Saturday, December 28, 2019

Muzium Padi di Gunung Keriang

Khamis, 19 Disember 2019, Muzium Padi, Gunung Keriang.

Walaupun dah bertahun dibuka inilah kali pertama Uncle menjejakkan kaki di Muzium Padi. Yalah, arwah Tuk Wan dan arwah Abah orang buat bendang. Uncle pun sebahagian besaq hidup memang main di bendang. Cuti2 hujung minggu arwah Abah Uncle selalu bawa balik kami ke kampung Alor Belat. Uncle pun pernah sekolah di SK Lahar Budi di kampung tu pada tahun 1988.

Kalau musim menuai malam2 kita boleh dengaq bunyi mesin menuai padi hingga dinihari. Lambat kerat (tuai) tikuih makan padi. Lambat masak padi, bendang orang lain dah abih kerat, padi kita jadi mangsa tikuih. Musim menuai juga time untuk main wau, time untuk tangkap ikan. Kecik2 dulu mandi dalam tali ayaq, sungai bila naik penuh pacat, lintah ha ha ha!!!

Jadi hari ni Uncle bawa keluarga mai melawat kat sini. Tiket murah saja, 4 orang tak sampai sepuluh ringgit pun. Muzium ni ada tiga tingkat . Tingkat tiga ada platform berputar yang kita boleh lihat panorama bendang dan manusia. Tingkat dua ada pameran jenis2 padi dan sejarah Terusan Wan Muhammad Saman dan tingkat satu pula ada booth bergambar pakaian orang kerja bendang, gerek, rumah padi, peralatan tradisional berkaitan padi serta kedai cenderamata.

Elok bawa anak2 kita melawat Muzium Padi ni, baru depa tau bukan senang nak dapatkan sebutir beras. Susah payah orang buat bendang macam2, tikus, bena perang, bah, kemarau, baja subsidi kena curi kawaq, siput gondang, bahaya meracunnya. Kalau nak tau lepaih musim kerat padi nak tak nak kena bakaq jerami tu. Jerami tu kalau tak bakaq, di batang padi tu la ada teluq macam2 serangga perosak. Bakar tu la cara paling selamat berbanding meracun.

Senarai video:

1. Suasana luar Muzium Padi

2. Naik tangga ke platform berputar

3. Platform berputar

4. Hanim membaca

5. Membeli benih padi

Hanan dan Hanim sempat bermain dengan kucing Tuk. Tengah sarat tu, tunggu hari nak beranak.

Hanim membaca info di muzium. Ni kat tingkat dua.

Di platform berputar di tingkat tiga.




Oh ya, kena naik tangga berpilin untuk ke tingkat ni.

Antara panorama yang dapat kita lihat. Gambar hak milik Muzium Padi digunakan untuk tujuan pendidikan sahaja.

Antara panorama yang dapat kita lihat. Gambar hak milik Muzium Padi digunakan untuk tujuan pendidikan sahaja.

Antara panorama yang dapat kita lihat. Gambar hak milik Muzium Padi digunakan untuk tujuan pendidikan sahaja.

Bukan dangau, bukan villa jauh sekali untuk dipanggil banglo. Yang ni la rumah padi. Tuk Wan dulu ada dua rumah padi ni. Jangan ada yang panggil ni kepuk padi dah la.

Pukat? Yang ni jala la. Pukat yang ada pelampung banyak tu, digantung merentas dua tebing sungai. Jala pula ditebar. Arwah Abah rajin juga menjala. Aku tukang bawa kampit untuk kutip ikan.

Suasana penuaian padi secara tradisional. 

Ni mai mana ni? Dulu2 orang kerja tanam padi turut diimport dari Siam (Patani).

Shopping.

Beli benih padi. Nak try tanam kat rumah.

Ada kafe juga kat sini yang menghidangkan sarapan, makan tengah hari dan minum petang. Hanan & Hanim makan bihun dan kuetiau goreng. Budak pompuan yang berbaju sekolah biru kat belakang tu tengah bersedih tu. Result PT3 dia hari ni semua A, Matematik satu saja B. Cuba lagi dik.

Yang ni spagetti... laksa la. Hi hi hi!

Aaa, belakang tu la Gunung Keriang yang sebenar.




No comments:

Post a Comment