Sewaktu drive balik daripada menghadiri suatu mesyuarat di Pahang beberapa minggu yang lalu, aku sempat bertukar-tukar pandangan dengan seorang guru yang tumpang kereta aku tentang pembayaran bil-bil secara online yang katanya sangat mudah berbanding beratur di kaunter pos. Tidak dinafikan sangat mudah menggunakan kaedah tersebut. Aku dulu pernah seketika menggunakan kaedah pembayaran online dengan salah sebuah bank terkemuka di negara kita.
Kaedah keselamatan yang mana setiap transaksi akan memerlukan kita menggunakan kod keselamatan pengesahan yang dihantar ke telefon bimbit merupakan suatu ciri yang baik. Namun aku akhirnya berhenti menggunakan kaedah tersebut kerana jika kita tidak login untuk sekian tempoh (berapa minggu tah, tak ingat), kita perlu pulak telefon center dia untuk mengaktifkan balik akaun. Biarlah aku bayar bil kat kaunter pandu lalu pejabat pos saja, senang.
Beberapa minggu lalu juga kecoh cikgu2 sekolah aku (dan aku jugak) pergi ke bank, mengeluarkan semua wang yang ada dalam akaun, menutup akaun dan membuat akaun gaji yang baru. Semuanya gara2 pihak pentadbiran tertipu dengan suatu emel yang meminta pihak sekolah menghantar nama, nombor gaji, nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank di mana gaji dimasukkan.
Modus operandi pihak berkenaan juga bijak kerana menyasarkan sekolah-sekolah gred A
Daripada emel penipuan tersebut yang sempat saya lihat memang ia adalah terang2 nampak seperti satu penipuan. Tapi penipu pun bijak jugak, dia telefon sekolah2 untuk mohon hantar maklumat secepat mungkin. Hmmm, tip untuk para pentadbir, yang boleh kita respond melalui e-mel selepas ini mungkin hanya jika orang minta laporan ko-kurikulum, program sarana pibg, program repair tandas. Yang membabitkan nombor2 yang sensitif, kita perlu telefon “pegawai yang sebenar” dahulu sebelum kita reply. Berapa banyak bank untung minggu itu kerana ada bank bila nak buat akaun baru kena siap rm200 untuk buka akaun baru.
Sewaktu memandu balik ke rumah dari sekolah petang kelmarin pula, aku dihubungi oleh seorang rakan yang menjadi guru penolong kanan pendidikan khas di salah sebuah sekolah menengah di seremban berkaitan suatu sistem online berkaitan prestasi guru. Dia minta tolong aku untuk login akaun dia kerana setelah dia berjaya key-in markah beberapa cikgu, untuk cikgu yang keenam untuk diisi markah, tiba2 komputernya hang. Bila dia login semula, pilih nama cikgu yang belum habis markah untuk dikey-in tadi, dah naik pula mesej 500-internal server error. Jadi bila aku login, aku pun tak boleh tolong apa2 dan minta dia hubungi orang jabatan atau ppd untuk settle masalah tersebut.
Pada pendapat aku sistem online sekarang perlu diubah sedikit ikut macam sistem emis dulu. Sistem emis dulu kalau sebilangan otai-otai guru data masih ingat, kita key-in di pc atau notebook kita akan data-data sekolah secara offline/stand alone system, lepas tu kita eksport ke disket dan dicantum oleh ju data. Jadi apa kata sistem2 yang online tu, kita adakan versi software stand alone yang kita boleh download, isi data secara offline, kemudian setelah selesai key-in baru kita eksport ke sistem online. Aku tetap tak percaya kepada sistem online yang kita kena key-in secara live kerana kegagalan boleh berlaku samada line internet slow atau server tak mampu menangani oramg yang login secara beramai2 serentak. Dengar cerita ada satu negeri tu cikgu2 dia dah tak key-in lagi sistem2 online ni kerana asyik tak ada line sahaja. Wallahualam.
Kadang2 rasanya lebih mudah untuk tukar tayar kereta yang bocor berbanding menggunakan sistem online.
No comments:
Post a Comment