pertamanya sorilah pada kengkawan yang sedang makan angin ehhh silap mesorat di langkawi pada minggu ni. kalau ikut hati memang nak pi mesorat sementelahan lagi aku boleh singgah kampung aku di pendang. walaubagaimanapun kerana janji pada kawan aku untuk menolongnya dalam bahagian statistik pada kejohanan pada minggu ini sejak sebulan yang lalu maka hasrat tersebut terpaksalah aku lupakan.
well, kelmarin (selasa) hampir semua saringan 200 meter telah menyaksikan kecuaian kontinjen seremban menghantar pesertanya. ketua ajk statistik yang turut bertanggungjawab menyediakan buku pertandingan telah mengamuk dari bilik operasi statistik apabila menyaksikan saringan2 yang tiada penyertaan wakil seremban. ha ha ha!
hari ini (rabu), semuanya berjalan lancar cuma part hujung2 tu ada sikit kalut apabila bahagian statistik menerima keputusan2 acara2 tertentu agak lambat sehingga terpaksa kami tulis dengan tangan. tengah sedap2 print, dakwat printer pun boleh habih. bilik operasi jadi macam medan perang. bom sana, bom sini. he he he!
majlis penutup telah berlangsung pada tengah harinya disempurnakan oleh pengarah pelajaran negeri. terima kasih semua.
hmmm, kalau pi langkawi kena rasuah cekelat hacks pulak sebalang orang2 kat sini...
Wednesday, July 13, 2011
mesorat mtq di malam hari minggu
aku ingat mesorat dengan dbp saja yang buat malam2 minggu. buat kali pertamanya sepanjang aku jadi kakitangan kerajaan kena mesorat malam minggu di permaisuri beach resort pd baru2 ni. sampai tengah malam pulak tu. dalam mesorat tersebut ada pulak ahli2 korum cerewet yang cuba melewatkan mesorat habih.
esoknya dek penangan sarapan sambal sotong yang tak masak sampai 'mati' sakit perut aku dibuatnya. makanan boleh la but i've tasted better some where else.
jerebu juga melanda di sini. terbatuk2 aku dibuatnya.

Perhimpunan Bersih 2.0
apa, hangpa ingat peniaga di kl dan pemandu yang sangkut dalam jam saja yang menjadi mangsa keadaan hari sabtu baru ni? aku pun jadi mangsa jugak lebih tepat lagi cikgu2. dah berapa sabtu dah kena mai sekolah tiba2 ada pulak program adhoc pelancaran bulan kecergasan. minggu sebelumnya dah 1 sukan 1 murid 1 malaysia. program tu ada la jugak bercuti ganti pada isnin kelmarin dulu. itu pun tak merasa cuti kerana kena hadiri satu mesorat di port dickson. harap2 ada cuti ganti untuk bulan kecergasan tu. kalau tak ada, lain kali baik ambik crk saja.
Friday, July 1, 2011
sapa nak kucin2 ni?
Lawatan ke pusat konserversi gajah, kuala gandah pahang, 22 jun 2011
Jadi cikgu ld ni best sungguh, dalam satu tahun rasanya mesti ada 3 kali "pembelajaran luar stesen". Kalau tahun lepas pi cameron highlands, pusat sains negara dan smpk setapak (?), tahun ni pi ke pusat konserversi gajah di kuala gandah, pahang.
Perjalanan ke sana sungguh jauh. Bertolak jam 7.30 pagi, tengah hari baru sampai. Berhenti makan nasi lemak di rnr seremban, berhenti amik sponsor kfc di karak plus budak muntah2 lagi tapi tahun ni nasib baik tak ada yang "kentut" dalam bas macam tahun lepas pi cameron highlands sehingga terpaksa buang seluar ke dalam tong sampah di stesen mardi. Naya sungguh
cleaner yang terpaksa mengemas isi tong sampah yang sungguh mengerikan itu.
Sepanjang perjalanan pergi, drebar bas memasang ceritaCun. Ceritanya memang sesuai untuk ditonton budak2 oku sementelahan lagi ada watak oku, Manis di dalam cerita tersebut.
Selesai mengambil sumbangan kfc karak maka beberapa ketika kemudian tibalah kami di pusat konserversi gajah. Mula2 kami melihat tayangan dokumentari berkenaan gajah di mana berlaku satu kemalangan tragis kamera cikgu roslan terhempas dan rosak terterjah beg cikgu azean. Dengaq cerita rm400 juga nak merepairnya.
Selesai tayangan maka rombongan cik kiah pun makanlah tengah hari dan solat zohor dulu kerana show gajah bermula jam 2.30 petang. Show petang tu diterangkan oleh pegawai dengan menarik. Ada diceritakan asal usul gajah yang kebanyakkannya tersesat dari kumpulan. Ada yang kudung kaki kena perangkap, ada yang ekor dah dibaham rimau (rimau buat sup ekor gajah kot?) ada juga gajah denak yang dah berusia lebih 75 tahun. Aku sempat juga hulur kacang kat anak gajah. Merasa la aku tekstur belalai gajah dan air liur gajah. Geli jugak.
Setelah gajah selesai mandi maka show pun bermula. Bermacam keletah gajah aku lihat seperti menarik rantai besi, kaedah gembala gajah naik gajah dan last sekali pengunjung2 berpeluang memberi makan kepada gajah2. Aku ralat sikit masa time pengunjung diberi peluang untuk
naik gajah, tiba2 hujan turun dengan selebat2nya. Dalam hati teringin nak naik tapi kalau basah kuyup tak ada baju untuk salin baju.
Setelah tengok gajah, rombongan cik kiah melawat pula deer farm. Lebih kurang 3, 4 km dari tempat gajah. Best jugak tengok rusa sambil berpeluang bagi makan kepadanya. Petang tu jugak dalam ketakutan aku pegang ular hidup buat kali pertama. Anak ular sawa albino tu rasa seakan-akan getah yang sedikit kesat.
Perjalanan balik menuju ke seremban kami dihidangkan cerita Seru yang memeningkan kepala kerana shot kamera yang melilau. Kami tiba di sekolah pada waktu maghrib.
A good experience.

Sukan sekolah, stadium tuanku abdul rahman, paroi, 19 jun 2011
Tahun ni sukan sekolah agak lambat. Dah bulan 6 baru buat sukan sekolah. Dasar baru yang hendakkan bersukan sepanjang tahun sungguh buat aku tak paham. Tahun ni aku jadi ajk kebasuhan pulak, mengawasi sampah sarap di kalangan bebudak ppki. Ha, ha, ha! Kalau dulu di setapak tak menang tangan buat statistik sekali dengan jadi kameraman, gile, gile...
Seperti tahun lepas tahun ni aku agak rilek saja pada hari sukan. Ahhh, tahun lepas pun best jugak pasai jadi ajk buku program, ehem, mengedarkan buku program di pintu masuk stadium. Tahun ni tak dak sapa tunggu kat pintu masuk stadium untuk bagi buku program pun. Agaknya dasar penjimatan kertas atau mungkin hanya jemputan saja dapat buku program kot?
Sukan habih agak lewat iaitu lepas zohor. Tahun ni juara dikongsi bersama dua rumah. Sepanjang jadi cikgu ini la kali pertama juara dikongsi bersama.

Subscribe to:
Posts (Atom)