Isnin, 16 Disember 2019, Restoren Nasi Kandar Haji Ramli Simpang Empat Kedah
"Macam nak buka puasa," merupakan dialog pertama yang dilafazkan Hanan sebaik tiba di depan kedai ni. Hi, hi, hi memang ini la time yang lazimnya kami tiba di Kedah apabila nak balik ke Pendang. Sebelum balik ke rumah Mak, memang singgah makan dulu di sini. Yang anak dan isteri Uncle suka ialah ayam bawang dan kangkung goreng celup tepung. Uncle selalunya ambik hati lembu masak hitam, gulai udang dan sambal petai rebung.
Lazimnya kami makan dulu dan bungkus untuk dibawa pulang. Tak mau susahkan Mak untuk siapkan makanan untuk kita kerana kadang2 bila balik ke Kedah, kadang2 tak terus balik tetapi berhenti melancong di mana2 dulu.
Earlier in the day masa dalam perjalanan ke Pendang ingat nak singgah dulu di MAPS Ipoh tetapi kerana bila tiba di Ipoh tu hujan agak lebat maka dibatalkan saja niat tersebut. Yang marah tentu sekali Hanan dan Hanim kerana bila dah nampak MAPS tepi jalan tu kenapa tak berhenti? Tetapi ada baiknya tak pergi hari tersebut kerana besoknya (Selasa) kami mendapat khabar daripada pengunjung2 MAPS hari tu (Isnin) pulang dengan penuh kehampaan akibat gangguan bekalan elektrik yang berlaku sepanjang hari tersebut. Khabarnya Isnin tu memang tak beroperasi.
Berbalik kepada tajuk posting kali ini, kami berempat pada malam ini berpeluang makan sambil sembang2 dengan Haji Ramli, tauke restoren ni. Arwah Abah Uncle semasa hayatnya dulu selalu juga makan di kedai ni bawa kami sekeluarga maka Uncle pun turut juga dikenali oleh beliau.
Antara yang disembangkan oleh Haji Ramli ialah pengalaman beliau semasa berkhidmat sebagai askar dulu. Dulu2 gaji kecik saja dalam askar ni, Pak Long (Haji Ramli membahasakan dirinya sebagai Pak Long) gaji tiga puluh ringgit saja sebulan. Masa serangan komunis di Gubir, Sik dulu lori Pak Long belakang sekali dalam konvoi tu. Kalau tak mungkin Pak Long pun tak dak (mati) dah hari ni.
Dulu masa pindah kerja ke Sarawak, Pak Long naik kapal laut dengan kawan2. 3 4 hari baru sampai. Pak Long kerja sat saja dalam askar, 10 tahun. Lepas berhenti askar, Pak Long kerja tukang masak di Mekah untuk jemaah haji.
Sebelum serasi meniaga di Simpang Kuala ni, Pak Long buka kedai makan kat merata tempat, Langkawi pun pernah tetapi kat sini juga baguih. Meniaga kedai makan ni paling susah sekali nak jaga ialah tukang masak. Ada yang kerja sat saja dah berhenti. Pak Long punya pekerja ada dalam 20 orang lebih dari tukang masak sampai la ke tukang cuci.
Shift pekerja pula ada dua. 7 pagi - 7 petang, 12 tengah hari - 12 tengah malam. Kat belakang kedai ada rumah pekerja supaya kebajikan mereka terjaga. Sambil depa tidur kat belakang tu, keselamatan kedai pun terjaga pasai keadaan kedai yang terbuka macam ni, kawaq (pencuri) pun banyak area ni.
Pak Long lepaih Subuh pi market untuk ambik barang2 mentah. Bawak balik, tukang masak akan masak dan dalam pukui 10 dah siap, kedai pun buka. Rempah pulak Pak Long order mai dari Penang (jangan tanya Uncle beli kat sapa, tu rahsia perniagaan mana boleh habaq).
Bulan lepaih Pak Long buat kenduri untuk cucu Pak Long (aiseh lupa pulak Uncle, kenduri kahwin kot). Pak Long panggil penyanyi 60an L Ramli untuk buat persembahan. Pak Long bagi la sikit saguhati untuk dia.
Demikian la serba sedikit yang dapat Uncle kongsikan benda2 yang disembangkan bersama Pak Long Haji Ramli pada malam tu. Kepada Pak Long, kalau ada yang salah saya kongsikan di sini, bagitau kat saya, saya akan betulkan. Semoga perniagaan Pak Long terus maju.
Besok petangnya lepaih pi mandi kat Carnival Water Park Sungai Petani, ulang mai makan lagi. Hi hi hi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment