Kalau ada satu taman tema hiburan yang rakyat Malaysia hendak banggakan seperti Disneyland, maka MAPS inilah yang boleh kita banggakan. Berbanding Disneyland-Disneyland yang dibuka cawangannya di merata dunia, MAPS ini setidak-tidaknya mempamerkan hasil karya daripada syarikat tempatan. Senang cerita, Boboiboy merupakan yang paling utama.
Namun khabar angin ada mengatakan MAPS kurang mendapat sambutan / pulangan yang memuaskan sejak ke belakang ini. Entah betul entah tidak, kalau salah fakta Uncle mohon maaf. Namun, berbanding lawatan pertama pada tahun 2018, kali ini para pengunjung tidak perlu lagi bayar per orang untuk masuk tetapi dengan menggunakan kad prabayar yang boleh kita isi kredit yang hanya kita gunakan ketika untuk bayaran bermain permainan, makanan dan minuman. Sejujurnya banyak tempat2 kat dalam tu yang free untuk kita kunjungi seperti Coral Kingdom (main kat playground kena bayar tapi kalau main kat kapal tu free), Kafe Tok Aba (kalau tak beli apa2 memang free je boleh duduk dalam tu), tandas free, Adventures HQ Tree House free, show2 kat pentas utama free (kalau nak ambik gambar dengan Boboiboy kena bayar 3 kredit).
Pendek kata kalau satu bas rombongan Cik Kiah masuk pun tapi boleh tahan dari main apa2, beli makanan & minuman, technically bila time keluar dari MAPS, kalau masuk tadi anda isi RM50, anda boleh tuntut balik RM50 juga (damn, cheapskate sungguh hangpa ni :) Bill Gates pun boleh bangkrap).
Bawah ni Uncle kongsi gambar2 yang sempat Uncle snap hari tu.
Ini berenti kat McD sebelum Plaza Tol Juru.
Ada event Perak Esports bakal berlangsung.
Ini Hanim suruh snap.
Hmmm, belum apa2 lagi dah suruh dukung.
Nak suruh sewa stroller.
Tak dapat juga tengok stunt. Tahun lepas pasai hujan, tahun ni pulak waktu stunt nak main iaitu time malam, Hanim dah tidur.
Game DOS Abah selalu main di U dulu, Red Baron.
Panas pulak kat Coral ni Kingdom ni hari ni, kata petugasnya aircond rosak.
Dah penat, dah penat, saya dah penat jalan, wooo!!!!
Aaa, ni tiga ringgit ni nak bergambar kat pentas ni. Ramai sungguh yang beratur. Boboiboy still the main attraction tapi sampai bila?
Ini benda baru di MAPS, dulu tak ada. Bagus juga ada benda ni. Boleh pusing2 MAPS.
Gembiranya hi hi hi!
Hanim lain kali tak nak naik dah benda ni katanya.
Yang ni Hanim je boleh naik, Hanan dah over aged.
Ni kat Dunia Animasi. Bagi Uncle yang ni berbaloi kalau nak duduk tempat selesa beraircond. Bayar sekali saja tapi ada banyak aktiviti dan permainan di dalamnya. Boleh duduk lama mana pun bermain dalamnya. Tapi kalau dah keluar tak boleh masuk balik.
Ada permainan VR dalam Dunia Animasi.
Ada cartoon character appearance dalam Dunia Animasi.
Ada playground kanak2 dalam Dunia Animasi.
Ada mesin lumba simulasi dalam Dunia Animasi.
Selain boleh main PS2 macam yang Hanim main ni, ada beberapa stesen ala2 SNES juga untuk kita main dalam Dunia Animasi.
Ni dah malam ni masa nak minum kat Kafe Tok Aba. Tok Aba nya tak ada :)
Sewa skuter OKU untuk satu jam pusing2 dalam MAPS.
Yang baju kuning tu saja yang ada kad OKU kalau kome nak tau.
Makan Burger Cheese Ipoh dekat Taman Foo Onn.
Pagi esok check darah sure fail.
Panorama pagi dari bilik penginapan Hotel Ritz Garden. Tidur kat sini lepas kenyang makan burger.
Video pun ada juga Uncle upload di channel Uncle. Ni antaranya.
No comments:
Post a Comment