Tuesday, June 11, 2019

Catatan Ringkas Aidilfitri Tahun Ini

Time Uncle mula buat catatan ni Uncle tengah tunggu anak Uncle habih tuisyen di depan sekolahnya di SRI Seremban. Peh, hujan lebat nak habaq kat hangpa.


Ni merupakan catatan pada 7 Syawal. Tahniah kepada yang raya posa enam pada hari ni.

Raya tahun ni Uncle berasa sangat beruntung kerana walaupun beraya di rumah sendiri di Seremban, Uncle, Mawar dan anak2 dapat merasa beraya dengan kedua2 emak (Tuk dan Nenek) di rumah kami di Taman Bukit Galena. Kisahnya Tuk (emak Uncle) teringin nak beraya di kampung halamannya di Kampung Sungai Ayer Jernih Gemencheh. Dia singgah tidur di Seremban bersama2 Lina, Nurain dan Faris sejak hari Isnin minggu akhir posa tu, berpagi raya di rumah Uncle dan kemudian baru bertolak pulang ke Gemencheh.

Dalam menunggu untuk bertolak pulang ke Gemencheh, Nenek (emak Mawar) tiba dengan Khairul maka lengkaplah peristiwa bersejarah kedua2 emak Uncle dan Mawar buat pertama kalinya beraya bersama di pagi raya pertama di rumah kami pada tahun ini. Jadi Uncle belanja korang rakaman gambaq yang sempat Uncle snap pagi tu kat bawah ni.





Oh ya tahun ni kami berempat sempat pi photo shoot di studio shoot seminggu sebelum raya :) . Alah, RM100 saja untuk khidmat profesional. Beratus gambar dirakam tetapi yang menjadi pilihan hati untuk dijadikan frame di dinding rumah adalah yang kat bawah ni.

Cantik tak?

Yang ni rakam pakai kamera sendiri di rumah :)

Setelah Tuk bertolak ke Gemencheh, kami bertolak pulang beraya di Padang Kemunting. Rombongan balik kampung terdiri daripada kereta keluarga kami, Khairul dan Lelawati. 

Rumah pertama yang disinggah di kampung ialah rumah nenek saudara Mawar iaitu Wan Jan. Ini contoh wanita cekal yang gigih membesarkan anak2nya bersendirian setelah berpisah dengan suaminya yang kawin lain. Kemudian kami mengunjungi pusara datuk, nenek dan ayah Mawar. Tak dapat berkunjung lama di kawasan kubur kerana monyet liar banyak berkeliaran. Setelah melawat kubur kami berkunjung ke rumah Pak Busu kepada Mawar dan menikmati juadah raya di rumahnya.

Sambil makan2 tu biasalah kita akan bertukar2 cerita. Antara cerita yang menarik adalah tentang usaha Pak Busu dan keluarganya mencari duit lebih pada raya tahun ini dengan berniaga/membuat kuih belanda/sepit. Antara yang menarik ialah kuihnya yang 'ditolak' kepada pihak ketiga telah di'markup' harganya daripada RM12 kepada RM30. Selain itu dia juga menceritakan tentang tempahan pelik satu pelanggan yang mahu kuih tersebut dilipat kepada bentuk segi empat dan bukannya digulung atau dilipat menjadi suku bulatan seperti kelaziman yang kita biasa jumpa di pasaran.

Tahun ni sewa penginapan di Chalet Seri Tanjong. RM130 semalam. Ok la, dekat dengan rumah2 saudara Mawar. Biliknya luas dengan dua katil double, aircond, bilik bersih, dekat dengan pantai. Chalet ini merupakan milik salah seorang emak saudara Mawar, Mak Long Ros. Calet ini diusahakan dengan bantuan oleh anak-anak beliau sendiri. Siap buat duty rooster jadi nampak sangat teratur. Boleh call 012-2088443 (Teratai) untuk membuat tempahan. Ha ha ha! Uncle iklankan di sini pun tak dapat diskaun tau, Uncle pun bayar harga penuh.

Sesudah solat Asar maka beramai-ramailah kami turun ke pantai untuk bermain pasir dan mandi laut. Uncle tak mandi laut, celup2 kaki saja :) Oh ya, pantai agak sunyi juga raya tahun ni. Kedai2 makan semua masih tutup kerana cuti raya dan motor aiskrim pun tak ada yang lalu. 

Malamnya pula kami melayan budak2 bermain bunga api dan mercun. Safety first kata Hanan. Oh ya makan malam kami makan bekalan rendang, lontong, lemang, lemang periuk kera, ayam masak merah, kuah kacang dan nasi yang dibawa daripada rumah.

Pagi esoknya kami breakfast sambil meneruskan aktiviti pantai. Crowd pun dah mula ada di pantai. Bot2 pisang pun lalu-lalang mencari pelanggan, satu kepala RM10. Uncle nak belanja naik bot pisang tu tapi semua geleng kepala tak mau. Lain tahun la kita naik.

Menjelang tengah hari kami pun check out. Hujan lebat mengiringi kami time check out tu. Dari situ rombongan kami singgah sebentar makan durian IOI kat gerai tepi jalan di antara Pekan Pasir Panjang dan Eagle Ranch. Tak ada dalam Google Maps tu kerana ini gerai bermusim. Harga sekilo RM20. Murah RM5 berbanding harga di depan PJCC. Taukenya pun mesra. Kami makan bermula dari dua biji bertambah2 hingga lima biji. Alhamdulillah, buahnya pun sedap2 belaka.

Perjalanan diteruskan dan kami berhenti di RNR Mambau. Sebenarnya mencari kot2 ada kedai makan asam pedas yang buka tetapi semuanya cuti lagi termasuklah yang ada di Teluk Kemang. Nasib baik di RNR Mambau kedai nasi tu ada asam pedas ikan pari jadi la untuk yang teringin nak makan. Uncle pula pekena ayam kampung masak lemak cili padi. Sedap juga maka Uncle rekemen la kepada hangpa yang singgah RNR Mambau ni boleh try, pasti tak kecewa. Ada yang lebih sedap lagi di area Somban ni tapi ini dah memadai bagi yang dah maleh nak masuk Somban jika datang dari Port Dickson (yang nak masuk terus lebuhraya PLUS di Tol PD).


Hari Sabtu di Kid Zoonia AEON Seremban 2.

Maka demikian la serba sedikit cerita raya Uncle tahun ini. Oh ya, sebelum terlupa, kami ada pulang ke PJ untuk beraya dengan keluarga Abang Isa dan keluarga Azmi pada hari Ahad baru2 ini. 

Bersambung di catatan akan datang.


1 comment: