Saturday, December 17, 2011

Galakkan pemasangan kotak givi pada motorsikal

Kematian jururawat yang terjatuh daripada motorsikalnya akibat diragut beberapa hari lepas di george town sesungguhnya merupakan kejadian yang amat malang. Hilang sudah satu tenaga kerja yang penting untuk negara kita akibat peragut yang bukan sahaja kejam malah mengambil jalan mudah untuk meneruskan hidup. Semoga balasan Tuhan kepada anda dipercepatkan.

Aku pernah mengalami kecurian helmet ketika parking motor di lowyat, kuala lumpur pada tahun 2007. Naya sungguh kerana tidak menyangka helmet cabuk aku yang berbau busuk (ha ha ha!) telah dipotong tali pengikatnya. Maka naiklah aku moto ke kedai motor berhampiran untuk membeli helmet. Takkan nak balik setapak dengan kepala yang gonjeng tambahan lagi banyak polis trafik yang bertugas sepanjang laluan balik.

Bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang maka terpaksalah aku pasang kotak simpanan barang pada motorsikal aku. Beli yang tak mahal tapi cap givi dengan pemasangan besi monorack. Habis la 2 3 ratus, janji helmet tak dicuri dengan begitu mudah lagi pada masa hadapan.

Apabila membaca berita kematian jururawat yang diragut, malah tahun lalu kalau tak salah sepasang suami isteri yang menaiki motor maut setelah dihimpit oleh peragut membuatkan aku berasa amat sedih. Wang di dalam beg duit isteri tidak seberapa tetapi apabila kematian berlaku sungguh sedih kerana anak2 yang ditinggalkan masih kecil dan menjadi yatim-piatu. Benar kita tidak boleh menyalahkan takdir Allah Taala tetapi bukankan Nabi Muhammad SAW telah bersabda jika kita hendak meninggalkan (parking) unta hendaklah kita menguncinya. Jadi dengan memasang kotak barang bolehlah beg duit yang mahal2 tu disimpan di dalamnya sebelum kita memulakan perjalanan. Jauh atau dekat belakang kira kerana mati pun boleh berlaku bila2.

Apalah salahnya sekiranya kita menyimpan wang sedikit demi sedikit untuk keselamatan kita. Kerajaan boleh memberi insentif seperti potongan cukai korporat kepada syarikat2 motor yang memasang kotak simpanan barangan sebagai aksesori pada motor atau potongan cukai individu kepada pemilik2 motor yang memasang kotak simpanan barangan pada motor mereka.   


No comments:

Post a Comment