Sunday, January 24, 2021

Penerbangan Pertama Mavic Mini a.k.a Anak Sembilang

 Mavic Mini kepunyaan Uncle ni diberi nama Anak Sembilang bersempena dengan pantun lama,


Pucuk pauh delima batu,

Anak sembilang di tapak tangan,

Sungguh jauh di negeri satu,

Hilang di mata di hati jangan.


Kenapa Anak Sembilang? Bersempena dengan skill sesetengah operator yang memulakan dan mengakhiri sesuatu penerbangan di tapak tangan. Uncle setakat ni kalau nak mula berani la berlepas daripada tapak tangan, nak landing atas tangan tak berani kecuali kalau pasang propeller guard.

Oh ya, Anak Sembilang ni Uncle beli yang pakej Fly More. Ada propeller guard untuk operator baru berlatih terbang pada masa mula2 beli. Dua ribu kalau sekali saja terbang, jatuh, punah nangis la dik oiii...

Lagi dalam pakej ni dapat tiga biji bateri. Satu biji bateri boleh la terbang dalam 20 minit lebih. Tengok la terbang la macam, pakai mode apa, tinggi ka rendah. Macam bawa kereta la, tekan minyak sampai habih cepat la habih minyak.

Ni Uncle kongsikan rakaman video flight pertama di Carnelian Park, Sendayan. Maaf noo belum reti masuk audio lagi time ni jadi memang ada video saja tak ada lagu :)

Video maiden flight Anak Sembilang

Video rakaman silau :) 

Satu fungsi yang Uncle suka kat Anak Sembilang ni ialah adanya butang RTH iaitu Return To Home. Bila kita rasa hilang kawalan, tekan saja butang dron akan balik dan landing kat koordinat yang ditetapkan pada DJI Fly App.

Video Return To Home

Hanan dan Hanim turut diberi peluang untuk mengendalikan Anak Sembilang.

Video Hanan Hanim cuba operate Anak Sembilang

Oh ya semasa penerbangan pertama ni memang Uncle cukup jaga bab keselamatan. Anak Sembilang dipakaikan propeller guard, always within my eye view, terbang jauh dari orang lain (kalau nak jatuh atas manusia pun jatuh kat diri sendiri sahaja).

Di entri akan datang Uncle ceritakan flight di SMK Seremban Jaya 2.

No comments:

Post a Comment