Tuesday, December 18, 2018

Jalan2 Di Negeri Melaka (catatan lewat) Part 2

Keluar dari Mamee Jonker Walk, kami ke Kota A Famosa pula. Tinggalkan X-Trail dulu, kami naik beca. Sewa dua buah. Hanan naik dengan Abah, Hanim naik dengan Umi. Sambil menikmati suasana sekitar, dapat juga layan lagu2 dangdut yang dipasang oleh pengayuh beca. Muda lagi pengayuh beca yang aku dan Hanan naik, awal 20an. Kesungguhan mereka mencari rezeki yang halal menunjukkan apa saja yang sanggup kita usahakan boleh mendatangkan rezeki.

Beca bertema Baby Shark.

Sebenarnya tengah tunggu satu lagi beca. Kesian woo, takkan nak naik 4 orang sekali :)

Hanim akhirnya dapat naik beca bertema Hello Kitty.

Best, ada lagu dangdut.

UMNO pun ada muzium di sini.

Meriam lama.

Hanan satu meriam, Hanim satu meriam.

Anak dara ni suka pulak kerabat2 meriam.

Pintu kota semakin dimamah waktu.

Hanan dah protes panas, penat.

Hanan dan Hanim dua2 dah protes penat. Belakang kiri tu Bangunan Stadthuys.

Monday, December 17, 2018

Jalan2 Di Negeri Melaka (catatan lewat) Part 1

Awal November 2018, Melaka

Agak lama tidak dikongsikan pengalaman berjalan2 membawa keluarga. Well, ini kerana di samping kesibukan tugas, aku juga telah ditimpa ujian berupa sakit pada bulan Ogos yang lalu. Lama juga MC sehingga memerlukan pengesahan oleh klinik kesihatan kerajaan kerana aku berubat dengan hospital swasta.

Jadi pada awal November kami telah berkesempatan ke Melaka. Penginapan di Hotel Amverton. Ni berhampiran dengan Plaza Tol Ayer Keroh, jadi boleh mengelakkan serabut kepala jem dan cari parking di tengah2 bandar Melaka. Oh ya, masa berkunjung lagi ke Melaka pada 16 Disember baru ni nampaknya PBT mereka dah mula implementasi parking jenis app. Nampaknya kebergantungan kepada telefon pintar dah semakin bertambah :(

Tempahan hotel dibuat secara dalam talian di booking.com. Aku suka buat tempahan pakai notebook saja dan bestnya tak perlu bayar apa2 pakai booking.com cuma tempah, print maklumat tempahan dan bawa makumat yang telah diprint ke reception hotel pada hari kejadian baru bayar.

Kerana tiba awal, kami ke Mamee Jonker House dulu. Mana boleh check in hotel jam 9 10 pagi kan? Untungnya driver OKU, parking kereta memang ada satu petak di depan Mamee Jonker House ni. Kerana OKU, parking pun free. Bila Tuhan tarik sesuatu nikmat tu ada kelebihan lain Dia akan bagi, salah satunya ialah parking jadi mudah.

Detail aktiviti2 dan bayaran2 berkaitan kat Mamee ni hangpa boleh tengok sendiri di site rasminya. Cuma kalau teringin nak buat mee segera sendiri jangan mai hari biasa macam kami kerana yang tu hanya boleh buat pada hujung minggu @ cuti umum saja.

Dah terlindung muka Mamee Monster :)

Setelah membeli barangan Mamee pada sejumlah harga, lawatan ke Galeri Mamee adalah percuma.

Setting kedai runcit di masa lampau antara keunikan galeri yang dilawati.

Taman cendawan pun ada.

Ada ruang khas untuk kita selfie.

Bisnes benda makan kalau bangkrap juga ada la something wrong. Lagi 100 tahun pun Insya Allah mee segera tetap akan wujud.

Mister Potato pun ada.

Bukan senang nak suruh Hanan dan Hanim posing bergambar.

Hanan mencuba mesin pembuatan mee.

Putar2.

Menunggu nasi ayam dan mee goreng yang telah dipesan. Memang sedap makanan di kafenya. 

Lain kali kita datang buat mee segera pula, Insya Allah.

Tahniah kepada Atiqah & Asrol

5.00 petang, 14 Disember 2019 (Jumaat), Masjid Bandar Baru Senawang

Kalau pada tahun lepas adik lelakinya melangsungkan perkahwinan, pada tahun ini dia sendiri pula telah tiba jodohnya. Selamat pengantin baru dan tahniah diucapkan kepada sepupu saya, Nurul Atiqah dan pasangannya Mohammad Asrol. Semoga berkekalan hingga ke jannah.

Pengantin perempuan sampai.

Barang2 hantaran dibawa masuk ke dewan akad nikah.

Dua pasangan diakad nikah pada petang ini. Asrol di sebelah kanan.

Hanan duduk dengan tenang.

Dalam ketenangan, Hanan rupanya nak susu :)

Abah pi ambik bakul susu dalam kereta. Kelihatan balang2 kuih tempeyek dan kuih kapal terbang tajaan Nenek Jelitah untuk kenduri :)

Hanan kembali tenang setelah dapat botol susunya.

Dalam dewan dah penuh, ramai saudara mara yang datang nak meraikan majlis ini.

Khutbah nikah sedang disampaikan.

Hanim dah bangun.

Sah!

Pasangan pengantin bergambar kenang-kenangan bersama bonda2 mereka.

Ha ha ha! Buluh lemang ni den pernah buat (sendiri) masa den kawin dulu.

Pak Long selesai makan lepat pisang yang didatangkan khas dari Kampung Sungai Ayer Jernih. 

Budak2 dan gajet tak dapat dipisahkan.

Hanim nak makan sup saja.

Soto power Busu.

Pasangan pengantin makan bersama.

15 Disember 2019 (Sabtu), Taman Satria Senawang

Hari ni merupakan kenduri di rumah sebelah pihak perempuan. Sebelah lelaki insya Allah pada tahun depan. 

Suasana pada jam 9.30 pagi.

Air2 balang terdiri daripada asam boi, cincau, krisantimum dan mata Shiro kucing.

Khemah Mr Cakoi Warisan dah siap setup.

Majlis makan beradat pada jam 2.00 petang.

Pak Long dan Mak Ngah sedang berbincang perihal kejatuhan harga getah di pasaran. 

Pak Ngah melayan cucunya makan.

Tengah layan nyanyian pengantin baru.

Pengantin baru kena nyanyi juga atas permintaan ramai :)

Ni bergambar di dewan akad nikah.

Ni bergambar di kerusi bersanding pengantin.

Alhamdulillah semuanya berlangsung dengan baik.