Monday, March 30, 2020

Tugasan 1 Matapelajaran Pendidikan Islam Kelas Permata Cemerlang & Permata Daei

Tarikh: Rabu, 1.4.2020, Dikemaskini Rabu 22.4.2020

Tugasan 1: Diari Solat

Di waktu yang getir ini para penjaga / ibu bapa boleh membantu anak-anak menguasai kemahiran mengerjakan solat. Solat merangkumi pelbagai bahagian seperti syarat-syarat sah solat, rukun-rukun solat, sunat-sunat solat dan lain-lain lagi.

Untuk tugasan ini, anak-anak hendaklah dibimbing bagi menyediakan Diari Solat. Anak-anak hendaklah merekodkan solat fardu yang dikerjakan setiap hari seperti contoh di dalam gambar di bawah.

(Dikemaskini Rabu 22.4.2020)
Dengan tibanya bulan Ramadhan, dipohon para penjaga untuk menambah satu baris lagi di dalam jadual Diari Solat selepas solat fardhu Isyak iaitu solat sunat terawih seperti di dalam gambar di bawah.


Bagi anak-anak yang uzur syarie perlulah dicatat "Uzur" seperti di dalam gambar di atas.

Diari Solat hendaklah dibuat mulai Rabu, 1.4.2020 sehingga Selasa, 14.4.2020.
Catatan Diari Solat boleh ditulis di dalam buku atau kertas atau ditaip mengikut apa sahaja medium sedia ada di rumah.

Diari Solat yang telah siap hendaklah dibawa ke sekolah dan diserahkan kepada saya iaitu Cikgu Noor Azlan pada hari Rabu, 15.4.2020 untuk rekod dan penilaian.

Sekiranya sekolah masih ditutup pada 15.4.2020, tugasan Diari Solat ini hendaklah diteruskan sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment