Minggu ni kami mewakili Nenek untuk menghadiri kenduri salah seorang saudara Mawar yang nak ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah. Apakan daya, kalau ikut pelan asal semua nak turun bermalam di Chalet Seri Tanjung tetapi terpaksa kensel apabila salah seorang sepupu Hanan telah ditimpa kemalangan hingga patah tangannya di sekolah.
Well, setelah pergi makan kenduri tu, kami berempat pun bergeraklah ke Kedai Makan Citarasa Belangkas. Kedainya kecik saja. Ada la dalam 10 meja macam tu dengan kapasiti 30-40 orang kot dalam sesuatu masa. Kedai ni rasanya masih belum kena terjah lagi kot dengan mana2 rancangan makanan tv. Kena terjah dengan rancangan makanan tv kalau tak ada kapasiti nak terima kunjungan pelanggan ramai tahap 2-3 buah bas rombongan Cik Kiah baik toksah masuk tv la macam salah sebuah kedai makan mentarang di Selangor kena pada satu hujung minggu tu. Tuan kedai terus tutup kedai, mohon ampun kepada para pelanggan kerana tak terlayan.
Kedai ni hanya mula buka waktu petang. Waktu operasi sampai pukul 10 - 11 malam saja. Jadi kalau teringin nak makan, jangan datang time tengah hari pulak tau. Malam tu time kami sampai, ada sekumpulan pekerja pencuci badan kapal dalam 10 orang tengah makan sambil beberapa pelanggan lain pula datang membungkus makanan untuk dibawa pulang. Uncle dan isteri malam tu order belangkas masak sambal dan belangkas masak cili padi. Tiap2 masakan tu bersaiz setengah ekor belangkas pada harga sepuluh ringgit.
Sedap juga masakan yang kami nikmati pada malam itu. Kami berdua ratah lauk saja kerana kenyang lagi makan di rumah kenduri sebelumnya. Tauke kedainya seorang lelaki berusia dalam 50an juga agak peramah. Dia ada datang berbual2 dengan kami perihal pelanggan2 yang datang ke kedainya.
Pergi makan kenduri di sebuah taman perumahan yang tak ada namanya dalam Waze dan Google Maps. Puas berpusing2 :)
Tengah tunggu order.
Tak nak makan apa2, Hanan dah kenyang.
Senarai menu.
Nyam, nyam.
Sedap!
Habih licin.
Ini macam punya makan, dah berapa tahun tak makan? Actually ni first time makan belangkas.
Ini Hanan dan Hanim main pasir di Padang Kemunting.
Hmmm, lepas ni penuh la orang bisnes pasang khemah tepi pantai macam kat PD nun.
Toyu Cap Mudim di Kedai Makan Payung Selera Utara, Teluk Gong. Gulai kepala ikan pelotan lima belaih ringgit saja. Kedai ni kalau kena viral ok, ada kapasiti untuk layan 2-3 bas rombongan Cik Kiah.
No comments:
Post a Comment