Tuesday, July 20, 2010

Kau kenal ni?

Al-kisahnya dalam perhimpunan kelmarin seorang guru di sekolah aku ni telah menceritakan di dalam perhimpunan tersebut bahawa dia dikejutkan oleh panggilan telefon daripada seorang pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan yang menghubunginya pada hari Jumaat yang lalu.
Pegawai tersebut telah memberitahu bahawa dia telah menegur seorang budak lelaki sekolah ini yang masih berpakaian sekolah berlogo sekolah ini sedang menghisap rokok semasa pulang dari sekolah. Tau apa respon budak tu terhadap teguran pegawai tu? Ditunjukkannya penumbuk seperti dalam cerita Laksamana Do Re Mi tu. Itu baru respon budak tu terhadap orang luar. Dia punya kughang ajor terhadap cikgu2 sini tak tau la.
Ada cerita yang lagi best seorang pengarah pelajaran negeri telah pergi memantau sebuah sekolah ketika pagi2 sesudah subuh. Arakian terserempaklah dia dengan sekumpulan budak sekolah sedang hisap rokok dalam kawasan sekolah, kawasan surau kalau tak silap. Pengarah tu bertanya kepada budak2 tu kenapa hisap rokok dalam kawasan sekolah sedang benda tu salah. Tau apa budak2 tu cakap? "Pakcik ni sapa nak tegur2 kami?"

No comments:

Post a Comment