Thursday, November 14, 2013

Huru-hara itu online dan ini online



Sewaktu drive balik daripada menghadiri suatu mesyuarat di Pahang beberapa minggu yang lalu, aku sempat bertukar-tukar pandangan dengan seorang guru yang tumpang kereta aku tentang pembayaran bil-bil secara online yang katanya sangat mudah berbanding beratur di kaunter pos. Tidak dinafikan sangat mudah menggunakan kaedah tersebut. Aku dulu pernah seketika menggunakan kaedah pembayaran online dengan salah sebuah bank terkemuka di negara kita.
Kaedah keselamatan yang mana setiap transaksi akan memerlukan kita menggunakan kod keselamatan pengesahan yang dihantar ke telefon bimbit merupakan suatu ciri yang baik. Namun aku akhirnya berhenti menggunakan kaedah tersebut kerana jika kita tidak login untuk sekian tempoh (berapa minggu tah, tak ingat), kita perlu pulak telefon center dia untuk mengaktifkan balik akaun. Biarlah aku bayar bil kat kaunter pandu lalu pejabat pos saja, senang.
Beberapa minggu lalu juga kecoh cikgu2 sekolah aku (dan aku jugak) pergi ke bank, mengeluarkan semua wang yang ada dalam akaun, menutup akaun dan membuat akaun gaji yang baru. Semuanya gara2 pihak pentadbiran tertipu dengan suatu emel yang meminta pihak sekolah menghantar nama, nombor gaji, nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank di mana gaji dimasukkan. 
Modus operandi pihak berkenaan juga bijak kerana menyasarkan sekolah-sekolah gred A dan sekolah-sekolah kampung yang takut kepada pihak atasan dan pantas respond bila sesuatu benda diminta. Tertanya-tanya juga saya kenapa tidak terdetik di hati pihak pentadbiran untuk menelefon “pegawai yang sebenar” adakah betul maklumat berkenaan diminta sebelum respond?
Daripada emel penipuan tersebut yang sempat saya lihat memang ia adalah terang2 nampak seperti satu penipuan. Tapi penipu pun bijak jugak, dia telefon sekolah2 untuk mohon hantar maklumat secepat mungkin. Hmmm, tip untuk para pentadbir, yang boleh kita respond melalui e-mel selepas ini mungkin hanya jika orang minta laporan ko-kurikulum, program sarana pibg, program repair tandas. Yang membabitkan nombor2 yang sensitif, kita perlu telefon “pegawai yang sebenar” dahulu sebelum kita reply. Berapa banyak bank untung minggu itu kerana ada bank bila nak buat akaun baru kena siap rm200 untuk buka akaun baru.
Sewaktu memandu balik ke rumah dari sekolah petang kelmarin pula, aku dihubungi oleh seorang rakan yang menjadi guru penolong kanan pendidikan khas di salah sebuah sekolah menengah di seremban berkaitan suatu sistem online berkaitan prestasi guru. Dia minta tolong aku untuk login akaun dia kerana setelah dia berjaya key-in markah beberapa cikgu, untuk cikgu yang keenam untuk diisi markah, tiba2 komputernya hang. Bila dia login semula, pilih nama cikgu yang belum habis markah untuk dikey-in tadi, dah naik pula mesej 500-internal server error. Jadi bila aku login, aku pun tak boleh tolong apa2 dan minta dia hubungi orang jabatan atau ppd untuk settle masalah tersebut.
Pada pendapat aku sistem online sekarang perlu diubah sedikit ikut macam sistem emis dulu. Sistem emis dulu kalau sebilangan otai-otai guru data masih ingat, kita key-in di pc atau notebook kita akan data-data sekolah secara offline/stand alone system, lepas tu kita eksport ke disket dan dicantum oleh ju data. Jadi apa kata sistem2 yang online tu, kita adakan versi software stand alone yang kita boleh download, isi data secara offline, kemudian setelah selesai key-in baru kita eksport ke sistem online. Aku tetap tak percaya kepada sistem online yang kita kena key-in secara live kerana kegagalan boleh berlaku samada line internet slow atau server tak mampu menangani oramg yang login secara beramai2 serentak. Dengar cerita ada satu negeri tu cikgu2 dia dah tak key-in lagi sistem2 online ni kerana asyik tak ada line sahaja. Wallahualam.

Kadang2 rasanya lebih mudah untuk tukar tayar kereta yang bocor berbanding menggunakan sistem online.

Tuesday, November 12, 2013

Sudahkah aircond anda diservis?


Hujung minggu lalu masa nak keluar pi makan pagi tiba2 terjumpa orang tengah servis ekon berhampiran rumah kami. Teringat ekon rumah yang dah berbunyi bising (tak pernah servis semenjak masuk rumah, 4 tahun kot), maka aku minta orang tersebut datang ke rumah pada hari itu juga. Bila diperiksa katanya ada kerosakkan getah pada kompresor. Maka repair la apa yang patut.
Pada hari itu ketiga-tiga ekon pun diservis. Habih la jugak RM500, ok la servis setelah beberapa tahun. Lepas diservis, ekon tak lagi berbunyi bising, suhu 25 darjah celsius pun dah kira sejuk banyak dah. Harap2 bil letrik pun turun jugak.

Bercuti di Rose Chalet, Cameron Highlands


Sabtu dan Ahad beberapa minggu lalu kami sekeluarga ke Cameron Highlands. Test vios melayan selekoh2 tajam kerana kami naik ikut Tapah. Kalau pakai tayar lebar mungkin lagi best. Hujan menemani perjalanan sampai ke tahap tak nampak jalan.
Kali ini kami ke sana kerana sekolah mawar melaksanakan program perkhemahan badan beruniform di sana. Rose Chalet yang kami sewa di Taman Kampung Setia (ya la kot) kira best la jugak. Chalet ni berdekatan dengan tapak perkhemahan, jalan kaki dalam 5 minit sampai la. Tepi chalet ni ada sungai, malam2 dengan bunyi air. Ada tempat barbeque dan ada tapak tanaman strawberi.
Aku macam biasa la mesti bawa kipas angin ke bilik penginapan. Bilik penginapan pun ada astro, shower air panas. Satu malam RM80.
Lain kali kalau mai cameron lagi mesti nak sewa kat sini.     

Menikmati bercawan2 nescafe sambil menunggu vios diservis

 
Kunjungan ke pusat servis toyota kali ini merupakan servis untuk 5000km.Kali pertama servis dulu masa bulan posa tak leh merasa minum air free kat kaunter kopi dia. Tekan je air sendiri dan minum. Ada pulak pelayan, "Encik nak tengok TV ka?" Aku cuma cakap tak payah kerana nak baca buku di kerusi yang empuk dalam ekon. Nak juga tanya, biskut, kuih, nasi tak ada ka? Heh, heh, heh!
Aku sambung baca buku A Doctor In The House dalam bab tiga ka kalau tak salah. Dalam tu Tun ada ceritakan tentang kehidupan kanak-kanak dia. Tentang ayahnya, tentang emaknya, tentang suasana kampungnya. Bila baca macam mana bapa Tun didik anaknya, rasanya tak ada lagi mak bapak sekarang yang strict macam tu. Bayangkan bila terdengar bapa dia nak sampai rumah saja, semua adik-beradik Tun akan berhimpun baca buku di meja. Tak seperti sekarang ni, kita sibuk dengan gajet. Kelmarin masa aku order lauk untuk bungkus di sebuah restoran, memang aku tengok keluarga empat orang tu makan bersama tapi si bapa dengan telefonnya, si ibu sibuk dengan telefonnya, anak2 sibuk dengan tab atau ipad masing2.
Aku kecik2 dulu kalau time makan dengan keluarga, tv pun tak boleh buka. Makan dulu kata abah. Tak ada yang akan cakap2 dan makan sampai habih. Lepas tu la baru boleh tengok tv.
Tentang servis toyota, bagi aku ok la, tak seramai di proton kerana sistem toyota yang blok temujanji. Tentang vios setakat ni Alhamdulillah ok la, tak ada masalah.

A Doctor In The House


Kali pertama aku membaca buku ini ialah di rumah mak saudara aku. Buku yang dipinjamkan kepada sepupuku oleh arwah abah yang meninggal sebelum sempat buku itu dipulangkan kepadanya ternyata mengandungi gaya bahasa Inggeris yang mudah untuk difahami.
Kerana kesukaran untuk diambil untuk aku baca kerana ada tolak dan tarik daripada pelbagai pihak, aku mengambil keputusan untuk membeli sendiri buku tersebut daripada MPH Book Store, AEON Seremban 2 beberapa minggu yang lalu.
Dengan menggunakan kad OKU aku dapat diskaun 10%, jadi daripada harga asal RM100 aku hanya perlu bayar RM90. Sapa-sapa nak beli buku cakap la kat den, boleh pakai kad OKU den. Alah, kalau dapat diskaun RM10 apa salahnya bagi RM5 kat den. Ha ha ha!
Buku ni sekarang hari2 aku angkut dalam vios aku tu. Buku aku, aku punya suka.
Kata Tun dalam buku tu, "In real world, a perfect person never existed"