Tuesday, March 6, 2012

abdul hanan gelak besar dan berdoa

Insya Allah 13 mac ni genap la 6 bulan usia anak kami. susah sungguh nak dapat gambaq hanan gelak besar. ni ada dua aku share kat sini. gambar ketiga dia tengah berdoa.
 
serikinda.blogspot.com

Tuesday, February 28, 2012

Menikmati kuetiau th'ng kafe desasiswa bakti

Lama tak dan mengarang di sini, sibuk dengan sistem2 (ada yang kata merapu, tapi kalau dah saya yang menurut perintah apa lagi nak dikata) yang aku terpaksa key-in. Abih la kuota broadband dibuatnya.

Mengambil peluang cuti yang agak banyak hari pada sambutan maulidur rasul dan thaipusam yang lalu, kami bertiga telah balik ke pendang. Ini merupakan kali pertama abdul hanan melalui perjalanan yang jauh. Kalau hari tu balik masih dalam perut, kali ni abdul hanan boleh tengok sendiri kubur tok wan dia.

Dalam perjalanan balik kami detour ke pulau pinang. Bukan mencari rojak, pasembur, laksa penang atau buah pala tetapi melawat universiti sains malaysia. Di sini banyak kenangan aku kongsi bersama arwah abah aku.

Arwah abah aku buat degree pertamanya di usm pada lewat 1970an sarjana muda pengajian pembangunan luar bandar kalau tak salah aku. Semasa mengaji tu la arwah kawin dengan mak aku. Setelah bekerja sehingga menjadi penolong setiausaha majlis daerah sungai petani maka pada tahun 1986 dengan dua isteri dan anak 7 atau 8 orang, arwah mengambil cuti tanpa gaji dan meneruskan pengajian peringkat sarjana perancangan bandar.

Waktu tu kemelesetan ekonomi sedang berlaku. Untuk menampung pengajian dan keluarga nasib baik tok dan wan ada banyak bendang. Sifat wan (ayah arwah abah juga imam masjid lahar budi) yang cintakan ilmu pengetahuan menyebabkan beliau tidak lokek mengeluarkan belanja bagi menampung pengajian abah dan juga keluarga.

Waktu itu keluarga aku tinggal di desasiswa bakti manakala keluarga satu lagi pula tinggal di sungai lalang. Hujung2 minggu, time takdak kelas atau assignment abah aku dengan jip suzuki KQ9393 nya akan pulang ke sana.

Hidup time tu sangat susah, tak mewah macam sekarang ni. Budak2 tengah membesar makan banyak mana pun tak cukup. Mak aku tak duduk diam, malam2 buat kuih untuk dijual di kantin2 di kampus. Paling sedih sekali tu masa nak hantar kuih, jatuh basikal habih semua kuih bertaburan atas jalan. Tapi mak tak pernah putus harapan, demi nak bantu suami dan bagi anak2 makan maka diteruskan juga jualan kuihnya.

Aku pun tolong jual jugak kuih tapi tak ada la kelui "kuih, kuih" macam siti nurhaliza tu. Pernah sekali tu tunggu kuih yang dijual di bilik tv asrama budak2 pompuan. Oleh sebab masih kecik lagi (darjah 2 atau 3) akak2 tu tak kacau atau halau keluar.

Puncak kesusahan masa abah mengaji ialah ketika satu kali dia bawa suzukinya atas jambatan pulau pinang tu tiba2 enjin jipnya luruh jatuh atas jambatan.

Bila dah graduate, orang dari brunei turun pada hari graduasi tawarkan pekerjaan. Sampai sekarang tak tau kenapa dia tolak.

Maka hari sabtu tu semasa aku makan kuetiau th'ng dengan mawar dan abdul hanan yang lena dalam stroller, sebak aku memandang rumah kelamin yang pernah aku duduk bersama keluarga aku. Macam2 kenangan abadi di sini.

Aku sendiri belajar peringkat matrikulasi dan ijazah pertama aku di sini. Ada satu hajat yang tak sempat kami tunaikan bersama di sini iaitu sama2 cuti belajar iaitu abah menyambung peringkat doktor falsafahnya dan aku pula peringkat sarjana. Mungkin satu hari nanti mana tau abdul hanan atau adik2nya mengaji di sini, mungkin aku akan sambung belajar. Mungkin time tu aku dah berusia 50 lebih atau 60 lebih tetapi semangat nak kembali ke usm tak pernah padam.

Kami sampai pendang lewat petang. Malam tu ada sedikit kenduri tahlil diadakan. Esoknya kami ke alor belat melawat sanak-saudara yang teringin nak dukung abdul hanan. Nak tunjuk jugak abdul hanan pada orang alor setar tapi depa pulak ke penang pagi tu, ada orang nazak nak mati katanya. Lain kali la noo. Tengah harinya kami pi pekena nasi kandar haji ramli di simpang empat. Mulanya nak makan mee abu di jalan day tetapi tutup la pulak kedai mamak tu hari tu. Hmmm, banyak kali balik tak dapat2 makan lagi.

Esoknya kami pun balik ke seremban dengan turut membawa mak aku yang ada appointment di hospital petronas pada minggu tersebut.

Friday, February 24, 2012

Lirik Lagu Bawaku Pergi – Kaka Feat Zizan, buat M*** yg jauh di mata...

Lirik lagu ni aku tujukan kepada orang yg lari masa nak jumpa untuk
selesai masalah masa cuti maulud hari. Hayatilah part yang ada >>> tu.
Ha ha ha!

bawa aku pergi
pacu laju-laju
>>> kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
>>> tak perlu kembali

>>> tengah malam nanti
>>> tolong jangan lupa
>>> jangan mungkir janji
aku dah teruja
>>> sudah cukup lama
>>> aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

>>> oh, buku merah jangan lupa bawa
>>> moga-moga belum tamat tempoh
>>> kali ini kita pergi lebih lama
>>> pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai,
>>> cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
>>> lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
>>> lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
>>> tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

>>> bila kita pergi
>>> apa kan berlaku
>>> siapa kan peduli
>>> siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Friday, February 3, 2012

Selamat hari jumaat

Minggu depan isnin dan selasa cuti! Yahoo!

Saturday, January 28, 2012

Apabila kameraman salah angle

Sungguh malang apabila kameraman TV9 salah ambik angle masa shoot PROGRAM TINJAUAN PM kita di Perlis semalam. Jadinya bermaksud PROGRAM TINJA @PROGRAM TAHI @ PROGRAM NAJIS bila tengok dalam berita waktu perdana. Sungguh mengaibkan. Tak nak cari salah sapa2 dan harap ini tak jadi lagi pada masa depan.

Tinja - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

You +1'd this publicly. Undo
Tinja atau tahi ialah sisa buangan bagi bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh badan haiwan dan manusia. Tinja biasanya mengandungi bahan-bahan yang ...

Thursday, January 19, 2012

Baby Hanan tak payah makan ubat2 hospital dah

Alhamdulillah, setelah diperiksa oleh oleh pakar jantung kanak2 hospital serdang dan pakar kanak2 hospital seremban, baby hanan tak perlu makan ubat2 yang penuh sebekas tu lagi. Dia pun dah boring makan ubat. Daripada mula2nya yang telan apa saja ubat yang disumbat ke dalam mulut sehinggalah dia dah pandai reject (luah balik) ubat2 yang dia rasa tak sedap. Pernah satu peringkat nak bagi dia makan ubat maka bancuhlah dalam susu. Mula2 saja dia akan sedut susu sampai habis tetapi kecerdikkan bayi pramatang terserlah apabila setelah beberapa kali feeding dia akan merasa dulu susu tu ada ubat atau tidak. Dia akan rasa sikit2 dulu dan tak mau hisap setelah terasa ubat yang dibancuh sekali.

Tetapi abah baby hanan kejam macam askar jepun. Nak tak nak terpaksa la dia telan jugak dan taktik bancuh ubat dalam susu terpaksa ditamatkan kerana tak sanggup tengok dia melolong macam kena dera. Dalam banyak2 ubat tu ada satu sirap untuk jantung yang dipanggil sirap fermeusen kot kalau tak salah. Ubat ni expired tiap2 2 minggu jadi kena ambik selalu. Ada sekali tu dalam slip ubat kena ambik pada tarikh 26 disember. Takut farmasi hospital tutup kerana cuti bawaan krismas yang jatuh pada hari ahad 25 disember, call la farmasi tanya tutup atau tidak. Alhamdulillah, buka dan tak terputus la bekalan ubat baby hanan.

Baby hanan dah pandai macam2 sekarang. Kadang2 dia nak pegang botol susu sendiri dah. Belum boleh meniarap lagi (tetapi boleh ditiarapkan kalau nak) tetapi dah boleh pusing2 atas tilam spannya yang makin kemik tu. Kelmarin timbang dah 4.8 kg dan tinggi 52 cm (ka 62 cm?) kalau tak salah. Botol bpa yang dapat hadiah kelahiran dia tu aku isi biji sagu dan jadikan mainan dia, errr, kami goncangkan la. Dah pandai senyum dan gelak. Mulut menceceh cakap apa tak tau la. Kelmarin lepas ambik darah, mencemek2 mulut menangis macam mengadu sakit kat umi dia.

Ada satu malam dia meragam sakit perut. Jadi umi dia dukung bawah kipas. Aku pun pi la dekat muka baby hanan, dia paling muka ke arah lain. Bila pergi pulak ke arah dia paling muka tu, dia paling lagi ke arah lain. Itu maknanya dia dah cam muka abah dan uminya.

Kalau tentang mengecam suara abah dan umi pulak, dari dalam hospital lagi dah cam. Masa dia duduk wad dengan umi dulu bila aku datang melawat panggil saja nama dia dari jauh dah mencangak2 cari sapa yang panggil dia.

Sekarang ni malam2 dia dah lena dan tak berjaga malam macam mula2 balik rumah dulu. Cuma kerana dia rajin pi sekolah macam umi dia, kadang2 kalau terbangun pukui 4 pagi lepas minum susu tu dia tak mau lena dah, excited nak pi sekolah.

Demikianlah kehendak Allah Taala seperti firmannya dalam surah Al-Insyirah, selepas setiap kesusahan dan ujianNya akan ada kesenangan.

Monday, January 16, 2012

Sudahkah anda 'memerikasa' anda dapat bantuan BR1M atau tidak?

Lama tak posting. Untuk tahun ini, dengan teknologi freeze screen pada 'tiwi' plasma baru aku, aku nak share kesilapan ejaan 'memeriksa' yang ditaip 'memerikasa' oleh RTM. Mungkin boleh ditimbangkan untuk jadi perkataan baru oleh DBP, 'perikasa'.