Sunday, November 27, 2011

Beribu Sesalan KISAH JANJI DIMUNGKIRI DIMUNGKIRI...

Berkatalah benar walaupun pahit.
Aku tujukan perkataan HURUF BESAR kepada yang berkenaan.
Masih belum terlambat untuk membetulkan keadaan.

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasih ku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

SETELAH CINTA PERGI
Ku mengusung duka ini diiringi
KISAH JANJI DIMUNGKIRI LAGI

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

SETELAH CINTA PERGI
Ku mengusung duka ini
Diiringi

KISAH JANJI
DIMUNGKIRI
DIMUNGKIRI

SIA-SIA KU
Mencintaimu
Setia padamu
PERCAYAKANMU

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

SIA-SIA KU
Mencintaimu
Setia padamu
PERCAYAKANMU

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

BERIBU SESALANKU...

Monday, November 14, 2011

10 November Yang Istimewa

Mungkin ada yang menyatakan hari ini 11.11.2011 merupakan tarikh yang istimewa (ada yang suruh mak aku mai makan kenduri tapi tak telefon panggil atau bagi kad pun) tetapi bagi aku tarikh 10 November (kelmarin) lebih istimewa kerana 3 peristiwa penting telah berlaku untuk keluarga aku.

Peristiwa yang pertama ialah cucu pertama keluarga kami nurhana adnin telah lahir pada tarikh tersebut. Malam tadi khabarnya ada barbeque dan potong kek di rumah tuk.

Peristiwa yang kedua ialah mak lang yana telah lulus permohonan tukar sekolahnya ke kedah. Alhamdulillah, permohonan berpindah mengikut suami (Onn) telah diluluskan. Penat jerih berulang ke Kelantan selang beberapa minggu akan berakhir.

Peristiwa yang ketiga ialah petang kelmarin anak kami, Abdul Hanan telah discaj daripada wad scn seremban. Rasanya macam baru pagi semalam dia lahir. Sedar tak sedar dah 2 bulan lebih berulang-alik ke hospital seremban dan juga hospital serdang. Macam2 benda baru yang dikuasai seperti skill parking blok kereta orang. Ada sekali dah parking, dah sampai depan pintu wad di tingkat 6 tiba2 tuan kereta yang kena blok call keta dia nak keluar.

Tapi aku rasa bersyukur kepada Allah kerana kalau semuanya dibuat di hospital swasta hitung2 dah boleh beli kereta baru atau rumah flat. Bayangkan caj wad kerajaan baru rm1.50 sehari siap duduk dalam incubator. Kalau di hospital swasta satu hari duduk dalam incubator ada hospital kenakan rm1000 sehari. Kalau darab dengan 6 minggu dah rm42000. Operation jantung pulak kalau bukan kerana ada GL kena bayaran rm9000. Kalau di swasta ada blood test dan lain2 lagi mungkin dah dekat rm60 ke 70 ribu. Mana nak cari banyak2 tu…

Moga anak kami akan terus membesar dan segar seperti rumput2 yang mulai tumbuh di atas tanah tempat di tanam urinya. Kepada semua yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anak kami terima kasih kami ucapkan. Hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalasnya.

Wednesday, November 9, 2011

takde coverage ka? potong stim la...

potong stim la, bila nak ada coverage?

Monday, November 7, 2011

Salam Aidiladha dari Surau Al-Hukummiah

Salam Aidiladha kepada semua umat Islam seluruh dunia.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan ksejahteraan kepada anak kami Abdul Hanan.
Tahun ini kami beraya di Hospital Serdang, Insya Allah esok (selasa) akan transfer balik ke NICU hospital seremban.
Tahun ni pada pagi hari raya korban kami telah mengadakan akikah untuk anak kami. Dua ekor kambing jantan yang hensem telah disembelih di surau al-hukummiah yang berhampiran dengan rumah nenek ita. Abang isa juga tidak ketinggalan melakukan korban sunat untuk ahli keluarganya.
Tolong doakan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan ke atas anak kami.
Terima kasih semua dan hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalasnya.

Saturday, November 5, 2011

teks sesi bercerita cikgu azlan


Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pengetua cemerlang Yang Berusaha Puan Hajah Norlia bt Abdul Karim, penolong2 kanan, ketua2 bidang, guru2 cemerlang, kaunselor2, guru2 dan pelajar2 yang saya kasihi sekalian.

Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan izinNya kita diberi kesempatan untuk bersama2 bertemu lagi di Dataran Perhimpunan SMK Pendeta Za'ba untuk minggu ke 40 persekolahan sesi akademik 2011 kalau tidak salah dalam perkiraan saya.

Bagi memulakan slot bercerita pada minggu ini saya ingin memetik tafsiran daripada surah Al Asr yang berbunyi:
Bismillahirrahmanirrahim.
"Demi masa. Sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
Daripada tafsiran ayat tersebut, pada minggu ini saya ingin berkongsi dengan anda semua akan kepentingan masa daripada nilainya untuk satu tahun hinggalah ke satu milisaat.

Setiap hari kita dikurniakan 24 jam. Kalau dalam saat jumlahnya ialah 86000 saat. Jumlah yang banyak untuk kita belanjakan dalam satu hari kalau setiap saat itu bersamaan satu ringgit.

Malangnya tidak seperti duit di dalam bank yang boleh disimpan, kita harus membelanjakan 86000 saat itu sehingga habis setiap hari. Bagi yang bakal menduduki SPM hitunglah sendiri berapa hari lagi tinggal untuk anda menempuhi peperiksaan tersebut.

Ada seorang bijak pandai berkata:

To realize the value of ONE YEAR, ask a student who failed a grade. Maknanya untuk mengetahui nilai satu tahun tanyalah kepada pelajar yang gagal peperiksaan.

To realize the value of ONE MONTH, ask a mother who gave birth to a premature baby. Maknanya untuk mengetahui nilai satu bulan tanyalah kepada seorang ibu yang anaknya lahir awal satu bulan.

To realize the value of ONE WEEK, ask the editor of a weekly newspaper. Maknanya untuk mengetahui nilai satu minggu tanyalah kepada seorang editor yang menerbitkan akhbarnya secara mingguan.

To realize the value of ONE HOUR, ask the lovers who are waiting to meet. Maknanya untuk mengetahui nilai satu jam tanyalah kepada pasangan kekasih yang menanti untuk bertemu.

To realize the value of ONE MINUTE, ask a person who missed the train. Maknanya untuk mengetahui nilai satu minit tanyalah kepada seorang penumpang yang ketinggalan kapal terbang.

To realize the value of ONE SECOND, ask a person who just avoided an accident. Maknanya untuk mengetahui nilai satu saat tanyalah kepada pemandu yang terlepas daripada mengalami kemalangan.

To realize the value of ONE MILLISECOND, ask the person who won a silver medal in the Olympics. Maknanya untuk mengetahui nilai satu milisaat tanyalah kepada atlit yang memenangi hanya pingat perak di Olimpik.

Hargailah setiap saat yang anda miliki.
Sekian, terima kasih.

Friday, November 4, 2011

Selamat harijadi Abah!


 
Selamat harijadi Abah! We miss you so much. Semoga damai di sana.

Khabar dari hospital serdang

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari keempat Hanan berada di hospital serdang setelah menjalani pembedahan pda ligation pada hari rabu yang lalu. Alhamdulillah, cepat operation dibuat dan tak perlu menunggu giliran yang panjang.

Aku ingat tahun ni boleh la bawa hanan balik rumah untuk raya haji dulu setelah agak lama di wad nicu dan scn hospital seremban. Namun setelah hanan dibawa ke hospital serdang pada hari selasa (1.11.2011), pemeriksaan pakar jantung kanak2 mendapati lubang pada salur darah tidak mengecil dan tindakan segera harus diambil untuk mengatasinya.

Setelah admit ke wad nicu maka dr2 datanglah melakukan pemeriksaan dan tentunya memohon kebenaran pembedahan untuk dilakukan. Pembedahan ada risikonya tetapi kebaikkannya adalah lebih penting.

Pagi rabu maka pembedahan pun dijalankan. Menunggu la kami berdua ditemani nenek ita dan pakcik khairul. Tengah hari baru keluar bilik pembedahan. Bila tengok di wad, wayar2 penuh di badan.

Keadaan hanan stabil kata dr yang menangani kesnya. Kalau takdak apa2 boleh dipindahkan balik ke wad nicu di hospital seremban pada hari ini ataupun selasa nanti.

Tolong doakan kesihatan abdul hanan ye. Terima kasih semua terutama team pembedahan abdul hanan. Hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalas jasa kalian.