Monday, November 14, 2011

10 November Yang Istimewa

Mungkin ada yang menyatakan hari ini 11.11.2011 merupakan tarikh yang istimewa (ada yang suruh mak aku mai makan kenduri tapi tak telefon panggil atau bagi kad pun) tetapi bagi aku tarikh 10 November (kelmarin) lebih istimewa kerana 3 peristiwa penting telah berlaku untuk keluarga aku.

Peristiwa yang pertama ialah cucu pertama keluarga kami nurhana adnin telah lahir pada tarikh tersebut. Malam tadi khabarnya ada barbeque dan potong kek di rumah tuk.

Peristiwa yang kedua ialah mak lang yana telah lulus permohonan tukar sekolahnya ke kedah. Alhamdulillah, permohonan berpindah mengikut suami (Onn) telah diluluskan. Penat jerih berulang ke Kelantan selang beberapa minggu akan berakhir.

Peristiwa yang ketiga ialah petang kelmarin anak kami, Abdul Hanan telah discaj daripada wad scn seremban. Rasanya macam baru pagi semalam dia lahir. Sedar tak sedar dah 2 bulan lebih berulang-alik ke hospital seremban dan juga hospital serdang. Macam2 benda baru yang dikuasai seperti skill parking blok kereta orang. Ada sekali dah parking, dah sampai depan pintu wad di tingkat 6 tiba2 tuan kereta yang kena blok call keta dia nak keluar.

Tapi aku rasa bersyukur kepada Allah kerana kalau semuanya dibuat di hospital swasta hitung2 dah boleh beli kereta baru atau rumah flat. Bayangkan caj wad kerajaan baru rm1.50 sehari siap duduk dalam incubator. Kalau di hospital swasta satu hari duduk dalam incubator ada hospital kenakan rm1000 sehari. Kalau darab dengan 6 minggu dah rm42000. Operation jantung pulak kalau bukan kerana ada GL kena bayaran rm9000. Kalau di swasta ada blood test dan lain2 lagi mungkin dah dekat rm60 ke 70 ribu. Mana nak cari banyak2 tu…

Moga anak kami akan terus membesar dan segar seperti rumput2 yang mulai tumbuh di atas tanah tempat di tanam urinya. Kepada semua yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anak kami terima kasih kami ucapkan. Hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalasnya.

No comments:

Post a Comment