Sunday, January 24, 2021

Terbang Di SMK Seremban Jaya 2 (dapat job gambar kalender)

Daripada meracun padi seperti yang sepupu Uncle, Abang Asri buat di Alor Belat, merakam pergerakan penjenayah seperti yang dilakukan oleh PDRM sehinggalah merakam gambar/video drama atau filem, dron mempunyai potensi yang besar.

Ada satu petang tu saja2 naikkan Anak Sembilang di SMK Seremban Jaya 2 iaitu sekolah isteri Uncle berkhidmat. Oh ya time naik tu hari cuti, tak ada murid, tak ada guru, tak ada pakcik kantin, tak ada staf sekolah. Yang ada hanya Uncle empat sekeluarga di padang sekolah. Pak guard semua duduk dalam guard post yang dikelilingi empat dinding dan bumbung.

Dengan terbang di padang, Uncle berpeluang untuk mencuba fungsi rakaman automatik DJI Fly App seperti dronie, circle, rocket dan helix. Dah rakam video kemudian dengan menggunakan DJI Fly App juga Uncle dah belajar buat suntingan video dan tambah audio (Pehhh, edit dalam telefon lepas tu upload kat Youtube).

Video Anak Sembilang terbang di SMK Seremban Jaya 2

Beberapa hari menjelang hujung tahun tiba2 Kelab Guru Dan Staf SMK Seremban Jaya 2 tawarkan satu job. Simple je, ambik gambar untuk kalender. Terbang lagi, tangkap gambar beberapa keping dan hasilnya taraaa!



No comments:

Post a Comment