Dah lama rupanya The Carnival Water Park ni dibuka. Dah masuk 11 tahun kalau ikutkan salah satu banner yang ada di tepi kolam di dalamnya. Untuk OKU ada parkir khas untuk kereta kita dekat dengan pintu masuk. Parkir free. Tentang harga tiket mungkin berpuluh2 ringgit harganya tetapi ada diskaun khas untuk OKU tapi tak la free. Bayar la sikit, takkan semua benda nak free bang?
Park ni berdekatan dengan Cinta Sayang Golf Resort, tempat yang popular dalam kes Mail Kerbau sedikit masa dulu. Satu2 nya orang yang Uncle tengok dalam paper yang gari tangannya tiga sekali dipasang serentak oleh polis.
Kalau dari Lebuh Raya PLUS (dari Alor Setar), ambik susur keluar Sungai Petani Utara. Lebih dekat kalau ikut situ. Suasana di park ni pada hari kunjungan Uncle tak la begitu ramai. Walaupun musim cuti sekolah tetapi harinya ialah hari Selasa. Walaubagaimanapun tetap meriah. Boleh dengar loghat Kelate, Teganu, Keyel di samping dah tentu orang tempatan.
Bagi yang bawa pelampung sendiri dari rumah, ada perkhidmatan mengepam pelampung secara percuma. Staf2 nya pula peramah dan sedia membantu. Waktu operasi daripada pagi sehingga 9.00 malam tetapi menjelang pukul 6 petang dah mulai sunyi. Ada juga kemudahan surau untuk kita solat. Ada juga khidmat jurugambar yang boleh ambik gambar kita semasa beriadah di sini.
Senarai video:
1. Sekitar park
2. Hanim dan pelampung pinknya 1
3. Hanim dan pelampung pinknya 2
4. Makan ice cream
5. Keberanian Abang Ganteng
6. Pusing2 dengan pelampung besar
7. Kuda kolam
8. Air tumpah
9. Hanim gelungsur
Pintu masuk park.
Dah siap tukar baju mandi. Telefon pun dah masuk plastik kalis air.
Hmmm, sibuk ambik gambar.
Ni Hanan la yang ambik gambar ni.
Pelampung boleh disewa pada kadar 25 ringgit. 10 ringgit akan dipulangkan di akhir kunjungan (deposit la tu, kalau tak jenuh juga pekerja nak kutip bila pelampung ditinggalkan di merata-rata tempat). Loker pun boleh disewa. Dah lupa pula berapa puluh ringgit. Bila dah sewa pelampung dan loker tu, kita akan diberi kunci berbentuk jam tangan khas. Kunci loker hanya boleh dibuka dengan jam tangan khas sahaja.
Water bucket penuh dan terbalik setiap 4 atau 5 minit. Tunggu la kat bawah tu untuk disiram.
Maggi cawan dijual pada harga tiga ringgit. Boleh la tu.
Nyam, nyam.
Boleh river cruise dengan berpelampung.
Hanan belajar menahan nafas dan menyelam.
Hanan menaiki gelungsur solo.
Makan waffle pulak.
Makan aiskrim pulak.
Hanan bersedia untuk gelungsur solo.
Hanim pun berani juga gelungsur solo tapi untuk kanak2 tadika punya la.
Sembang2 dua beradik.
Ini pula tsunami. Kena guna pelampung besar yang naik dua orang tadi.
Ini baru selesai gelungsur tsunami.
Pelampung kami turun dari gelungsur hijau sebelah kanan tu.
Ada kafe juga kat sini. Petang tu kami try mee goreng, nasi goreng, nuget. Alhamdulillah sedap dan harganya standard seperti kat luar.
Malam tu bila dah selesai makan di Restoren Nasi Kandar Haji Ramli, terjumpa pulak orang jual durian (katanya durian kampung dari Perak) di Pendang. Sekilo 18 ringgit. Boleh la tu.
No comments:
Post a Comment