Tuesday, December 3, 2019

Harry Potter dah sunat

Isnin, 9.00 pagi, 2.12.2019, Klinik Tawakal Senawang

Beberapa hari sebelum cuti sekolah bermula Hanan menangis teresak-esak. Kenapa menangis? Abah tak bagi Hanan sunat.

Ha ha ha! Sebenarnya dia teringin nak bersunat bersama-sama rakan-rakan SRI Serembannya yang lain dalam majlis khatan perdana yang diadakan pada Khamis 21.11.2019. Tetapi terdapat kekangan yang tidak membolehkannya dilakukan. Pertamanya aku sendiri dah mc sebulan selepas operate di kaki akibat jangkitan kuman, Keduanya Mawar bertugas sebagai pengawas SPM tahun ini. Hari tersebut bertugas dan tugasannya hanya tamat pada Khamis minggu pertama cuti sekolah.

Klinik Tawakal terpilih kerana saranan oleh salah seorang sahabat Mawar yang mengkhatankan anaknya di situ. Ada dua pilihan iaitu laser atau clamp. Kami pilih laser kerana menurut kakitangan di situ, kalau buat secara clamp, budak takut nak datang kali kedua kerana takut sakit buka clamp tu. Laser pula hanya datang khatan lepas tu tak perlu datang lagi.

Pagi tu setelah sarapan di MY Cafe, kami menghantar Hanim ke rumah Atuk dan Wan dulu. Bila tiba di klinik kami dimaklumkan bahawa giliran Hanan adalah selepas ini (dia orang kedua, dah tengah proses sorang kat dalam bilik doktor tu).

Bila Hanan dipanggil masuk maka aku dan Mawar pun masuk bersama. Masa cucuk ubat tahan sakit aku boleh tengok lagi tapi bila doktor dah mula kepit 'benda' tu dan mula memotong, aku pun lari keluar. Tak sanggup tengok :)

Waktu perjalanan balik ke rumah bila kesan ubat tahan sakit mula hilang, Hanan mula menangis. Hanan sakit sangat. Hanan sakit betul. Hanan tak nak sunat lagi. Kenapa jalan ada bonggol?
Ha ha ha! Aku hanya mampu ketawa sambil Mawar memujuk Hanan supaya tak menangis lagi.

Ni OK lagi, kesan ubat tahan sakit masih ada.

Hanim setia menunggu Hanan.

Baju berjalan dah siap simpan dalam beg kotak. Sihat saja boleh terus pi melancong :)

No comments:

Post a Comment