Monday, June 17, 2019

Catatan Beraya Minggu Kedua

Jalan2 raya diteruskan lagi pada hari Sabtu (15 Jun 2019) dan Ahad (16 Jun 2019) baru2 ini. Destinasi pertama pada tengah hari tu ialah ke majlis perkahwinan adik kepada rakan sekerja Mawar di MNZ Garden Wedding. Ni dekat Taman Seri Paroi dan berdekatan dengan sekolah Uncle berkhidmat sekarang.

Sekarang ni orang lebih mudah rasanya nak buat majlis2 kenduri di tempat2 khas yang ada dewan sebegini berbanding nak pacak khemah depan rumah. Parking pun senang dan lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti bilik air dan juga surau.

Nak naik bergambar di pelamin pengantin tak boleh lagi kerana pengantin belum sampai. Ambik gambar di pintu masuk saja la.

Kami kemudian bertolak pula ke VEO East KL. Nama tempat bukan main pelik tapi sebenarnya sangat berhampiran dengan Taman Melati Kawasan 8 tempat Uncle tinggal semasa berkhidmat di SMPK Setapak dulu. Di VEO ni kami menghadiri jamuan bersempena dengan saudara Mawar yang nak pergi menunaikan haji pada bulan Julai nanti. Semoga Farid dan adik-beradiknya dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan haji yang mabrur.

Dengan melalui lebuhraya LEKAS dan MRR2, dua jam juga baru sampai VEO. Fuh, bila la Uncle nak merasa ada helikopter sendiri?

Ni di kolam renangnya. Selain kolam renang, di paras ni ada surau, taman permainan kanak-kanak serta rumah kelab di mana kendurinya dilangsungkan.  

10 tahun dulu sini bukit, hutan. Tau2 dah naik kondominium mewah. 

Bukan main susah nak suruh budak2 duduk diam kejap untuk ambik gambaq.




Ada kolam tapi tak boleh mandi. Tak bawa baju mandi. Hi hi hi!

Dari VEO kami ke Greenwood Gombak untuk melawat Mak Ngah dan Pak Ngah Uncle. Sori la Angah Shila tak sempat jumpa. Walaubagaimanapun, mee kari yang Angah Shila masak untuk kami memang sedap! Terima kasih.

Jam 6.00 petang kami kemudian bertolak pulang ke Seremban. Menempuh lagi jamn kerana melalui MRR2 dan LEKAS. Pukui 8.00 malam baru sampai rumah.

Pagi Ahad sebelum kita keluar jalan raya, check darah dulu supaya orang tak boleh pekunun kondisi kesihatan kita. Kepada mereka yang senasib macam Uncle, beli la satu letak di rumah agar kita tau sendiri keadaan kesihatan kita dari hari ke hari.

Rumah pertama kami pergi pagi ni ialah rumah sepupu Uncle iaitu Nurul dan suaminya Arif di Taman Mantau Indah 2. Kali pertama dapat merasa makan nasi lemak bersambalkan ikan keli. Memang sodap!

Kami kemudian ke rumah Cikgu Abdullah iaitu rakan sekerja Uncle di PPKI SMKPZ. Dia mengadakan kenduri aqiqah anak keduanya iaitu Al-Fateh. Sedap sungguh gulai kambing dan kambing golek yang dihidangkan.


Kami kemudian beraya di rumah rakan kembar satu wad Hanan pada tahun 2011 di Rantau. Dari situ kami ke destinasi terakhir iaitu beraya di rumah Mak Busu Uncle di Bandar Seremban Selatan.

Jalan2 raya akan bersambung lagi di catatan akan datang.

Jangan dibuang minyak masak terpakai. Kumpulkan dan campur dengan minyak tanah untuk menjimatkan penggunaan minyak tanah pelita raya anda.

No comments:

Post a Comment