Isnin (26 november) minggu lepas kami bertiga balik ke pendang. Selain dari nak balik tengok mak, aku turut kena menghadiri perbicaraan pembahagian harta arwah abah yang akan diadakan di jitra pada hari rabunya. Yang lawaknya adik aku yang kerja biro bantuan guaman pun pada mulanya tak perasan pejabat di mana perbicaraan tersebut nak diadakan hanya bertentangan dengan pejabat dia. Ha ha ha!
Drive balik ke pendang biasa saja cuma ada 3, 4 tempat di lebuh raya yang kena bergerak perlahan kerana jalan dibaiki. Lembu kan ada pesan juga bawah signboard tu, "Hati-hati memandu."
Sampai di pendang dah malam dah. Bila dah salam2, tudung saji di dapuq la dituju dulu. Malam tu ada ayam goreng, gulai ayam dan ikan temenung goreng. Sedap sungguh makan ikan baru. Dalam pukui 12 tengah malam nak lena pun sempat lagi ratah 2 ekor ikan goreng.
Gambar: Dua sepupu yang sebaya. Bilangan gigi pun sama 8. Aiman dah boleh berlari dan menyebut perkataan sepatah-sepatah.
Hari Selasa.
Hari ni aku bawa mak, mawar, hanan dan nurain ke kuala nerang. Mak nak tengok tanahnya. Tanah mak aku ni jalan nak pi durian burung. Bila sampai kat situ kami turut tengok tanah aku yang di seberang jalan. Dulu tahun aku nak kawin kebetulan kerajaan ambik sebahagian tanah aku untuk dibuat jalan raya. Bertuah sungguh tahun tu, dapat cover belanja kawin. Setelah diambil untuk dibuat jalan lebar tanah aku yang tepi sungai tu tinggal la tak sampai 20 kaki.Sebelah tanah aku pulak ialah sungai. Tak boleh nak buat rumah, tak berani ooo, tanah aku kira kat selekoh jalan. Buatnya terbabas lori kat selekoh tu, kejadian macam lori minyak petronas eksiden kat jelebu tu mungkin berulang lagi. Biarlah tanah tu jadi kenangan hadiah arwah abah bagi kat aku. Mana tau akan datang kerajaan akan lebarkan jalan mungkin depa akan ambil lagi dan bayar ganti rugi. Alah, cukai tanah tak sampai rm10 pun setahun.
Gambar: Tanah mak, tanah merah kat belakang tu orang beli angkut dengan lori.
Gambar: Nampak belakang tu, ada divider dibuat nak masuk tanah aku.
Gambar: Tanah aku laluan orang nak pi ke tanah dia di seberang. Jambatan konkrit ni orang tanah seberang tu la yang buat. Bahagian tanah aku di sebelah kanan belakang tu.
Gambar: Hutan mana la abah aku bawak ni?
Lepas tengok tanah kami pi makan nasi kandar haji ramli di simpang empat. Yang makan cuma 4 dewasa 1 budak tapi order lauk ayam goreng, ayam madu, gulai kambin, telur sotong goreng, sambal rebung petai, kangkung goreng, peria goreng, sayur campur. Siap bungkus untuk 6 orang kat rumah. Murah dan sedap. Semua tak sampai rm90 pun.
Hari Rabu.
Pada pagi rabu merupakan kali pertama aku masuk bilik bicara di
kompleks mahkamah di jitra. Kira macam mahkamah kecik. Kedua2 keluarga
yang hadir memenuhi ruang bilik yang lebih kurang macam bilik mesyuarat
di sekolah. Ada la dalam belas-belas orang yang terdiri daripada kami
dan puan hakim tu. Siap angkat sumpah semua orang, "... tiada yang benar
melainkan benar belaka." Selalunya tengok dalam tv saja. Perbicaraan
berjalan teratur tak ada bising2 macam dalam cerita hindustan tu. Kedua2
pihak setuju hanya nama emak-emak saja dipilih untuk menjadi penama2
dalam tiga geran tanah yang luasnya sekangkang tikus tu.
Satu
keping tanah lot yang boleh buat rumah, satu keping tanah sawah (alor)
yang tanam padi tak akan naik kerana menjadi tempat perlimbahan orang kampung berkumpul
(kalau tambun tenggelam la alor belat tu) dan satu keping tanah hutan
belantara yang aku sendiri tak pernah tengok kat mana. Bila dengar nilai harta
500k lebih mesti ada yang dalam hatinya kata macam husin lempoyang,
""500 ribu? Wau! Rugi tak rebut!" Begitulah manusia. Kata nabi kita
kalau kita ada segunung emas nescaya kita akan cari lagi segunung emas.
Itulah sifat manusia yang diciptakan Allah. Sebenarnya tak ada perebutan
di kalangan kami adik-beradik cuma apabila tiada wasiat kena la kita
lantik orang tengah (pihak kerajaan) untuk menjadi moderator. Yang
mengusahakan perbicaraan ni hanya mak aku seorang melalui seorang ejen
hartanah. Ejen hartanah tu la yang menguruskan penilaian dan membawanya
ke pejabat pengurusan harta pusaka tu. Demikianlah ceritanya.
Kerana tak ada bangkangan (ada muka2 yang blur saja sepanjang perbicaraan, terkejut kot tiba2 mahkamah panggil hadir bicara), bicara siap dalam 15 minit. Itu pun kena rm1000 lebih iaitu yuran perkhidmatan 0.2 peratus nilai hartanah yang nak dibahagikan. Mana2 harta yang ketinggalan dalam bicara ni kena la isi borang tambahan. Nanti kena mai bicara lagi. Tak boleh mai kena isi borang setuju depan hakim. Hui, banyak kerja tu. Sapa nak harta kena la usaha sikit. Tapi yang penting bab tanah selesai.
Hari Khamis.
Pagi2 lagi onn, yana dan aiman dah bertolak balik ke labok (kampung yana di kelantan). Kami bertiga pulak jalan balik ke seremban lepas zohor. Tinggal la misi lina dan khairul yang masih menemani mak dan nurain.
Gambar: Kat pendang ni ketupat orang jual time breakfast. Tak payah tunggu raya.
Gambar: Umi hanan dah kena penangan master chef. Kukus, gril, panggang, kukus, gril, panggang, kukus. Mula2 bakaq jagung kuala nerang dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment