Tahun ni sukan sekolah agak lambat. Dah bulan 6 baru buat sukan sekolah. Dasar baru yang hendakkan bersukan sepanjang tahun sungguh buat aku tak paham. Tahun ni aku jadi ajk kebasuhan pulak, mengawasi sampah sarap di kalangan bebudak ppki. Ha, ha, ha! Kalau dulu di setapak tak menang tangan buat statistik sekali dengan jadi kameraman, gile, gile...
Seperti tahun lepas tahun ni aku agak rilek saja pada hari sukan. Ahhh, tahun lepas pun best jugak pasai jadi ajk buku program, ehem, mengedarkan buku program di pintu masuk stadium. Tahun ni tak dak sapa tunggu kat pintu masuk stadium untuk bagi buku program pun. Agaknya dasar penjimatan kertas atau mungkin hanya jemputan saja dapat buku program kot?
Sukan habih agak lewat iaitu lepas zohor. Tahun ni juara dikongsi bersama dua rumah. Sepanjang jadi cikgu ini la kali pertama juara dikongsi bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment