Seperti Little Big Club (LBC), taman tema ini juga bayaran bermainnya adalah berpuluh2 ringgit juga. Tidak seperti LBC yang dibuka untuk bermain sepanjang masa, ABAP ni kita boleh bermain sepanjang hari selagi kita tak potong tagnya tetapi ada dua kali break selama sejam iaitu tengah hari dan petang, semua pengunjung kena keluar. Elok la tu, beri peluang kepada bukan saja pengunjung tetapi staf juga untuk rehat, makan, urus diri dan solat.
Dalam ABAP ni tak ada ruang solat atau surau tetapi kalau kita keluar dan turun ke tingkat bawah kompleks ni ada kemudahan surau yang besar dan selesa. Bagi yang percaya kepada anak2 untuk main sendiri, ada parent lounge/menara tinjau yang membolehkan mak bapak rehat seketika dan memerhatikan anak2 bermain dari jarak yang bersesuaian.
Tolak tak terbalik.
Lastik besar.
Besar sungguh burung di belakang.
Hanan bermain Angry Bird di tab besar bagak.
Ooo, tahun depan bilik air PPKI SMKPZ nak cat macam ni pulak. Bilik air taman tema ni selain ada tandas biasa, ada juga bilik mandi dan tandas keluarga.
Hanan suka bermain di maze selain menaiki basikal di trek khas.
Hanan terjun ke dalam kolam bongkah span.
Hanim nak pegang Abah tak dapat.
Mencuba skuter. Tempatnya tersorok sikit.
Tempat bermain futsal pun ada.
Telur Angry Bird yang besar.
Hanan menyambung bongkah2 span.
Hanim gembira bermain bola2 kecil.
Kat pintu masuk pun ada kereta2 mainan juga.
Ni gambar ni kira dah hujung2 dah. Dah malam. Semua dah penat main.
Kami memang mengunakan sepenuhnya tempoh lawatan di ABAP ni. Bila time rehat (ABAP tutup seketika) kami ke medan makan yang terletak berhampiran. Kemudian sambung lagi bermain di ABAP hingga ia tutup seketika pada waktu petang. Dalam sibuk2 main tu sempat juga aku dan anak2 mandi-manda di bilik air ABAP ni. Memang gred A la bilik airnya. Setelah ia dibuka semula untuk sesi lepas Maghrib, kami bermain lagi di situ sehingga jam 9.00 malam sebelum check out. Memang puas la petugas2 pagar tu scan tag kat tangan kami keluar dan masuk.
Oh ya, satu lagi yang penting semasa berjalan2 ni ialah kesihatan semua ahli keluarga kita. Kasihan melihatkan satu pasangan yang dua orang anaknya sebaya dengan anak2 kami tetapi salah seorang anak mereka meragam tak sihat. Memang melolong saja anak yang sebaya Hanim tu. Mungkin demam atau sakit perut tak tahu la. Mendengarkan pertuturan pasangan tersebut, macam dari Pantai Timur. Rasanya tak lama mereka melawat ABAP, puas juga ibu bapa memujuk adik yang tak nak diam dan lebih susah lagi ialah nak ajak anak sulung untuk keluar dari ABAP kerana masih tak puas bermain.
Sentiasalah memohon untuk kesihatan dan kesejahteraan kepada Allah. Kalau ada ahli keluarga yang tak sihat, baik batalkan saja plan jalan2, nanti bertambah lagi yang tak sihat. Oh ya, bawa bersama sanitizer dan tisu basah ke mana2 semasa berjalan2 untuk pembasmian kuman. Salah kalau kita tak berikhtiar.
Setelah check out, kami ke Kampung Majidee pula untuk makan malam. Makan Yong Tau Fu Awang dan juga Air Batu Campur Ais Krim Coklat Hershey. Ini la check point terakhir sebelum isi minyak penuh ke dalam tangki Grand Livina sebelum menuju balik ke Seremban. Hmmm, ada rezeki nanti kena beli Starex atau Estima pula rasanya, semua nak tidur baring tak muat dah...
No comments:
Post a Comment