung minggu hanya nampak pelancong saja yang ramai kat Muzium Tentera Darat tu. Pagi ni berpeluang lihat askar berkawad. Hui, ramai nak habaq kat hang pa.

Kiri kanan kiri kanan!

Dah sampai. Laut nampak tenang saja pagi ni.

Akhirnya dah siap turunkan barang2. Untung Uncle pagi ni tak ramai orang. Dapat port pula yang siap dah ada orang ikatkan tali antara dua pokok. Jimat dah masa kat situ.

Dah siap pasang.

Pandangan lebih dekat. 

View dari bawah tarp.

Saga sebelah tu masa Uncle sampai memang dah ada. Depa pasang khemah. Berdua saja. Plat keta Penang.

Makan kacang dulu.
 
Pakai solid fuel tab saja untuk masak. Kayu api? Uuu, habih baju bau asap nanti. Dapur gas tin aerosol? Cepat sangat masaknya nanti, tak thrill.

Teh O dan Maggi perisa ayam :)

Teringin juga nak casting, sekali air laut dah surut. Lain kali la.

Dah siap turunkan tarp dan kemas semua barang simpan dalam X-Trail. Layan perasan sekejap sebelum bertolak pulang.

No comments:

Post a Comment