Setelah dekat dua bulan disimpan di dalam peti beku kerana orang2 yang berpantang makan ayam, akhirnya hari ini pepes ayam yang dibeli daripada salah seorang rakan sekerja dapat juga Uncle dan keluarga makan petang ni. Harga tak ingat dah berapa tetapi pepes tu ada la dalam 20 keping kalau tak salah dalam satu bungkusan tu.
Selain daripada tu bakar juga kambing perap NKA Frozen Rembau yang dibeli tempoh hari. Dagingnya satu kilogram. Sosnya pula kita ambil saja dari bekas daging tu kemudian masak di dalam kuali, lepas tu curah pada kambing yang siap dibakar. Boleh juga kita masukkan ayam atau bahan2 lain di dalam sos tu, perap dan kemudian bakar. Harga masa beli hari tu kalau tak salah ialah RM35 tetapi dengan arahan penghapusan subsidi minyak petrol mulai Januari 2020, tak tahu la berapa pulak harganya pada tahun depan. Harap2 makin murah la.
Menghidupkan api arang tak begitu susah kalau dah pakai lilin askar (hexamin fuel tabs) sebagai pemula.
Hmmm, basuh kereta pakai spray air bila la nak siap?
Pedih mata kena asap.
Hanan pula datang mengipas.
Hanim suka dengan pepes ayam.
Terus membakar.
No comments:
Post a Comment