Sunday, July 4, 2010

Steamboat Restoren Nelayan Titiwangsa

Petang Sabtu kelmarin aku dan isteri pergi makan steamboat kat Restoren Nelayan Titiwangsa. Huh, untuk tahun ni, ini kali pertama pergi makan kat sini. Memang best sesekali dapat makan udang banyak2. Boleh alergic gatal satu badan kalau orang macam aku ni. Dulu mula2 tak tau ada ubat alergic tu tapi bila dah tau aku makan satu sebelum makan dan satu selepas makan.

Selain ada ketam, ada juga fish ball, crab ball dan tah apa2 ball lagi. Ada nasi goreng, nasi putih (ada juga orang ambik nasi putih banyak2 masa makan buffet, kat rumah tak dak nasi putih kot, kah kah kah!). Budak2 kecik pulak macam budak2 kat sekolah buta aku dulu tu ambik ayam goreng saja. Yang boleh tahan jugak malam tu ialah tomyam yang ada cendawan butang serta sup isi ketam.

Macam2 kelibat aku boleh tengok cara orang ambik benda makan malam tu, maklum la meja kami dekat dengan tempat makanan. Ada yang ambik sepenuh2 pinggan. Ada yang cedok benda makan pastu makan sikit dekat dulang tempat makan tu, takut habis kot. Ada budak yang ambik benda makan sekali dengan senduk ceduk benda makan. Ada orang ambik udang saja (aku la tu ha ha ha!). Desert malam tu ada buah tembikai, honey dew, kastard, sagu dan air mata kucin.

Aku makan udang sampai lenguh tangan mengopeknya. Makan mula jam 6.40 petang sampai la ke 8.30 malam. Rugi la makan sikit2 pasal seorang dia cas RM30.

Petang sebelum makan tu masa aku dan isteri ronda2 Tasik Titiwangsa, terjumpa seekor burang yang terjatuh ke dalam tasik. Ada 3 orang tourist dari India yang selamatkan burung tu. Kesian burung tu sejuk.

No comments:

Post a Comment