Wednesday, July 13, 2011

kejohanan olahraga dan padang pendidikan khas negeri sembilan 2011

pertamanya sorilah pada kengkawan yang sedang makan angin ehhh silap mesorat di langkawi pada minggu ni. kalau ikut hati memang nak pi mesorat sementelahan lagi aku boleh singgah kampung aku di pendang. walaubagaimanapun kerana janji pada kawan aku untuk menolongnya dalam bahagian statistik pada kejohanan pada minggu ini sejak sebulan yang lalu maka hasrat tersebut terpaksalah aku lupakan.
well, kelmarin (selasa) hampir semua saringan 200 meter telah menyaksikan kecuaian kontinjen seremban menghantar pesertanya. ketua ajk statistik yang turut bertanggungjawab menyediakan buku pertandingan telah mengamuk dari bilik operasi statistik apabila menyaksikan saringan2 yang tiada penyertaan wakil seremban. ha ha ha!
hari ini (rabu), semuanya berjalan lancar cuma part hujung2 tu ada sikit kalut apabila bahagian statistik menerima keputusan2 acara2 tertentu agak lambat sehingga terpaksa kami tulis dengan tangan. tengah sedap2 print, dakwat printer pun boleh habih. bilik operasi jadi macam medan perang. bom sana, bom sini. he he he!
majlis penutup telah berlangsung pada tengah harinya disempurnakan oleh pengarah pelajaran negeri. terima kasih semua.
hmmm, kalau pi langkawi kena rasuah cekelat hacks pulak sebalang orang2 kat sini...

No comments:

Post a Comment