Thursday, December 26, 2019

Menikmati aiskrim di taman permainan

Rabu, 18 Disember 2019, Taman permainan kanak2 Taman Dahlia

Hari ini cuma rehat2 saja di rumah. Tapi hari ni makan special. Kami order Nasi Daging Kampung Batu Hampar. Kalau orang tanya apa yang sedap di Pendang boleh try Nasi Daging Kampung Batu Hampar. Ada beberapa gerai yang jual kat situ. Lupa pulak rakam gambar rupa nasi daging tu.

Tapi untuk yang curious, Uncle kongsikan dua link di bawah. Sedap atau tak bergantung kepada selera masing2 tau. Link di bawah ni cuma carian di Google. Hangpa boleh cari lagi sendiri kalau tak puas hati. Kalau teringin nak masak sendiri ada dijual rempahnya di Kampung Batu Hampar tu.

Link 1

Link 2

Nasi Daging Kampung Batu Hampar yang kami makan hari ni diorder dari orang perseorangan bukan daripada gerai2 di Batu Hampar tu. Nak kontek nombor tak ada la pulak pasai Mak yang order. Nasinya berempah berwarna gelap, dagingnya dimasak bersama nasi. Specialnya nasi daging ni ada ayaq asam (peh, lapaq la pulak bila karang blog tengah2 malam buta ni). Ayaq asam tu lazimnya ada bawang, tomato, perahan ayaq limau nipis @ asam jawa (ikut resepi), paling penting sekali kerisik kelapa. Ada lagi bahan2 lain tapi ikut tukang masak la.

Hari ni punya order kami tempah untuk makan 25 orang. Harga RM250. Nasi mai dalam termos standard tu ada la dekat separuh. Punya la banyak. Ayaq asam pulak satu bekas besar. Ini orang meniaga ka buat kenduri? RM250 murah la pasai siap hantaq ke depan pintu rumah.

Hari tu kami makan nasi daging sampai ke malam. Adik2 Uncle dan keluarga semua datang makan di rumah. Ingat lagi Uncle akan anak buah yang kecik sekali iaitu Umairah @ Ilham teruih datang ke meja makan, baca doa makan dan makan ketika kakak2 dan abang2 sibuk nak main dulu :)

Oh, ya sebelum terlupa. Nasi Daging Kampung Batu Hampar ni satu benda saja yang tak dak iaitu kuah gulai. Jadi hari tu kami masak dalca. Untuk budak2 juga kena goreng ayam sikit untuk depa. Makan bertambah2 la semua.

Taman Dahlia tempat Mak dan adik2 Uncle tinggal ni ada kemudahan taman permainan. Kedai runcit pun dekat. Satu Kedai Pak Tori (macam nama Toriton, kartun Jepun yang Uncle tengok kecik2 dulu) dan satu lagi Kedai Pak Tam. Kalau hangpa Google Maps, dua2 kedai tu sebelah menyebelah saja.

Petang tu lepas Asar, Uncle bawa Hanan, Hanim dan sepupu2nya Faris & Zara bermain di taman. Dah penat main, bawa pi kedai beli aiskrim (sebenarnya Uncle yang nak makan, hi hi hi...).

Video bermain jongkang jongket

Laju, laju buai ku laju.

Zara dan Hanim bermain gelungsur.

Makan aiskrim. Zara dah balik dulu sebelum sempat makan aiskrim bersama sepupu2 nya.

No comments:

Post a Comment