Jadi cikgu ld ni best sungguh, dalam satu tahun rasanya mesti ada 3 kali "pembelajaran luar stesen". Kalau tahun lepas pi cameron highlands, pusat sains negara dan smpk setapak (?), tahun ni pi ke pusat konserversi gajah di kuala gandah, pahang.
Perjalanan ke sana sungguh jauh. Bertolak jam 7.30 pagi, tengah hari baru sampai. Berhenti makan nasi lemak di rnr seremban, berhenti amik sponsor kfc di karak plus budak muntah2 lagi tapi tahun ni nasib baik tak ada yang "kentut" dalam bas macam tahun lepas pi cameron highlands sehingga terpaksa buang seluar ke dalam tong sampah di stesen mardi. Naya sungguh
cleaner yang terpaksa mengemas isi tong sampah yang sungguh mengerikan itu.
Sepanjang perjalanan pergi, drebar bas memasang ceritaCun. Ceritanya memang sesuai untuk ditonton budak2 oku sementelahan lagi ada watak oku, Manis di dalam cerita tersebut.
Selesai mengambil sumbangan kfc karak maka beberapa ketika kemudian tibalah kami di pusat konserversi gajah. Mula2 kami melihat tayangan dokumentari berkenaan gajah di mana berlaku satu kemalangan tragis kamera cikgu roslan terhempas dan rosak terterjah beg cikgu azean. Dengaq cerita rm400 juga nak merepairnya.
Selesai tayangan maka rombongan cik kiah pun makanlah tengah hari dan solat zohor dulu kerana show gajah bermula jam 2.30 petang. Show petang tu diterangkan oleh pegawai dengan menarik. Ada diceritakan asal usul gajah yang kebanyakkannya tersesat dari kumpulan. Ada yang kudung kaki kena perangkap, ada yang ekor dah dibaham rimau (rimau buat sup ekor gajah kot?) ada juga gajah denak yang dah berusia lebih 75 tahun. Aku sempat juga hulur kacang kat anak gajah. Merasa la aku tekstur belalai gajah dan air liur gajah. Geli jugak.
Setelah gajah selesai mandi maka show pun bermula. Bermacam keletah gajah aku lihat seperti menarik rantai besi, kaedah gembala gajah naik gajah dan last sekali pengunjung2 berpeluang memberi makan kepada gajah2. Aku ralat sikit masa time pengunjung diberi peluang untuk
naik gajah, tiba2 hujan turun dengan selebat2nya. Dalam hati teringin nak naik tapi kalau basah kuyup tak ada baju untuk salin baju.
Setelah tengok gajah, rombongan cik kiah melawat pula deer farm. Lebih kurang 3, 4 km dari tempat gajah. Best jugak tengok rusa sambil berpeluang bagi makan kepadanya. Petang tu jugak dalam ketakutan aku pegang ular hidup buat kali pertama. Anak ular sawa albino tu rasa seakan-akan getah yang sedikit kesat.
Perjalanan balik menuju ke seremban kami dihidangkan cerita Seru yang memeningkan kepala kerana shot kamera yang melilau. Kami tiba di sekolah pada waktu maghrib.
A good experience.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment