Cuti pendek bersempena Tahun Baru Cina kali ni kami berempat ke Tasik Villa International Resort, Lukut. Dekat je, dalam 30 - 45 minit daripada Seremban. Bukan apa, kasi can kepada member2 lain yang nak balik ke Utara untuk kali ni, kurang satu kereta menuju ke sana.
Percutian kali ni ditaja oleh Mawar. Sempena harijadi Uncle pada 1 Februari nanti :)
Uncle cerita dari gambar ke gambarlah lebih senang.
Sebelum check in, kami singgah terlebih dahulu di KFC dan Secret Recipe Lukut. Beli siap2 makanan untuk makan tengah hari. Sampai kat hotel dalam 12.45 tengah hari, tak boleh check in lagi. Pukul 2 petang baru boleh. Maka, kami sewa dulu skuter listrik untuk pusing2 resort ni. RM40 untuk 30 minit, boleh la. Bukan hari2 nak naik menatang ni. Ada juga beberapa guest yang tiba awal pun tak boleh check in lagi tetapi ruang menunggu agak selesa di samping ada ruang untuk aktiviti permainan catur, dam, boleh sewa basikal, serta ada kedai serbaneka berhampiran lobi hotel.
Safety first, kena pakai helmet untuk pengguna skuter listrik ni. Harganya kalau nak beli, dah boleh beli motorsikal sebijik dah.
Kat depan tu boleh sewa paddle boat kalau nak untuk pusing2 tasik.
Pose Hanim ni sebijik macam salah satu gambar Umi kat rumah Nenek :)
Jakuzi kalau belum penuh, bila pam dihidupkan abih keluar air ke tepi :)
Ooo, macam ni la rupanya pesta mandi buih tu. Tuang sabun cecair hotel satu botol dalam jakuzi, abih berbuih.
Sibuk bubuh sabun atas kepala Abah.
Oh, pedih mata den kena sabun!
Baju macam ni la Jamil bin Abu pakai masa kantoi berbini tiga :)
Makan malam (lauk saja) di PD Waterfront.
Penangan mandi jakuzi.
Nasi lemak sebungkus seringgit, Uncle like.
Tak dak chance la nak naik buggy. Buggy untuk depa yang duduk di chalet2 saja naik time berulang-alik ke lobby hotel.
Breakfast di kafenya agak mewah. Antaranya nasi lemak, rendang ayam, kuetiau goreng, salad, chicken slice, bubur nasi, mee sup, kuih pau, kuih-muih tradisional, buah-buahan, yogurt, pastri, roti bakar, jus oren, mesin kopi Nescafe, bijirin, susu segar, scrambled egg. Alhamdulillah, semua Uncle rasa sikit2 tapi habis dimakan.
Hanim nak jadi barista. Bentuk love katanya serbuk creamer yang ditabur tu.
Masih gigih mencuba buat bentuk love yang sempurna.
Boleh nampak Kota dan Muzium Lukut daripada resort.
Bila nampak saja tangga nak naik ke situ, Hanan terus tak nak pergi :)
Mandi di kolam pula. Bagus resort ni, ada dua petugas yang mengawasi budak2 di kolam. Sayangnya gelungsur air tu tak boleh digunakan atas sebab2 keselamatan.
Kedalaman kolam dewasa ialah 1.2 meter. Hanan dah tak perlu pelampung lagi.
Hmmm, sibuk nak panjat masuk ke dalam tasik tu.
Nak naik sambung mandi jakuzi pula.
Dah check out, sewa lagi skuter setengah jam sebelum balik. Cuti kali ni paling save ialah duit untuk porter / bellboy. Tak ada yang offer diri nak bawa barang2 ke bilik masa check in. Uncle ambik sendiri troli kat depan lif di lobi tu, susun barang2, tolak barang2 naik ke bilik, hantar balik troli ke bawah. Time balik pun sama. Hi, hi, hi!
Video Hanim bermain Jenga
No comments:
Post a Comment