Uncle? Dah dua bulan duduk di rumah. Rakyat marhaen yang taat perintah ulul amri. Habih2 jauh pun pi Bank Islam kat Tasik Seremban nuuu untuk bayaq bil kad kredit. Yang keluaq rumah hanya Uncle atau Mawar saja. Hanan pun baru dapat ronda2 kelmarin sampai ke sebuah kedai permainan kanak-kanak di Taman Rasah Jaya dengan Mawar bagi menuntut hadiah berjaya puasa penuh sehingga 15 hari. Dapat la kereta control sebijik.
Adiknya yang dapat mainan kabinet dapur Barbie sampai hari ni masih belum meninggalkan kawasan rumah. Habih jauh pun hanya naik PCX atau pun kereta mengelilingi taman. Itu pun duduk dalam kereta saja. Nasib baik macam2 aktiviti boleh dibuat seperti main tab, buat kerja sekolah, tengok tv, nyanyi karaoke...
Awal cuti sekolah pertengahan penggal pertama hari tu Uncle dan keluarga ke Klang melawat Irfan. Sambil2 Hanan dan Hanim bermain dengan Irfan, Uncle dan Mawar pi GM Klang. Pi pagi masa bisnes baru nak buka. Beli la barang2 sedikit sebanyak, bukan dapat pi selalu pun.
Balik daripada Klang kami singgah makan Nasi Kandar Apollo kat Bangi. Sedap juga makanannya.
Hari tu bebudak universiti yang balik ke kampung masing2 naik bas yang gomen sediakan tu merasa la bersahur tajaan Nasi Kandar Apollo ni. Yang balik ke N9 katanya. Lama lagi la nak merasa ni, lepas 9 Jun 2020 kot?
Masa pi GM Klang, Uncle ada beli khemah single person yang kita boleh pasang macam sun visor kereta tu. Buka lipatan, naik satu khemah. Lipat2, dah boleh masuk beg. Beli kononnya nak pakai masa camping Pengakap dengan bebudak OKU Uncle la tahun ni. Nampak gayanya, tahun depan pun belum tentu ada camping Pengakap. Ada JOTI saja.
Hanan gantung lampu dalam khemah.
Kena la tutup jaring tu, baru nyamuk tak masuk.
Fuh, siap tutup lampu. Macam camping dalam hutan.
Tengok Youtube la tu.
Depan tv saja sebenarnya pasang khemah.
Bila PM umum saja bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan, putus harapan nak balik Pendang. Sebenarnya beg2 baju semua dah siap kemas. Siap nak bawa hadiah untuk baby baru Mak Chaq Lin iaitu Ahmad Hurairah. Nanti kami pos saja la.
COVID 19 & Norma Baru Kehidupan
Dengan ancaman virus ini telah menyebabkan perubahan mendadak cara kita menjalani kehidupan harian. Sorang2 pi kedai. Pakai mask. Nak masuk kedai scan suhu, cuci tangan. Masa beli barang kena cepat2. Roti Gardenia sapu semua yang ada kat rak tu. Errr, yang bab roti tu, dah sebulan PKP baru Uncle dapat beli kat Petron dekat rumah Uncle ni. Kat rak tu pulak memang tinggal satu buku yang last tu. Kuat betul hangpa makan roti, ingatkan rakyat Malaysia makan nasi saja.
Bila dah balik rumah, letak barang kat belakang rumah dulu. Masuk ikut pintu belakang. Yang pi beli barang masuk bilik ayaq, mandi. Yang tunggu rumah pulak, spray disinfectant kat beg plastik/barangan yang baru dibeli. Kalau barang2 yang beli online/cod yang baru sampai pun sama juga prosedurnya, spray/basuh dulu barang baru bawa masuk rumah. Spray disinfectant pun dua kali. Mula2 plastik packaging, lepas tu barang dalam packaging pulak.
Hari ni spray kat depan saja. Hujan pulak nak usung barang2 ni ke belakang. Spray disinfectant tu beli kat Mydin. Dekat2 20 hinggit jugak.
Ni masa Uncle pi appointment di NSCMH (April 2020). Dah letak tape, kena duduk jauh2.
Sebelum PKP penuh ni kerusi2 ni. Hari Uncle mai ni, Uncle tak sempat duduk pun. Dapat jumpa doktor terus. "Ingat Encik tarak datang ini petang, ramai patient kensel appointment takut datang hospital pasal COVID 19."
Nak masuk hospital pun bukan senang. Kat pintu masuk siap ambik suhu, cuci tangan, tanya ada pi luar negara ka dak? ada kontak dengan orang baru balik luar negara ka dak? kena sign borang ikrar maklumat. Nurse yang tunggu kat pintu tu memang pakai full PPE macam kita tengok dalam tv tu.
Ni rakaman semayang terawih di Mekah yang Uncle snap kat tv pada pagi 1 Mei 2020. Tahun ni kalau semayang raya dibenarkan secara berjemaah di masjid/surau, mungkin macam ni la susun atur kita semayang tahun ni.
Tiga akaun GC berjalan serentak. Hanim, Hanan, Uncle punya. Ni buka di notebook. Tak boleh bayang macam mana yang share satu telefon 3 4 anak berebut nak pakai. Bersyukurlah sapa2 yang dimurahkan rezeki, anak2 ada tab sendiri, notebook, printer, line internet yang baik.
Uncle dan GC? Uiii, guna, mana boleh tak guna. Dapat login, password lepas tu pandai2 la punggah sendiri. Tapi tu la, ada kelas tu 9 orang tapi yang jawab sorang saja. Buat saja la yang termampu wahai anak murid kebenaran. Sekali tu tengok, wah banyaknya respon. Rupa2nya budak yang sama jawab banyak2 kali.
Bagi Uncle, GC ni ada potensi yang besar untuk membudayakan pembelajaran online terutama sekali pada waktu2 sebegini. Tapi syarat utamanya ialah para pelajar mesti ada peranti yang bersesuaian dan talian internet di rumah. Akaun pelajar mesti diaktifkan di dalam peranti yang ada di rumah.
Lagi satu jangan jadi seperti projek pembelajaran online yang pernah dilaksanakan di salah sebuah negara terpencil di benua Afrika, yang namanya tak boleh disebutkan di sini. Adakah patut cikgu login akaun cikgu, cikgu buat soalan, lepas tu cikgu login pulak sebagai pelajar dan jawab sendiri soalan2 yang cikgu buat.
Hanan membuat capan.
Selain daripada main MLBB... errr, membantu kerja2 rumah, WFH, membantu Hanan Hanim dengan kerja2 sekolah depa, Uncle ada la cabut rumput2 dalam pasu2 kat tepi rumah Uncle tu, kemas longkang. Time PKP ni, pokok2 cili bara fertikasi tu memang tak dan (sempat) merah la buahnya. Hari2 petik. Buah memang tak banyak, Uncle tak pakai baja2 kimia, AB dan racun bagai tu. Habih2 pun tabur sisa serbuk kopi, serbuk teh, serbuk telur ayam. Bila ada serangan serangga pun cucuh bekas/papan telur ayam, spray ayaq sabun saja.
Pokok epal ni kalau tumbuh straight mesti dah lebih tinggi daripada Uncle.
Nangnaih. Tahun depan boleh la makan ni.
Anak2 cili bara fertikasi yang baru.
Anak2 cili bara fertikasi yang baru menggantikan yang lama.
Kasi can pokok2 yang lama ni berbuah buat kali terakhir. Nak buang pakat berbunga pulak depa ni semua.
Semangat nak raya makin membara.
Bunga api? Ada sikit, ni stok tahun lepas punya. Kalau bakar satu malam sebatang, boleh tahan sampai Raya Haji.
Daripada 5 batang besi, telah diimprovasi. Kita letak tiga batang besi saja. Letak kayu panjang satu ataih tu. Ikat kejap2 dengan tali. Susun pelita lima biji. Malam2 nak main bunga api kita cucuh. Dah abih main bunga api, padam api.
Nak makan lemang? Bawak mai sini pulut, santan dengan daun pisang.
Ni Uncle belanja sikit gambar uji lari pelita raya tahun ni. Tak semeriah di kampung tapi semangatnya tetap membara :)
Apa2 pun moga2 kita tak terkejut dengan bacaan mesin penimbang berat badan. Ha ha ha!
bestnya cerita ni
ReplyDelete