Tarikh: Rabu, 1.4.2020
Tugasan 1: Pergerakan Berirama Tarian Inang
Fahaman bahawa waktu PJ adalah waktu untuk bermain bola sepak sudah pun lapuk ditelan zaman. Untuk pengetahuan para penjaga, di dalam mata pelajaran PJPK Kefungsian Sederhana KSSM Pendidikan Khas Tingkatan 2 turut menyelitkan apresiasi terhadap seni budaya rakyat negara kita iaitu mempelajari Tarian Inang.
Melalui tugasan ini, murid dikehendaki berlatih menari Tarian Inang berdasarkan mana-mana dua pautan seperti di bawah.
1. Contoh Tarian Inang 1
2. Contoh Tarian Inang 2
Satu ujian penguasaan kemahiran menarikan Tarian Inang akan diadakan apabila sekolah dibuka nanti.
Terima kasih di atas kerjasama para penjaga.
Cikgu Noor Azlan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment