Wednesday, December 25, 2019

Aquaria dan ikan2 jerungnya

Jumaat, 13 Disember 2019, Aquaria & KLCC

Parking di KLCC tetapi jauh sebenarnya menapak dari tempat parking tu ke Aquaria yang terletak di Suria KLCC. Dulu Hanan pernah datang sewaktu dah pandai berjalan. Ingat lagi terlupa bawa pampersnya, pakailah dia pampers yang dah lanjut tu.

Bila masuk dalam terowong berkaca tu perasan tak ada tulis kat situ, "Ikan yang anda lihat sebenarnya bersaiz lebih besar daripada apa yang anda lihat." Banyak betul jerung. Jerung ni tak pa, jangan Abang Jerung yang Altimet tu.

Rakaman video:

1. Melihat jerung

2. Malam ini penyu menangis

3. Ikan pari besar

4. Hanan mencuba Maxis 5G

5. Hanim mencuba Maxis 5G

6. Shopping apa tu?

7. Rimau bagi salam

8. Beruang air beku

9. Pingu pun ada

Mula2 rakam dulu kat mana kita parking.

Ooo, ada pulak penanda tempat parking macam ni.

OK, nanti cari lif dekat sini untuk balik ke parking kereta.

First time tau ada kedai nama ni ialah bila ada satu kes sorang pompuan curi barang di kedai nama ni.

Ada rumah salji bawah tu.

Tumpang sekaki.

Tak sejuk pun snowman.



Ahhh, tiba2 dah masuk dalam Aquaria. Ni kat petting pool. Boleh pegang tapak sulaiman dan belangkas.



Kalau tak salah tu piranha.

Wah, clown fish kot?


Hutan hujan dan ikan2 nya.

Ni ikan lampam yang banyak tulang tu ka?


Maxis sewa tapak dalam ni promote 5G nya kepada para pengunjung. Hanan tengah test augmented app kat tab tu. 



Wah, boleh menyelam bersama ikan la.


Ini ramai dalam terowong ni. 

Besarnya mulut.


Yang ni Yellow Tang kot?

Hanan melihat kuda laut.

Ini pula augmented reality. Macam2 kecanggihan teknologi sekarang.

Shopping time.

Ambik bukan main banyak tetapi semua kena tinggalkan. Hi hi hi!

Bila ambik gambar kat sini baru terasa uuu, jauhnya aku parking kereta kat KLCC nuuu kat sana lepaih tu menapak mai ke Aquaria.

Hanim dah tertidur di medan makan KLCC.

Sapa la punya idea masuk nasi kat dalam mestin ni? 

Uncle pilih bento je.

Agak2 ada orang bawa balik tak mestin tu lepaih makan?

Dekorasi pokok krismas kat Taman KLCC.

No comments:

Post a Comment