Monday, December 17, 2018

Jalan2 Di Negeri Melaka (catatan lewat) Part 1

Awal November 2018, Melaka

Agak lama tidak dikongsikan pengalaman berjalan2 membawa keluarga. Well, ini kerana di samping kesibukan tugas, aku juga telah ditimpa ujian berupa sakit pada bulan Ogos yang lalu. Lama juga MC sehingga memerlukan pengesahan oleh klinik kesihatan kerajaan kerana aku berubat dengan hospital swasta.

Jadi pada awal November kami telah berkesempatan ke Melaka. Penginapan di Hotel Amverton. Ni berhampiran dengan Plaza Tol Ayer Keroh, jadi boleh mengelakkan serabut kepala jem dan cari parking di tengah2 bandar Melaka. Oh ya, masa berkunjung lagi ke Melaka pada 16 Disember baru ni nampaknya PBT mereka dah mula implementasi parking jenis app. Nampaknya kebergantungan kepada telefon pintar dah semakin bertambah :(

Tempahan hotel dibuat secara dalam talian di booking.com. Aku suka buat tempahan pakai notebook saja dan bestnya tak perlu bayar apa2 pakai booking.com cuma tempah, print maklumat tempahan dan bawa makumat yang telah diprint ke reception hotel pada hari kejadian baru bayar.

Kerana tiba awal, kami ke Mamee Jonker House dulu. Mana boleh check in hotel jam 9 10 pagi kan? Untungnya driver OKU, parking kereta memang ada satu petak di depan Mamee Jonker House ni. Kerana OKU, parking pun free. Bila Tuhan tarik sesuatu nikmat tu ada kelebihan lain Dia akan bagi, salah satunya ialah parking jadi mudah.

Detail aktiviti2 dan bayaran2 berkaitan kat Mamee ni hangpa boleh tengok sendiri di site rasminya. Cuma kalau teringin nak buat mee segera sendiri jangan mai hari biasa macam kami kerana yang tu hanya boleh buat pada hujung minggu @ cuti umum saja.

Dah terlindung muka Mamee Monster :)

Setelah membeli barangan Mamee pada sejumlah harga, lawatan ke Galeri Mamee adalah percuma.

Setting kedai runcit di masa lampau antara keunikan galeri yang dilawati.

Taman cendawan pun ada.

Ada ruang khas untuk kita selfie.

Bisnes benda makan kalau bangkrap juga ada la something wrong. Lagi 100 tahun pun Insya Allah mee segera tetap akan wujud.

Mister Potato pun ada.

Bukan senang nak suruh Hanan dan Hanim posing bergambar.

Hanan mencuba mesin pembuatan mee.

Putar2.

Menunggu nasi ayam dan mee goreng yang telah dipesan. Memang sedap makanan di kafenya. 

Lain kali kita datang buat mee segera pula, Insya Allah.

No comments:

Post a Comment