Dalam lima tahun kebelakangan ini kalau kita perasan semakin banyak pasar raya besar (mall) dibuka di N9. Pasar raya bila buka bukan setakat kita nak pi beli barang2 saja. Di situ juga ada tempat main boling, medan makan, restoren2 yang namanya pelik2, outlet barangan berjenama dan lain2 lagi. Kalau perasan juga kedai2 runcit banyak yang struggle bila pasar raya yang kecik2 mulai buka berdekatan dengan mereka. Kalau tak ada pelanggan yang setia memang kasihan la.
Setelah setahun buka maka hari ni merupakan kali pertama Uncle bawa keluarga ke sini. Saja nak tengok kot2 ada baju raya yang berkenan di hati menjelang raya posa yang dah tak lama lagi :)
Jangan lupa snap gambar kereta kita parking kat mana. Al-maklum kita ni bodoh, tak boleh ingat semua benda...
Hmmm, yang ni kat mana2 mall mesti ada. Tinggal lagi mahal atau murah, laju atau perlahan, boleh naik lama atau pun sat.
Ini kat AEON Seremban pun ada.
Yang ni kalau ada anak sorang lagi baru untung. Rasa nak naik saja duduk atas kuda kosong tu.
Lapar. Medan makannya ada pelbagai makanan. Lebih kurang sama saja dengan medan makan di AEON Seremban 2. Apa2 pun hari ni Hanan dah terima hakikat bahawa ayam butter kat kedai Auntie Lanun Bugis Senawang tetap yang terbaik.
No comments:
Post a Comment