Waktu cuti sekolah merupakan waktu yang sesuai untuk kita jenjalan tengok tempat orang. Tinggal lagi banyak atau sikit duit dalam poket untuk menentukan jauh atau dekat, tempat mewah atau tidak kita menginap. Istilah jalan2 waktu aku kecik2 dulu ialah balik kampung ke gemencheh iaitu kampung mak aku di negeri sembilan. Ye lah bila ada dua keluarga maka budget jalan2 arwah abah kena kira betul2.
Pagi ni (rabu 5 disember) baru la ada kelapangan nak mengarang sikit. Kebetulan baru siap buat data return pendidikan khas dan jadual waktu pendidikan khas sekolah aku. Aku ni selagi kerja tak siap walaupun benda2 tu lambat lagi nak pakai tapi selagi tak siap benda2 tu akan duduk dalam kepala dan menganggu konsentrasi kehidupan harian. Demikianlah.
Semasa harijadi sultan johor baru ni kami bertiga mengambil kesempatan pi jalan2 di johor bahru. Mawar baru siap tanda kertas sains pmr (sekarang ni sambung tanda kertas fizik spm pulak) manakala hanan pulak baru kebah demam. Maka pagi cuti harijadi sultan johor tu kami pun bertolak la naik exora. Bawa exora ni bestnya ada auto cruise, jadi kaki boleh relaks sikit. Sepanjang perjalanan cuaca agak baik walaupun ramalan cuaca ada hujan dan amaran banjir. Setelah berhenti beberapa kali maka kami pun sampai ke bandar johor bahru dalam jam 3 petang.
Tidak seperti sesetengah orang lain yang dah plan atau tempah hotel sebulan, dua atau tiga bulan sebelum pi melancong, aku ni jenis no reservation (anthony bourdain). Kita redah saja, takdak bilik kita balik seremban. Maka dalam redah2 tu berhenti tanya harga bilik hotel di grand blue wave hotel di tanjung puteri. RM200 lebih. Kita pi pulak hotel belakang yang nama hotel sentral johor bahru. RM140 semalam. Set.
Gambar: Hanan tengah main dalam bilik hotel. Telefon mesti cabut wayar siap2, itu la salah satu mainannya.
Setelah hanan mandi. Kami pun keluar nak makan tengah hari + petang. Tak tau nak tuju ke mana dan kami bawa saja kereta ikut jalan besar cuma lokasi hotel yang di area tanjung puteri ni aku save siap2 dalam gps. Bawa punya bawa kereta tiba2 sampai ke area kampung melayu majidee. Aaa, mesti ada kedai makan melayu dekat2 sini. Tup2 jumpa satu medan makan yang banyak kedai orang kita dan bertentangan dengan pejabat pos. Kami pun pilih satu gerai Awang Yong Tauhu yang dikatakan sangat famous menurut bacaan Mawar dalam internet. Bila dah pilih bahan2 untuk dimakan, baru nak duduk di meja dah siap nak hidang yong tauhunya. Memang pantas dan terbaiklah. Supnya sedap dan hanan suka. Manakala sos untuk dicicah yong tauhunya juga sedap. Tak cukup dengan itu kami turut order mee rebus dan air batu campur. Sekali tengok macam orang kebuluq keluar hutan tak makan seminggu. Kah, kah, kah!
Gambar: Sedap mee rebus dia walaupun simple.
Gambar: Mawar, "Boleh habih ka ni bang ambik banyak2?"
Gambar: Servis dia pantas, order saja sampai, order saja sampai.
Gambar: Sedap ooo abc dia. Nampak tak aiskrim coklat yang ditabur kacang tu? Ada sos coklat hershey. Ada buah kabung lagi kat dasar cawan tu.
Setelah aku tersandar kekenyangan, kami juga tak lupa order sedikit otak2 untuk bekal makan di bilik hotel petang nanti. Maka kami mula bertolak pulang ke hotel dengan panduan gps. Kalau hangpa nak tau la ni jalan2 di pekan jb ni banyak yang telah dibesarkan maka mungkin gps tak guide dengan betul. Maka puas la aku drive ikut panduan gps yang masuk tah ke mana2 lorong2 kecil taman perumahan sebelum sampai ke hotel. Sampai satu peringkat ikut gps ni ada ka patut disuruhnya aku menentang arus trafik. Giler2.
Malam itu kami menuju pula ke rumah cikgu anisah binti hasan iaitu kawan kepada kami berdua. Kalau nak tau dia la yang mengenalkan Mawar kat aku dulu. Setelah berkahwin, anisah telah berpindah mengikut suaminya dan mengajar di pasir gudang. Malam tu sebelum sampai ke rumah anisah sekali lagi gps tu bawa aku tah ke mana2 sampai ke kastam. Kira lepas pondok tol kastam tu boleh la naik kapal kargo exora kami ni. Sampai di rumah anisah, kami pekena bihun goreng dan tentu sekali kephok teganu kita. Walaupun dioffer untuk bermalam di rumahnya pada esok hari, kami menolak dengan baik. Tahun depan kami jalan2 di teganu, Insya Allah kami singgah di rumah beliau lagi.
Hari Kedua.
Gambar: Pemandangan waktu pagi luar tingkap bilik hotel kami. Boleh nampak kenderaan nak ke woodlands.
Malam tadi waktu sampai bilik hotel, kami berdua agak terkejut melihat badan hanan merah2. Setelah diselidik rupa2nya campak. Budak2 kalau campak memang demam dulu lepas tu baru keluar campaknya. Kalau tau hanan nak kena campak mungkin kami delay percutian kali ni. Tapi hanan ni walaupun dia sakit, semangat dia nak bermain tak pernah berkurangan. Walaubagaimanapun dia ada muntah2 setelah minum susu.
Setelah breakfast kami pun pergi ke kaunter pendaftaran hotel, sambung lagi satu malam penginapan. Petugas kaunter turut bagi satu brosur peta pelancongan johor. Tengok dalam map tu ada the zon iaitu kompleks membeli-belah yang terletak sangat hampir dengan tempat penginapan kami. Maka kami pun bergeraklah ke kompleks berkenaan yang terletak di stulang laut.
Gambar: Berhenti bergambar di pantai tanjung puteri. Cuba tengok muka hanan tu, senyum saja. Sapa sangka dia tengah demam campak?
Gambar: Cak!!!
Gambar: Posing baik punya.
Gambar: Hanan menepuk cermin sambil tunggu uminya pilih beg.
Di the zon tu kami sekadar menengok2 saja pada mulanya iaitu window shopping. Mawar kemudian membeli beg sandang yang baru, senang sikit nak bawa barang yang semakin bertambah. Aku pulak beli ceklat cadbury turkish delight. RM15. Harga tu pulak sama saja di semua kedai2 ceklat di situ.
Daripada the zon kami menuju ke danga bay. Tempat ada funfair, medan makan dan juga cruise pada waktu malam. Oleh sebab pi waktu siang maka tak ada apa2 aktiviti lagi pada ketika itu. Tapi ambik la gambar siap2 kot malam nanti tak boleh datang kalau hujan ribut.
Gambar: Kapal cruise yang nak naik malam nanti. Satu malam hanya satu trip iaitu jam 8 malam. Satu kepala RM20.
Dari danga bay kami ke plaza angsana pulak. Itu pun terjumpa secara tak sengaja dalam mengikut panduan gps nak balik ke hotel. Kalau tak kerana gps tu saja panduan nak balik ke hotel dah lama aku campak ke teluk danga kerana membawa kami sesat tah ke mana2. Di plaza angsana tengah sedap2 makan nasi ayam dan mee rebus, hujan lebat pun turun. Menung la kat situ sebentar sementara menunggu hujan seghiyat.
Gambar: Kesian budak ni, sakit2 pun semangat nak jalan.
Waktu balik ke hotel hujan bukan main lebat. Masa lalu ikut stulang laut, habih banjir jalan. Ada tempat yang dalam airnya dalam mencecah sejengkal. Namun kami lega kerana menjelang maghrib, hujan dah berhenti. Boleh la pi night cruise di danga bay.
Gambar: Hanan pakai topi kerana hujan rintik2.
Gambar: Di funfair kat danga bay tu. Kalau hanan besar sikit mungkin dia boleh main permainan2 yang ada.
Gambar: Di atas kapal cruise. Memang cantik pemandangan.
Gambar: Baru lepas muntah, mabuk laut ka Hanan?
Gambar: Hanan leka main bunga plastik.
Gambar: Hanan dah terlena menjelang tamatnya cruise.
Gambar: Posing lagi...
Hari Ketiga.
Breakfast kat hotel ni kira agak baik juga. Ada bihun atau kuetiau goreng, gulai ayam, sambal, kacang panggang, telur hancur, telur goreng, roti bakar, kuih pau, nasi impit goreng, kordial 2 jenis, kopi, teh, corn flake. Bagi aku yang selalu pergi hotel2 untuk mesorat, ni kira kualiti makanannya dah baik dah. Staf2 juga peramah, ada sorang tu sempat melayan (dukung) Hanan bila tengok kami breakfast. Tempat parking banyak. Bawah hotel pun banyak tempat parking tapi kalau bawak exora dan yang sama spesis dengannya jangan la cari penyakit nak turun ke situ kerana agak sempit laluannya. Bilik penginapan kami slack sikit saja iaitu aircond biliknya set suhu apa pun sama saja sejuknya. Mungkin dia akan ganti kot pasai hotel ni tengah dalam proses renovate lagi. Bantal, tilam, cadar semua baru, Lantai kayu, tiada bau hapak karpet macam sesetengah hotel yang bila bangun besoknya habih alergik satu badan. Yang penting ada paip air nak cebok. Ha ha ha! Shower pun besar air dia.
Kami check out tengah hari. Sebelum keluar jb ingin kami nak rasa nasi beriani di jb ni. Browse dalam internet katanya beriani di plaza pelangi sedap. Check dalam gps pun ada plaza pelangi tu. Bila dah parking dan ronda2 cari dalam plaza tu rupanya dah tutup dan pindah. Menurut jurujual yang kami tanya tu, "Abang keluar plaza ni korner kiri. Jalan terus sampai jumpa trafik light kedua dan masuk kiri lagi. Nanti ada la kat rumah2 kedai tu." Alhamdulillah jumpa juga kami kedai nasi beriani pelangi tu. Boleh tahan banyaknya lauk dan nasi yang dihidangkan. Kalau aku tau sebanyak tu dihidangkan patut boleh share tiga orang kami satu pinggan tu. Ha ha ha!
Gambar: Beriani kambing dan ayam.Hanan minum susu saja. Selera makan dia masih kurang.
Gambar: Baju tema pink.
Dalam perjalanan balik kami singgah di johor premium outlet di indahpura. Di jpo ni banyak kedai2 barang yang branded seperti adidas, nike, kedai minyak wangi, beg, kasut diletakkan setempat. Macam ronda2 nilai 3 cuma kedai2 barang branded la katakan.Harga nak kata murah mungkin tak jugak kot kerana time cuti sekolah bila ramai orang berkunjung maka harga mungkin sedikit mahal kot dari offf season. Setelah ronda2 (bila dah tengok nanti balik seremban orang tak boleh pekonon macam kata mak nurkiah hanum dalam masam-masam manis) kami pun balik la ke seremban.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment